Tuesday, November 22, 2016

Mesyuarat Agung Tahunan JMB Bayu Villa 2016 Terpaksa DiTangguh Ke Suatu Tarikh Yang Akan Di Umun Kelak.


Pada 20hb November 2016, Mesyuarat Agung Tahunan yang sepatutnya dijalankan terpaksa ditunda kesuatu tarikh yang akan diumumkan. Tujuan utama mesyuarat ini dijalankan bagi memilih keseluruhan ahli jawatankuasa yang baru. 


Keadaan perjalanan suasana mesyuarat menjadi kucar kacir apabila salah seorang penghuni (Encik Lim) datang kedepan dan menuduh Bendahari Bayu Villa memasukkan sejumlah wang penyelenggaraan ke dalam akaunnya. Keadaan menjadi huru hara apabila kebanyakkan penghuni baru yang hadir tidak tahu menahu mengenai kejadian yang telah lama berlaku semenjak 2 tahun yang lepas iaitu pada bulan September 2014.


Akibat keadaan mesyuarat yang tidak stabil dan tiada kehadiran Pengerusi, Setiausaha serta kesemua ahli jawatankuasa dan kecuaian dan kegagalan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa menyiapkan Akuan Tahunan 2015 (Audited Account 2015) yang harus diaudit serta ketiadaan minit mesyuarat yang telah berlangsung pada 10hb Januari 2016 maka mesyuarat ini terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan bagi mempermudahkan proses menyediakan akaun pada waktu yang ditetapkan.

Pembatalan ini terpaksa dibuat bagi memastikan tiada sebarang elemen yang merbahaya yang mungkin berlaku. Keputusan ini dibuat setelah diambil kira akan keselamatan penghuni yang hadir di dalam mesyuarat.

Sewaktu perjalanan mesyuarat ini wakil pihak COB Klang tidak kelihatan pada ketika itu. 


Kes penyelewengan dan tuduhan yang dilemparkan oleh Encik Lim Chee Soon terhadap Bendahari JMB Bayu Villa adalah tidak benar kerana Pihak Polis Bahagian Jenayah Komersial Klang telah memberi pelepasan kepada Bendahari JMB Bayu Villa iaitu Encik Lee Boon Hoe tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh yang menunjukkan terdapat elemen elemen yang Encik Lee boleh di dakwa di dalam mahkamah.






Kes ini juga telah dirujuk kepada Pesuruhjaya Bangunan Klang (COB Klang) dan mendapati tiada elemen penyelewengan berlaku.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun memberhentikan siasatan keatas Encik Lee kerana pihak SPRM juga tidak menjumpai sebarang bukti yang membolehkan mereka mengambil sebarang tindakan undang undang.



Siapakah sebenarnya Encik Lim Chee Soon dan kenapa sehingga sekarang beliau masih tidak putus asa mengungkitkan perkara ini???


Monday, November 21, 2016

Isu Kes Penyelewengan Memadamkan Rekod Tunggakan Wang Penyelenggaraan.




Berhubung dengan surat yang diterima oleh pihak pengurusan pada 30hb Ogos 2016 berhubung dengan kes penyelewengan yang berlaku, Bendahari Bayu Villa telah mengemukakan segala jawapan keatas kes penyelewengan pada hari ini.
................................................................................

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa
D-G-21, Bayu Villa Apartment
Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana,
41200 Klang, Selangor.
Tel: 03-33192664

Majlis Perbandaran Klang
Bangunan Sultan Alam Shah, Jalan Perbandaran,
41675 Klang Bandar Diraja, Selangor.                                         21.11.2016

Pengarah Pesuruhjaya Bangunan
Encik: Ari bin Haji Adam.

Re: Kes Penyelewengan Memadamkan Rekod Tunggakan Wang Penyelenggaraan

Berhubung dengan perkara diatas, (no rujukan tuan : MPK/COB/S/Bayu Villa bertarikh 30.08.2016) kami ingin memaklumkan kepada pihak tuan sememangnya terdapat kes penyelewengan berlaku ke atas akaun  JMB Bayu Villa pada tahun 2014. Lapuran polis telah dilakukan pada 15hb Ogos 2015 tetapi tiada tindakan susulan daripada pihak polis. Pegawai Polis yang mengambil keterangan kami ialah Inspektor Azri dari Bahagian Komersial Klang.

Penyelewengan ini berlaku di antara bulan Jun dan bulan Julai tahun 2014.  Perkara ini cuma diketahui oleh pihak pengurusan baru yang baru dilantik setelah mulai membuat pemeriksaan keatas setiap akaun penyelenggaraan individu.

