Showing posts with label Installment TNB. Show all posts
Showing posts with label Installment TNB. Show all posts

Tuesday, February 21, 2017

Bayaran Ansuran Tunggakan Sebanyak RM407,729.29 Jelas Dan Selesai. Timbul Masalah Isu Bil Semasa.







Badan Pengurusan Bersama Bayu Villa
D-G-21, Bayu Villa Apartment,
Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana,
41200 Klang, Selangor.
Tel: 03-33192664

Tenaga Nasional Berhad.
Wisma TNB Subang Jaya,
Jalan USJ 10/1A, USJ 10,
47620 Subang Jaya,
Selangor.                                                                           21.02.2017

Tuan/Puan,

Re: Masalah Berhubung Dengan Bil Bil Semasa (220231732008) (220231734405) (220231737102) (220231740304) (220231745104)

Untuk makluman pihak pengurusan TNB, pengurusan JMB Bayu Villa telah menyelesaikan segala tunggakan kami yang berjumlah RM407,729.29 melalui bayaran ansuran selama 2 tahun mulai bulan Februari 2015 sehingga Januari 2017 (24 bulan).

Seperti dalam perjanjian kami dengan pihak TNB, penyelesaian tunggakan ini haruslah berserta dengan bayaran semasa bil TNB setiap bulan. Pihak TNB juga telah berjanji akan memansuhkan segala bayaran “Bunga atau Interest” (Surcaj Lewat Bayar) yang dikenakan setiap bulan keatas bil TNB - JMB Bayu Villa.

Tetapi kami menghadapai masalah membuat pembayaran bil semasa TNB semenjak bulan April  2016 kerana menghadapi masalah berhubung dengan bil bil semasa TNB yang tidak tepat serta jumlah yang tidak munasabah yang mengakibatkan kami tidak berupaya membuat pembayaran seperti biasa.

Beberapa perjumpaan diadakan dengan staf pegawai TNB berbincang mengenai isu bil semasa dan pihak TNB juga tahu apa yang berlaku semasa berlaku penukaran sistem  bil di dalam TNB. Setelah perbincangan mereka ada menghantar bil penyelarasan tetapi setiap bulan juga bil yang dihantar oleh TNB tidak tepat.

Bil semasa kami berada dalam anggaran RM9,000.00 ke RM10,000.00 setiap bulan tetapi jumlah ini melonjak sehingga belasan ribu semenjak bulan Mei 2016. Akibatnya kami menghadapi masalah yang sangat besar dalam membuat perhitungan pembayaran kepada TNB. 

Jumlah wang penyelengaran yang diterima tidak cukup untuk menampung jumlah bil semasa yang dikenakan oleh TNB walaupun kami dapat menyelesaikan tunggakan kami sebanyak RM16,976.10 setiap bulan. Kami di pihak pengurusan ada peruntukkan perbelanjaan semasa setiap bulan jadi jumlah bil yang tidak tepat mengakibatkan kami tidak berupaya membuat perhitungan yang tepat.

Satu carta pembayaran dan jumlah bil semasa telah kami sediakan untuk tantapan pihak pengurusan TNB mengenai masalah yang kami hadapi. Carta ini akan menunjukkan dengan lebih tepat dan terang berhubung bil semasa TNB yang terumbang ambing. Sehingga kini bil semasa yang kami terima masih menunjukkan suatu jumlah yang tidak tepat dan setiap kali ada saja bil penyelarasan dihantar kepada kami.

Untuk makluman pihak TNB, kami mengharapkan agar pihak TNB menyelaraskan bil semasa sekali lagi bersamaan pemansuhan “Surcaj Lewat Bayar” dari bulan Februari 2015 sehingga bulan Mei 2016 supaya kami dapat membuat pembayaran mengikut jumlah yang sebenar.

Untuk menunjukkan pengurusan kami komited dalam membuat pembayaran kepada TNB, setiap bulan kami akan terus membuat pembayaran yang sama sebanyak RM16,976.10 selama beberapa bulan lagi bagi menampung segala bil tunggakan semasa semenjak bulan Julai 2016 sehingga sekarang (Januari 2017)

Melalui kiraan kami jika bil semasa kami berada dalam purata anggaran RM10,000.00 setiap bulan (melalui carta yang disertakan) kami masih mempunyai tunggakan sekitar RM75,000.00 ke RM85,000.00 (8 bulan) sehingga bulan Januari 2017.

Kerjasama dari pihak TNB amatlah kami hargai dan sesungguhnya kami amat berbesar hati agar pihak TNB dapat memberi kami kelonggaran untuk bernafas dan mengharungi kesulitan yang dihadapi oleh kami. JMB Bayu Villa merupakan entiti pertubuhan penduduk dan bukanlah syarikat yang mencari keuntungan.



