Penguncian tayar kereta serta tayar motorsikal bermula dengan lebih tegas. Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa tidak boleh lagi memberi peluang kepada mereka yang suka meletakan kenderaan mereka secara suka suka.
Pada bulan Februari sahaja, hasil daripada penguncian tayar kenderaan mempunyai pendapatan berjumlah RM640.00 Penguncian tayar ini di harap dapat memberi kesedaran kepada mereka yang suka meletakan kenderaan mereka secara merata.
Pemberian notis pada waktu malam akan dikurangkan. Malahan ianya akan terus dikunci tanpa diberi sebarang notis amaran.
Motosikal juga tidak terlepas. Sebanyak 3 biji motosikal telah dikunci tayar motosikal mereka.
Kedua dua kenderaan ini dikunci kerana meletakan kenderaan mereka sesuka hati.
No comments:
Post a Comment