Selepas mengambil alih daripada pengurusan lama kami menjalankan siasatan terhadap akaun penyelenggaraan. Hasil siasatan kami dengan lebih teliti, JMB Bayu Villa telah menjumpai sejumlah anggaran RM32,605.87 telah dilesapkan daripada akaun individu setiap penghuni. 

Siasatan lanjut juga ditumpukan kepada penerimaan tunggakan wang penyelenggaraan dan kemasukan hasil wang tunai yang tidak dimasukkan ke dalam akaun bank dan juga kenapa jumlah sebanyak RM32,605.87 dapat dikeluarkan daripada sistem secara begitu sahaja.

Mengikut anggaran pengiraan yang tidak sah, kemungkinan sejumlah RM50,000.00 telah dilesapkan atau dihapuskan daripada akaun setiap individu yang terlibat.

Setelah siasatan terperinci diteliti dan melalui mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan (JMC) Bayu Villa, keputusan telah diambil supaya membuat lapuran polis ke atas kehilangan sejumlah tunggakan wang penyelenggaraan tersebut.  

Ini merupakan bukti senarai nama unit resit palsu yang dikeluarkan bagi memadamkan segala tunggakan wang penyelenggaraan yang didapati daripada dalam sistem yang menunjukkan bahawa sejumlah RM 32,605.87 telah dipadamkan daripada sistem penyemakan akaun Bayu Villa. 


Pada 20.08.2015, Badan Pengurusan ada menghantar surat kepada setiap individu yang terlibat meminta mengemukan resit bayaran tetapi tiada jawapan daripada mereka. Oleh yang sedemikian lapuran polis dilakukan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan.

Penyata Kutipan Wang Penyelenggaraan Untuk Bulan Jun 2014. RM32,605.87 Diterima Dalam Sehari ?????


Bukti ini sudah dapat membuktikan terdapat kesalahan serta kecuaian yang berlaku. Jika dikaji serta dilihat dengan teliti pembayaran wang penyelenggaraan yang dibuat dan diterima setiap hari berada dalam sekitar RM1,000 ke RM2,000 ke atas dan yang paling tinggi pun sehingga RM5,000 keatas. 

Dalam sejarah kutipan wang penyelenggaraan Bayu Villa tidak pernah dalam sehari boleh mengutip sejumlah RM32,605.87. Sejarah yang paling tinggi pun dalam sekitar RM15,000.00 sehari. Tetapi jumlah yang tertera ini menunjukkan ianya adalah suatu jumlah yang amat mengejutkan. 
  
Paparan penyata ini dikeluarkan bagi membuktikan bahawa jumlah kutipan yang dapat dikutip pada keseluruhan bulan Jun 2014. Agak menghairankan jika dilihat keluarbiasaan penerimaan jumlah tersebut yang mencecah RM32,605.87 dalam sehari iaitu pada 01.06.2014. 

Penyata penerimaan berserta dengan salinan resit sempat dicetak semasa Bendahari JMB Bayu Villa yang baru dilantik mengambil alih keseluruhan sistem kewangan JMB Bayu Villa.  

Melalui sisatan, kesimpulannya jenayah ini dilakukan kerana pada bulan Julai 2014 akan diadakan Mesyuarat Agung Tergempar untuk memilih kerusi Pengerusi serta Bendahari dan kesempatan ini diambil bagi memadamkan segala tunggakan sebelum pengurusan baru mengambil alih.

Mereka yang terlibat tahu bahawa jika pengurusan baru mengambil alih akaun akaun tersebut mereka akan menghadapi krisis pembayaran.

Sewaktu cetakan penyata ini dikeluarkan, pengurusan baru berasa hairan kenapa terdapat begitu besar jumlah perbezaannya yang dapat diterima dalam sehari. Dalam penyata akaun bank untuk bulan Jun 2014 tidak memaparkan terdapat jumlah RM32,605.87 yang dimasukkan ke dalam bank.

Siasatan lanjut di dalam sistem menunjukkan kesemua bayaran di buat melalui penerimaan WANG TUNAI sahaja.

Setelah disiasat dengan teliti ternyata ianya adalah angkara beberapa orang dalaman yang melakukan jenayah setelah soal siasat dilakukan pada ketika itu. Didapati terdapat ramai lagi yang terlibat dalam proses memalsukan serta memadamkan jumlah tersebut.  

Yang paling mengejutkan terdapat 3 akaun yang mempunyai jumlah tunggakan wang penyelenggaraan melebihi RM5,000.00 ke atas dipalsukan serta dipadamkan. Disini kita dapat lihat keberanian mereka melakukan jenayah komersial yang melibatkan lebih kurang 20 puluh orang. 
  