Yang benar,



……………………………….
Lee Boon Hoe – Bendahari JMB Bayu Villa


Tel: 012-2159897 / 016-2159897

Tuesday, October 11, 2016

Tunggakan Lama Bayu Villa Kepada TNB Hanya Tinggal RM 50,928.30 (3 Bulan Lagi)

Masih ingat lagi tak? Pada bulan September 2014 semasa Ahli Jawatankuasa baru mengambil alih, Bayu Villa mempunyai tunggakan dalam anggaran RM 500,00.00 keatas pihak TNB. 



Selepas dibayar sebahagiannya pada penghujung tahun 2014 dan awal tahun lepas 2015 (Januari), Bayu Villa mempunyai hutang atau tunggakan sekurang kurangnya RM 407,429.29 sebelum perjanjian pembayaran ansuran dilaksanakan tetapi sehingga hari ini hutang tunggakan Bayu Villa kepada TNB hanya tinggal RM 50,928.30.


Hanya tinggal 3 bulan lagi pembayaran ansuran tunggakan kepada pihak TNB berjaya diselesaikan sepenuhnya. Untuk makluman anda semua pihak pengurusan JMB Bayu Villa sudah 2 bulan ke 3 bulan tidak membuat pembayaran bil semasa TNB disebabkan oleh bil TNB kebelakangan ini tidak tepat dan caj yang dikenakan ke atas Bayu Villa tidak sama rata pada setiap bulan. 

Tetapi pihak pengurusan Bayu Villa akan cuba sedaya upaya  untuk menyelesaikan tunggakan tersebut dengan secepat yang mungkin.

Sunday, July 31, 2016

Installment Payment To TNB Only Left 6 Months.


For your information, the installment payment to TNB only left about 6 months. After the completion of the installment, JMB Bayu Villa will have more access to use their fund to fix lots of issue surrounding the place. There is still lots of things need to be done in order to retrieve Bayu Villa.

Till today we have paid to TNB around :

RM 305,572.69



Original Letter Application Letter For Installment Plan

Monday, April 18, 2016

Tunggakan Bayu Villa Kepada TNB Hanya Tinggal RM 169,761.00


Masih ingat lagi tak? Pada bulan September 2014 semasa Ahli Jawatankuasa baru mengambil alih,  Bayu Villa mempunyai tunggakan dalam anggaran RM 500,00.00 keatas pihak TNB. 

Selepas dibayar sebahagiannya pada penghujung tahun 2014 dan awal tahun lepas 2015 (Januari), Bayu Villa mempunyai hutang atau tunggakan sekurang kurangnya RM 407,429.29 sebelum perjanjian pembayaran ansuran dilaksanakan tetapi sehingga hari ini hutang tunggakan Bayu Villa kepada TNB hanya tinggal RM 169,761.00. 

Hanya tinggal 10 bulan lagi pembayaran ansuran tunggakan kepada pihak TNB berjaya diselesaikan sepenuhnya. Diharap selepas segala tunggakan dijelaskan pihak pengurusan dapat menjalankan aktiviti yang boleh memberi maafaat kepada penghuni penghuni di dalam Bayu Villa.

Monday, October 26, 2015

Pembayaran 9 Ansuran TNB Setakat Ini Berjumlah RM 152,811.79 Telah Dilaksanakan.


Megikut rekod yang tertera. JMB Bayu Villa telah berupaya membuat bayaran sehingga bulan Oktober 2015. Pembayaran ansuran sebanyak RM 152,811.79 telah dijelaskan setakat ini (9 ansuran).
 
Mengikut rekod TNB, masih tinggal lagi 15 pembayaran ansuran (RM254,686.50) yang harus dilaksanakan bagi menyelesaikan segala tunggakan yang sedia ada. Pembayaran terakhir akan selesai sepenuhnya pada bulan Januari 2017. 

Wednesday, August 19, 2015

Bil Elektrik Semasa Bulan Jun Dan Bayaran Ansuran Bulanan Telah Jelas Dibayar.


Bil elektrik semasa untuk bulan Jun yang berjumlah RM8,179.69 dan bayaran ansuran kali ke enam sebanyak RM16,976.10 telah dijelaskan.



RM16,976.10 x 6 kali = RM101,856.60. Jumlah ini telah menunjukkan bahawa JMB Bayu Villa telah berupaya menjalankan kewajipannya dalam menjelaskan tunggakan yang sedia ada. SERATUS RIBU merupakan satu jumlah yang amat besar. 



Jika jumlah tersebut jatuh kepada pengurusan JMB Bayu Villa yang lepas, kemungkinan besar Pengsapuri Bayu Villa menjadi Rumah Pangsa Kos Rendah dan muflis.

For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below. 

Monday, June 29, 2015

Surat Akur Janji Pembayaran Ansuran Tunggakan TNB.


Minggu lepas Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah menerima surat akurjanji daripada TNB. Mengikut surat perjanjian, tunggakan yang sedia ada harus diselesaikan dalam masa 24 bulan.

