Pada hari Isnin, mesyuarat diadakan bersama pengawal keselamatan mengenai tatacara penggunaan kolam renang yang akan dibuka pada hari Rabu (25.11.2015)
Pihak pengurusan Bayu Villa sebagai langkah menjaga keindahan dan tatatertib pengguna kolam renang akan meletakan seorang pengawal keselamatan di tepi kolam renang bagi menjaga penggunaannya.
Pengunaannya kolam renang kali ini akan diberi perlepasan selama 6 hari sehingga penghujung 30hb November 2015. Selepas tarikh tersebut (mulai 1hb Disember 2015) sesiapa yang tidak mengikut peraturan tidak akan dibenarkan berenang di dalam kolam renang tersebut.
Mesyuarat juga merangkumi penggunaan kad akses di bahagian Boom Gate di mana di dapati masih ramai lagi yang masih berhutang wang penyelenggaraan tetapi masih tetap dapat masuk ke dalam Bayu Villa.