Friday, February 3, 2017

Proses Perbincangan Mengenai Penyiapan Audit Lapuran Akaun Berakhir 2015.


Perbincangan kali ini lebih tertumpu kepada proses penyiapan Audit Lapuran Akaun Tahunan yang berakhir 2015. Penyiapan audit akaun tahunan ini menghadapi masalah kerana pihak pengauditan lambat menyiapkannya disebabkan oleh beberapa isu yang telah berbangkit. 


Beberapa temujanji telah diatur dengan pihak pengauditan (Encik Pathma) tetapi telah 2 kali tidak datang hadir untuk menyelesaikan masalah tersebut.


Memandangkan perkara ini berlarutan syarikat yang mengaudit akan ditukar kepada yang baru. Encik Bernard Thong akan melantik syarikat audit yang baru mengambil alih.

Kesemua keputusan ini akan dinilai semula dari masa ke semasa. Disebabkan oleh perkembangan ini, penyiapan akaun audit 2015 akan tertunda lagi untuk beberapa bulan. 



Perbincangan juga ada melibatkan penyiapan Lapuran Akaun Tahunan 2016 yang akan dibuat oleh Cik Kasturi dan akan disiapkan dalam masa 2 bulan sebelum dihantar untuk diaudit.
  

Wednesday, February 1, 2017

Pihak Syabas Dan SPAN Datang Membuat Tinjauan Kerja Migrasi.


Beberapa hari yang lalu pihak Syabas dan pihak SPAN datang membuat tinjauan keatas Pengsapuri Bayu Villa memeriksa keadaan perkembangan kerja migrasi yang sedang berlangsung di setiap blok.



Tujuan pemeriksaan ini ialah untuk memastikan kerja kerja peruntukan pinjaman yang disediakan oleh LPHS (Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor) berjalan dalam keadaan yang lancar.

Pembayaran balik pinjaman kepada pihak LPHS akan dikenakan pembayaran bunga bersamaan dengan pinjaman melalui proses pembayaran mengikut budibicara dengan pihak LPHS. 



Dijangka kerja kerja migrasi ini akan siap dalam masa 2 bulan lagi sebelum pihak Syabas datang memasang meter baru kepada penghuni yang telah membuat bayaran pendahuluan.



Kepada sesiapa yang masih lagi belum memohon, pihak Span akan mengambil tindakan undang undang atau denda sebanyak RM10,000.00 bagi mereka yang masih belum memohon atau mengambil sebarang inisiatif membuat bayaran pendaftaran.



Selepas kesemua kerja migrasi siap, pihak pengurusan tidak akan lagi menjalankan tanggungjawab melakukan kerja pendaftaran bagi setiap penghuni yang ingin memohon.

Mereka harus pergi ke pejabat Syabas dan membuat pendaftaran masing masing. 


Saturday, January 14, 2017

Cukai Tanah 2017 Yang Terbaru. RM 44,881.00


Ini merupakan salinan baru Cukai Tanah untuk tahun 2017. Jumlah yang perlu dibayar berjumlah RM44,881.00

Pembayaran Cukai Tanah yang lepas adalah berjumlah RM41,978.00. Ini merupakan kenaikan sebanyak RM2,903.00

Thursday, January 12, 2017

Tindakan Keras Akan Diambil Keatas Sesiapa Yang Tidak Membayar Cukai Tanah !!!


Cukai Tanah merupakan cukai yang harus dibayar kepada pihak Pejabat Tanah pada setiap tahun. Tahun ini pihak pejabat tanah telah mengumunkan bahawa terdapat kenaikan keatas cukai tanah untuk tahun 2017.

Kenaikan ini merupakan suatu berita yang baru dan mengejutkan kerana pihak kerajaan negeri sepatutnya bertimbang rasa keatas penghuni yang tinggal di Pengsapuri.  Melalui informasi yang diterima kenaikan ini adalah berdasarkan kepada status tanah dimana harga tanah sudah melambung tinggi semenjak kebelakangan ini.

Suka tak suka penghuni terpaksa dibebani dengan kos kenaikan tersebut. Jika ditinjau dan dianalisa ramai penghuni masih mengengkari membuat pembayaran tersebut. Disebabkan oleh keadaan sedemikian pengurusan akan mengambil tindakan drastik untuk memastikan kesemua cukai tanah yang tertunggak dapat dikutip.

Surat notis serta amaran telah diberi kepada kesemua penghuni untuk memastikan pembayaran Cukai Tanah dilakukan dengan segera sebelum 15hb Februari 2017. Jika tidak tindakan pemotongan bekalan akan dilakukan.

Sunday, January 8, 2017

Surat Balasan Mengenai Bayaran Ansuran Tunggakan Kepada Pihak Syabas



Berhubung dengan surat yang dihantar oleh pihak Syabas kepada JMB Bayu Villa, pihak penguruaan telah mengambil tindakan memberikan surat jawaban kepada pihak Syabas.


Di dalam surat tersebut ada dinyatakan bahawa pihak pengurusan menghadapi kesukaran penerimaan wang selenggara yang rendah dan cuba sedaya upaya untuk menjelaskan tunggakan yang sedia ada.




Surat ini juga ada diberikan satu salinan kepada pihak COB Klang sebagai tantapan kepada pihak COB Klang mengenai cara Badan Pengurusan (JMB) Bayu Villa menyelesaikan masalah yang sedia ada.

Buat masa ini Badan Pengurusan JMB Bayu Villa akan cuba sedaya upaya menyelesaikan setiap bil semasa pada setiap bulan kerana bil semasa setiap bulan berjumlah lebih kurang RM 25,000.00 ke RM 28,000.00. Jumlah ini amatlah besar jika tidak diselesaikannya pada setiap bulan kerana apabila tertunggak ianya akan naik kesuatu jumlah yang amat menakutkan.