Sehingga kini JMB Bayu Villa telah menyelesaikan 5 tunggakan ansuran bermula bulan Februari 2015 sehingga bulan Jun 2015. Anggaran pembayaran tunggakan 5 bulan adalah berjumlah dalam sekitar RM85,000.00

Tunggakan yang terakhir untuk pembayaran tunggakan ansuran adalah pada Januari 2017. Masih jauh lagi kalau hendak merenung masa depan Bayu Villa.  


Thursday, May 28, 2015

Pembayaran Tunggakan Bil Ansuran TNB Yang Ke Empat Dijelaskan RM16,976.10



Pembayaran ansuran tunggakan bil TNB bagi kali ke-empat berjumlah RM16,976.10 dijelaskan.



Pembayaran kali ini berupa bayaran ansuran untuk bulan May seperti yang telah dijanjikan sewaktu di dalam perbincangan.


Friday, April 24, 2015

Pembayaran Tunggakan Bil Ansuran TNB Yang Ketiga Dijelaskan.



Pembayaran ansuran tunggakan bil TNB bagi kali ketiga berjumlah RM16,976.10 dijelaskan.


Pembayaran kali ini berupa bayaran ansuran untuk bulan April seperti yang telah dijanjikan sewaktu di dalam perbincangan. 



Friday, March 27, 2015

Bil Semasa TNB Dan Bil Pembayaran Ansuran Kedua Telah Diselesaikan Tunggakannya. RM25,001.97


Bil semasa TNB berjumlah RM8,025.87 telah dijelaskan. Bukan sahaja bil semasa dijelaskan, pembayaran ansuran bagi kali kedua berjumlah RM16,979.10 juga dijelaskan sama sekali.


Keseluruhan pembayaran yang dapat dijelaskan kepada TNB berjumlah RM25,001.97 

Jelas sekali JMB Bayu Villa buat masa ini dapat menjalankan tugas semasa mereka bagi melaksanakan segala usaha mereka supaya pelan pembayaran ansuran kepada TNB mahupun kepada Syabas tidak terjejas sama sekali.


Friday, February 27, 2015

Pembayaran Ansuran Pertama Kepada TNB Bermula. Tunggakan Kepada TNB Masih Lagi RM390,450.30


Proses pembayaran ansuran yang pertama (1st installment) berjumlah RM16,978.99 telah dilaksanakan. Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa masih lagi bertungkus lumus dan cuba sedaya upaya dalam mengharungi rintangan ini. 


Jika dikaji daripada jumlah penerimaan wang penyelenggaraan sehingga kini, ianya masih lagi tidak dapat mencerminkan bahawa JMB Bayu Villa dapat melepasi halangan ini dengan begitu mudah sekali. 

Diharap proses pembayaran ansuran kali ini akan dapat berjalan dengan lancar pada setiap bulan. 

Tunggakan Lama Pelan Ansuran RM407,429.29 - Ansuran Pertama (1) RM16,978.99 = RM390,450.30 


Thursday, February 12, 2015

Pelan Ansuran Tenaga Nasional Berhad Untuk Tunggakan RM407,429.29 Telah Diluluskan Sebanyak 24 Kali.

Pelan ansuran untuk tunggakan ke atas Tenaga Nasional Berhad sebanyak RM407,429.29 telah diluluskan. Pelan pembayaran tunggakan ini telah diluluskan sebanyak 24 bulan atau 24 kali mulai bulan Februari 2015 sehingga Januari 2017.


Setelah bertungkus lumus selama sebulan dua ini, akhirnya Bendahari JMB Bayu Villa telah berjaya membuat permohanan pelan pembayaran ansuran sebanyak 24 kali. Perjanjian ini telah diluluskan dengan syarat bahawa selepas surat akujanji ditandatangani, segala caj penalti harus dikecualikan mulai saat itu.

Ini merupakan berita yang paling mengembirakan kerana ianya merupakan satu satunya halangan yang paling susah hendak dilalui. Mengikut kiraan pelan pembayaran ansuran sebanyak 24 kali iaitu 24 bulan, setiap bulan JMB Bayu Villa terpaksa berkomitmen membuat bayaran sebanyak RM16,976.22 termasuk bil semasa yang berjumlah anggaran RM12,000.00 sebulan.


Ini bermakna setiap bulan JMB Bayu Villa terpaksa menyediakan anggaran  pembayaran RM29,000.00 sebulan. Walaupun perjanjian ini telah dipersetujui, JMB Bayu Villa masih tidak begitu yakin dan berkemungkinan besar berada dalam keadaan terumbang ambing kerana komitmen pembayaran tunggakan setiap bulan telah bertambah berkali ganda. 

Jika dibuat kajian akan aliran pelan kutipan tunggakan wang penyelenggaran setiap bulan, sememangnya ianya tidak akan bertahan lama. 

Walau bagaimana pun perjanjian surat akujanji ini semestinya dapat membantu JMB Bayu Villa membuat penjimatan terhadap caj penalti yang dikenakan oleh TNB setiap bulan iaitu anggaran sebanyak RM3,500.00