Sunday, March 29, 2015

Penyelenggaraan Naik 20 Peratus! Bermula 1hb April 2015.


Baru baru ini Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa terpaksa membuat keputusan yang drastik bagi menyelamatkan keadaan kewangan Bayu Villa. Setelah dikira kos penyelenggaran serta kos sampingan yang perlu diharungi oleh pengurusan, kenaikan ini sememangnya tidak dapat diketepikan.

Kenaikan ini tidaklah ketara sangat kerana jika kenaikan sebanyak 10 peratus (contohnya seunit naik RM10.00 - sebulan cuma dapat mengumpul RM7,600.00 secara anggaran) Jumlah ini sememangnya tidak cukup untuk menanggung segala kos kos yang semakin meningkat terutama perlaksanaan GST sebanyak 6 peratus.

Perlaksanaan Fasa Pertama : 1hb April 2015 - 10 peratus

Perlaksanaan Fasa Kedua : 1hb April 2016 - 10 peratus

Kami sememangnya amat arif tentang kenaikan ini yang sedikit sebanyak akan menjejaskan perbelanjaan anda tetapi hakikatnya kita seharusnya kena arif akan kos penyelenggaraan yang semakin mengunung dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment