Tuesday, March 8, 2016

Perselisihan Pengawal Keselamatan Dengan Penghuni. Lapuran Polis Dilakukan.


Akibat terdapat perselisihan antara Pengawal Keselamatan dengan seorang penghuni wanita di Bayu Villa ianya telah mengakibatkan satu lapuran polis telah dibuat keatas pengawal keselamatan Bayu Villa.



Kejadian ini telah berlaku beberapa bulan yang lepas dan baru baru ini perkara kejadian menconteng kereta diungkitkan sekali lagi. 

Akibat daripada insiden yang baru sehingga merengangkan keadaan suasana, penghuni wanita tersebut telah membuat lapuran polis supaya menyiasat kes kejadian. 


Kes ini telah menjadi satu isu yang besar sehinggakan pihak pengawal keselamatan Encik Letchumanan terpaksa ke balai polis apabila diminta oleh Inspektor balai supaya menghadiri soal siasat bersama sama dengan Pengurus Bayu Villa Encik Shashie. 


Bagi memastikan keadaan yang adil dan saksama, pihak pengawal keselamatan telah memberi keterangan serta membuat lapuran polis bagi menceritakan keadaan sebenar kejadian.

Memandangkan ianya adalah kes polis, pihak pengurusan tidak akan bercampur tangan dalam hal ini kerana pihak pengurusan tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh untuk mengambil tindakan.


1 comment:

  1. KENAPA BILA PEMANDU LELAKI MASUK TAK PERLU GUNA ACCESS CARD DAN PENGAWAL BUKA PALANG UNTUK MEREKA.. BILA PEMANDU WANITA YANG NAK MASUK, PENGAWAL SURUH GUNA ACCESS CARD.. MANAGEMENT KATA NAK ENFORCE SETIAP PENGHUNI DI BAYU VILLA MESTI GUNA ACCESS CARD TAPI KENAPA BILA PENGAWAL TAK JALANKAN TUGAS MEREKA DAN MANAGEMENT TAK NAK AMBIL TINDAKAN..MANAGEMENT CAKAP AJE PANDAI.. ACTION MEMANG TAK ADA..

    ReplyDelete