Saturday, September 26, 2015

Penghuni Yang Tidak Mempunyai Otak Langsung.


Baru baru terdapat seorang penghuni yang tinggal di Blok D menulis satu perkataan di dalam Lif yang mungkin boleh mencetuskan rasa tidak puas hati di antara kaum. "________ Babi Tat ada otak".  

Isu isu seperti ini timbul akibat daripada pergolakan di dalam politik Malaysia yang lebih kepada isu seperti "1MDB", "Derma sebanyak 2.6 Billion", "Perarakan Bersih 4.0" dan juga "Himpunan Rakyak Bersatu". Puncanya kerana kelemahan Perdana Menteri Malaysia dan bukanlah salah rakyat Malaysia secara amnya. 

Negara kita ini didiami oleh masyarakat majmuk yang sama hormat menghormati di antara sesama sendiri selama ini. Oleh yang sedemikian JMB Bayu Villa mengutuk tindakan setengah pihak yang cuba merengangkan suasana aman damai yang telah dikecapi bersama dengan semua penghuni yang tinggal di dalam. 

Friday, September 25, 2015

Lampu Lampu Baru Dipasang Bagi Mengindahkan Suasana Dalaman.

 
Sebagai usaha memastikan Bayu Villa merupakan suatu tempat tinggal yang cantik serta indah, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah membeli kaca lampu serta menukarkan kesemua lampu yang rosak.


Lampu lampu yang dipasang cuma berdekatan dengan tempat lalu lalang sahaja. Bagi tempat di tapak budak budak bermain bolasepak, pihak pengurusan tidak dapat memasangnya kerana ianya akan pecah akibat terkena bola yang ditendang.


Baru baru ini terdapat beberapa biji lampu yang baru dipasang telah pecah akibat terkena sepakan bolasepak tersebut.


Wednesday, September 23, 2015

Genap Setahun JMB Mengambil Alih. Bagaimana Pencapaiannya???

Genap setahun Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa  baru mengambil alih (21.09.2014) daripada pengurusan lama. Sudah sampai masanya kita menilai sejauh manakah prestasi yang dilalui oleh pengurusan JMB Bayu Villa yang baru. 

1) 24.09.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan Syabas melalui pembayaran ansuran.

Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 392,216.58
Tunggakan sehingga hari ini - RM 207,166.63




2) 02.10.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan syarikat pembersihan melalui pembayaran tunggakan.


Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 32,520.00
Tunggakan sehingga hari ini - RM15,000.00

3) 09.10.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan syarikat penyelengaraan Lif melalui pembayaran tunggakan.




Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 26,100.00
Tunggakan sehingga hari ini - RM 14,000.00

4) 12.11.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan Cukai Tanah 2013 dan 2014,  Pejabat Tanah dan Galian - RM 47,921.20 


Tiada tunggakan untuk Cukai Tanah bagi tahun berakhir 2014


5) 25.11.2014 - Berjaya menyelesaikan tunggakan syarikat pengawal keselamatan melalui pembayaran ansuran.

Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 145,485.00
Tunggakan sehingga hari ini - RM 89,000.00


6) 16.01.2015 - Tunggakan Wang Penyelenggaraan penghuni berjumlah RM 813,252.43 dapat dikurangkan jumlah tunggakannya sehingga dalam purata RM 600,000.00 ke RM 640,000.00 sebulan.



7) Jika dikaji daripada carta dibawah jumlah tunggakan yang sedia ada sehingga 22.09.2015, penghuni di Bayu Villa masih mempunyai tunggakan sebanyak RM 629,220.39


8) 19.01.2015 - Kisah sebenar dipaparkan mengenai puncanya berlaku dan kenapa tunggakan yang sedia ada (TNB) melambung kepada RM 484,149.29




9) 29.01.2015 - Berjaya menyelesaikan isu tunggakan TNB melalui pembayaran ansuran. 

Tunggakan sebelum mengambil alih - RM 484,149.29
Tunggakan sehingga hari ini (anggaran) - RM 270,000.00


10) 15.02.2015 - Walaupun berupaya menjelaskan begitu banyak tunggakan dalam masa 6 bulan tetapi mengikut rekod yang tertera menunjukkan tunggakan kepada pemuitang masih mempunyai RM 934,573.88


Pada bulan Februari 2015 tunggakan kepada pemuitang berada pada RM 934,573.88

Sehingga hari ini tunggakan kepada pemuitang berada dalam anggaran RM 595,000.00

11) 14.05.2015 - Tunggakan Cukai Tanah tahun 2015 dijelaskan sepenuhnya RM 41,978.00



12) 28.06.2015 - Berjaya menjelaskan saman mahkamah daripada TNB sebanyak RM 7,937.49



Ini merupakan hasil ringkasan kerja kerja yang telah dilakukan oleh pengurusan baru JMB Bayu Villa sepanjang setahun mengambil alih. 

Banyak lagi perkara perkara akan dipaparkan sepanjang perjalanan ini. Pihak pengurusan akan berusaha sedaya upaya menaikan Pengsapuri Bayu Villa supaya ianya menjadi tempat yang lebih menarik serta cantik. 

Sunday, September 20, 2015

Bil Semasa TNB Untuk Bulan Julai dan Ogos Selesai Dibayar.


Bil semasa TNB dijelaskan pada setiap bulan untuk memastikan bahawa tidak dikenakan bayaran bunga (interest) yang dikenakan oleh TNB pada setiap bulan.

Sehingga kini pihak pengurusan telah membayar mengikut masa yang ditetapkan supaya di masa akan datang tiada perbalahan atau pertikaian mengenai caj bayaran bunga yang dikenakan. 


Friday, September 18, 2015

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mulai Membuat Siasatan.


Pada 08.09.2015 (Selasa), 2 pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) datang membuat siasatan berhubung dengan elemen terdapat kes penyelewengan berlaku keatas JMB Bayu Villa untuk tahun kewangan berakhir 2014.

Kes yang sama apabila lapuran yang dibuat oleh seorang individu yang tinggal di Blok D. Setelah membuat lapuran tersebut kepada unit Jenayah Komersil di Balai Polis Klang serta COB Klang kini beliau mengambil inisiatif membuat lapuran lebih kepada penyiasatan mengenai pemberian kontrak pembaikian lif dan sebagainya. Siasatan juga lebih tertumpu kepada sistem penerimaan wang penyelenggaraan. 


Sebanyak 5 fail telah diambil oleh pihak SPRM sebagai usaha mereka untuk memastikan segala siasatan yang terperinci mengenainya dapat dilakukan.

Banyak perkara diperbincangan dan salah satunya ialah mengenai penyelewengan yang berlaku ke atas pengurusan lama. Atas nasihat daripada pegawai SPRM, mereka menyarankan supaya pengurusan sekarang membuat lapuran mengenai kejadian tahun lepas. 

Kemungkinan besar pihak JMB Bayu Villa akan membuat lapuran bahawa terdapat kes penyelewengan yang berlaku ke atas pengurusan JMB Bayu Villa daripada bulan November 2013 sehingga Ogos 2014. Tetapi perkara ini akan melalui mesyuarat yang akan diadakan untuk mendapatkan pendapat daripada ahli jawatankuasa.