Pada ketika itu setelah beberapa bulan mengambil alih, tampil seorang dua datang membuat pengakuan bahawa akaun tunggakan mereka dipadamkan bagi mengelakan mereka daripada membuat sebarang bayaran  tunggakan Bil Wang Penyelenggaran termasuk Bil Cukai Tanah, Bil Air dan Bil Insuran. 

Agak menghairankan kenapa setelah lapuran polis yang telah dilakukan pada 15hb Ogos 2015, tiada tindakan susulan daripada pihak berkuasa ke atas kejadian ini. Sebagai Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang telah diamanahkan tanggungjawab memandang berat kes ini kerana tindakan yang sepatutnya diambil oleh pihak berkuasa tidak dilakukan oleh mereka. 

Kami amat mengharapkan bantuan daripada pihak COB agar mempercepatkan proses penyiasatan ini supaya keadilan dapat ditegakkan. Salinan lapuran polis serta salinan resit palsu ada dikemukan bagi menguatkan andaian kami mengenai kes penyelewengan ini.

Di dalam lapuran polis juga ada diungkitkan nama beberapa orang individu yang terlibat yang mungkin dapat memberi penjelasan yang lebih terang berhubung dengan isu ini.

Friday, November 18, 2016

Pembersihan Dewan Bagi Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2016


Mesyuarat Agung Tahunan 2016 akan diadakan pada 20hb November 2016 bertempat di Dewan Orang Ramai Bayu Villa. Sehubungan dengan mesyuarat tersebut Dewan tersebut perlu dicuci dengan sebaik mungkin supaya mesyuarat dapat dijalankan dalam keadaan bersih.



Mesyuarat ini amatlah penting bagi memilih ahli jawatan kuasa baru bagi mengganti keseluruhan ahli jawatankuasa yang akan meletakan jawatan mengikut Akta 757 Pengurusan Srata pada penghujung tahun 2016.




Kehadiran penghuni penghuni yang tinggal di dalam Bayu Villa amat dialu-alukan supaya dapat mendengar dan mengetahui keseluruhan perjalanan Bayu Villa sehingga sekarang.











Friday, November 4, 2016

Lapuran Polis Telah Dibuat - Pemotongan Bekalan Air Telah Dilakukan.

 

Berhubung kejadian penghuni rumah (E-2-05) membawa parang keluar untuk menetak pengurus bangunan, pihak pengurusan telah membuat lapuran polis.


Pihak Polis telah datang mengiringi pihak pengurusan membuat pemotongan bekalan air dan menutup lubang yang pecah.


Penghuni yang membawa parang tidak kelihatan, semasa kehadiran pihak polis beliau tidak berada di dalam rumah.


Terima kasih kepada pihak polis kerana membantu pihak pengurusan menjalankan tugas dan juga pihak pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurus Bangunan Encik Shashie serta pekerjanya yang berani mengharungi situasi yang genting.


Thursday, November 3, 2016

Penyewa Membawa Parang Keluar Hendak Menetak Pengurus Bangunan Dan Encik Saiful.


Masih ingat lagi tak rumah yang bernombor E-2-05. Semalam Encik Lee membuat tinjauan setelah seorang penghuni yang tinggal dibawah membuat aduan bahawa tingkat atas paip air mengalir keluar.

Selepas disiasat dan didapati rumah itu masih mencuri air lagi. Arahan telah diberikan untuk memotong pada hari keesokannya.


Hari ini berlaku kejadian di mana penyewa tersebut keluar membawa parang keluar dan lari menuju ke arah Pengurus Bangunan dan ingin menetak atau menikam beliau. 

Mujur tindakan pantas Pengurus Bangunan berlari dari tempat tersebut apabila beliau mendapati bahaya akan melandanya.


Beberapa keping gambar sempat diambil sebelum beliau sempat membuat sesuatu. Lapuran Polis akan dilakukan bagi membuat tangkapan ke atas orang tersebut.



Setelah dipotong bekalan airnya beberapa kali, penyewa tersebut datang membuat bayaran penuh tetapi tidak mahu membuat pembayaran penalti yang dikenakan akibat perbuatan mencuri air. 

Oleh kerana pembayaran penalti tidak dibayar, pihak pengurusan tidak menyambung balik paip meter tersebut. Hari ini pihak pengurusan memotong bekalan airnya lagi tetapi disambut dengan sebilah PARANG.


Gambar air yang dicuri 3 minggu yang lepas dan perbuatan mencuri air masih berlaku sehingga hari ini.