Wednesday, April 6, 2016

Kerja Pembaikian Bilik Sampah Siap Dilakukan



Pintu bilik sampah yang sentiasa rosak telah siap diperbaiki. Kerosakkannya bukan sahaja berlaku di satu tempat pembuangan sampah tetapi di kedua dua tempat.





Pembaikian ini kena sentiasa dijalankan kerana ianya selalu rosak apabila pihak MPK datang mengutip sampah.






Pembaikian ini dijalankan berdekatan bilik sampah berdekatan Blok C dan juga bilik sampah yang berdekatan Blok A.







Selepas pembaikian ini bau busuk dapat dihindari sepenuhnya dan memberi sedikit sebanyak keselesaan kepada penghuni di Bayu Villa.



Tuesday, April 5, 2016

Pengawal Keselamatan Hampir Dipukul. Lapuran Polis Dibuat Lagi Bagi Melindungi Diri



Semalam lapuran polis terpaksa dibuat setelah salah seorang penghuni yang tinggal di Blok D bertindak ingin memukul pengawal keselamatan (Ah Pek) kerana tayar kereta beliau dikunci.


Encik Kwan Kian Shon hampir dipukul atau ditumbuk oleh seorang penghuni yang telah melakukan kesalahan meletakan keretanya sesuka hati. Tayar keretanya dikunci pada tengah malam hari Ahad.

Penghuni tersebut telah beberapa kali diberi amaran supaya jangan sesuka hati meletakkan kenderaan dan menghalang secara rambang sehinggakan terdapat seorang pengawal keselamatan iaitu Encik Hamid pernah menegurnya tetapi diberi amaran supaya jangan menyibuk.


Pada hari Ahad penghuni tersebut meletakan keretanya dan menghalang petak sewa meletak kereta penghuni. Beliau telah diberitahu supaya jangan meletakannya disitu.

Penghuni tersebut meninggalkan nombor talifonnya dan berjanji akan mengalihkannya jika ingin mengalihkan keretanya. Tetapi apabila terdapat seorang penghuni yang pulang dan ingin menggunakan tempat pakirnya, pengawal keselamatan memanggil tuan punya kereta tersebut beberapa kali tetapi tidak dijawab.

Oleh itu kerja mengunci tayarnya terpaksa dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu malam.



Pada hari keesokkannya penghuni tersebut begitu marah sehingga membuat bising dengan pengawal keselamatan (Encik Kwan - Ah Pek) sehingga tercetus hendak memukul pengawal keselamatan.

Encik Kwan demi menjaga keselamatannya terus membuat lapuran polis apabila beliau terasa dirinya diancam.


Kereta yang dikunci tersebut tidak dibuka dan dibiarkan begitu sahaja kerana tidak membayar denda penguncian. 

Pada sebelah petang penghuni tersebut datang menyuruh pengawal keselamatan membuka kunci tersebut tetapi beliau tidak mahu membayarnya. Beliau mengatakan beliau tidak mempunyai wang.


Oleh kerana bayaran denda tidak dibayar oleh penghuni tersebut, pihak pengawal keselamatan tidak membuka kunci tayarnya.

Pihak pengawal keselamatan ada meminta nasihat daripada pihak pengurusan dan bertegas selagi tidak membayar denda tersebut - "Jangan Buka."

Gambar dibawah ialah penghuni tersebut.

Tanpa memperdulikan mengenai denda tersebut, penghuni tersebut terus memecahkan pengunci tayar tersebut. 

Oleh kerana pengunci tayar tersebut telah dipecah, pihak pengawal keselamatan terpaksa pergi sekali lagi ke balai polis membuat lapuran polis terhadap penghuni yang memecahkan pengunci tayar. 


Inilah kerja kerja merbahaya yang harus dilalui oleh pengawal keselamatan yang telah bertungkus lumus cuba menjaga sebaik yang mungkin tempat Bayu Villa tetapi disebabkan oleh perangai setengah tengah penghuni, keadaan seperti ini boleh mengakibatkan ancaman keselamatan terhadap pengawal keselamatan.


Diharap semua penghuni yang tinggal didalam agar memberi kerjasama yang terbaik kepada pengawal keselamatan. Mereka cuma menjalankan tugas mereka masing masing dan ingin  mencari nafkah pencarian dan berharap dapat menjaga Bayu Villa sebaik yang mungkin.

Perkhidmatan kawalan keselamatan Bayu Villa bukanlah yang terbaik tetapi bukan yang terburuk juga. Banyak aduan diterima dari penghuni yang tidak puas hati akan perkhidmatan pengawal keselamatan sehinggakan ada di antara mereka mengatakan pengawal keselamatan disini tidak tahu senyum atau bersopan santun.

Ada pula yang ingin kami mengambil perkhidmatan pengawal keselamatan daripada luar. Adakah dengan mengambil perkhidmatan pengawal keselamatan dari luar dapat menjamin mutu perkhidmatan yang terbaik? 

Monday, April 4, 2016

Palang Boom Gate Masuk Dilanggar Lagi.



Sudah jatuh ditimpa tangga. Beberapa hari yang lalu inilah yang berlaku kepada palang boom gate Bayu Villa. Tak habis habis dengan karenah setengah pemandu.


Kerja pembaikian terpaksa dijalankan lagi bagi memastikan palang boom gate berada dalam keadaan baik. Susah dan memang menyusahkan. Asyik asyik masalah palang boom gate yang tak sudah sudah.


Saturday, April 2, 2016

Lagi Kereta Dipecah Cerminnya Melalui Panjat Pagar.


Lagi berlaku kejadian memecahkan cermin kereta untuk mencuri barangan yang ada di dalam kereta. 

Setelah pagar dawai dipasang di bahagian pagar tempat pembuangan sampah berdekatan Blok C, kali ini pencuri tersebut memanjat di bahagian hujung bangunan Blok D berdekatan dengan Dobi.


Dipercayai adalah pencuri yang sama. Kemungkinan penagih dadah yang sudah kehabisan dadah sehinggakan tempat tersebut yang terbuka luas ditepi jalan pun dipanjat oleh beliau.

Pemasangan dawai akan dijalankan secepat yang mungkin bagi memastikan ianya dapat dijaga dan diawasi sentiasa.


Terdapat sedikit sebanyak barangan yang hilang. Jika dilihat daripada gambar yang ditunjukkan, sememangnya ianya merupakan tempat yang paling senang dicerobohi.


Friday, April 1, 2016

Siang Atau Malam Kerja Mengecat Tetap Dijalankan Dikawasan Pakir.


Usaha diteruskan bagi memastikan Bayu Villa sentiasa nampak cantik dan indah. Kerja mengecat mulai dijalankan seminggu yang lepas dan masih dilakukan sehingga kini.




Tidak kira siang atau malam, selagi pekerja pembersihan mempunyai masa kerja mengecat ini akan diteruskan bagi memberi kelebihan kepada pemandu meletakan kereta mereka dalam keadaan baik.




Diharap usaha ini dapat menilai atau nenaikkan taraf keadaan semasa Bayu Villa supaya rumah-rumah atau tempat tinggal di situ menjadi tempat kegemaran penghuni di sana.