Kolam renang telah siap sepenuhnya dengan pembukaannya pada 25hb November 2015. Kerja kerja menaik taraf serta memulihkan kolam renang sebenarnya amat memakan masa.
Bukan begitu sahaja ianya juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk memperbaikinya. Sememangnya bukan suatu perkara yang senang tetapi tetap juga kena dilakukan.
Boleh dikatakan keseluruhan perbelanjaan menaikkan kolam renang tersebut menelan perbelanjaan dalam purata RM38,000.00 termasuk bekalan air.
Boleh dikatakan perbelanjaan ini telah banyak mengurangkan dana Badan Pengurusan Bersama JMB Bayu Villa. Di harap tiada apa apa yang berlaku ke atas kewangan JMB Bayu Villa.
Walau bagaimana pun peraturan menggunakan kolam renang ini akan diawasi dari masa ke semasa di mana penggunaan * Baju Kolam Renang * cuma dibenarkan.
Kerja pembaikian yang dijalankan bagi memastikan keadaan kolam renang berada pada tahap yang terbaik.
Pembersihan kolam renang juga perlu dilakukan pada setiap masa bagi memastikan tiada kekotoran yang ketara ke atas kolam renang.
Bilik tandas untuk lelaki dan perempuan telah siap sepenuhnya. Keadaan dalaman telah dibersihkan.
No comments:
Post a Comment