Thursday, June 11, 2015

Proses Membersihkan Sampah Sarap Di Atas Pinggiran Blok D Dan Bumbung TNB Siap.



Proses pembersihan sampah sarap di atas pinggiran Blok D dijalankan bagi memastikan tiada sampah sarap yang mungkin menyebabkan saluran air hujan tersumbat.




Kerja ini bukan sahaja dijalankan di Blok D tetapi juga di bumbung atas TNB supaya ianya sentiasa nampak bersih dan kemas serta mengatasi kemungkinan air yang bertakung.


 



Wednesday, June 10, 2015

Pembaca Panel "Boom Gate" Rosak Dilanggar Oleh Kereta Pajero.


Panel pembaca "Boom Gate" telah rosak dilanggar oleh seorang penghuni yang tinggal di dalam. Kejadian ini berlaku pada 5hb Jun yang lepas. Ianya dilanggar oleh sebuah kereta Pajero.

Mujurlah penghuni tersebut bersetuju untuk membayar segala kos pembaikian yang akan dilakukan pada waktu yang terdekat ini.

Tuesday, June 9, 2015

Kerja Pembaikian Pintu Pembuangan Sampah Serta Tong Sampah Telah Siap Sepenuhnya.

 
Kerja pembaikian tetap dijalankan keatas pintu pembuangan sampah serta tong pembuangan sampah.
 

 
Boleh dikatakan kerja pembaikian ini telah siap sepenuhnya dan boleh berfungsi seperti biasa. 


 
Pembaikian ini juga dijalankan di kedua dua tempat pembuangan sampah berdekatan dengan Blok C dan Blok A.
 


 
Pintu pintu yang telah siap diperbaiki. Kerja pembaikian ini juga berharap akan menghindari bau busuk dari tempat pembuangan sampah ini.

 

Monday, June 8, 2015

Permohonan Pembayaran Ansuran Tunggakan Air Diluluskan.



Surat permohonan pembayaran tunggakan air (Syabas) telah diluluskan oleh pihak pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.


Buat masa ini JMB Bayu Villa pada setiap bulan ada membayar mengikut masa yang ditetapkan termasuk pembayaran ansuran tunggakan (RM10,000.00) serta pembayaran bil air semasa.



For those who want to join our new Facebook at *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below. 
 
 

Sunday, June 7, 2015

Sikap Setengah Penghuni Yang Tidak Menghiraukan Kebersihan Dan Tanggung Jawab.



Baru baru ini terdapat kejadian yang amat menyakitkan kerana terdapat penghuni yang tidak tahu menjaga kebersihan serta tanggung jawab tempat tinggal mereka dengan membuang sampah sarap merata rata.


Ianya amat menjijikan apabila mata memandang dan bukan begitu sahaja, bumbung yang terdapat di atas telah pecah akibat tindakan membuang sampah sarap dari atas.


Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa akan mengarahkan pekerjanya menyiasat punca di tingkat mana berlaku pembuangan sampah ini dilakukan dan akan mengambil tindakan jika perlu.
 
Kejadian dipercayai berlaku di Blok A atas keperihatinan seorang penduduk yang memaparkan kejadian ini di dalam laman web Facebook yang baru " Bayu Villa Apartment Klang "

For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below.