Kerja kerja pembaikian tandas kolam renang dijalankan bagi memberi kemudahan kepada pengguna pengguna yang akan menggunakan kolam renang.
Kerja kerja pemulihan ini amat perlu bagi memastikan setiap individu yang akan mengunakan kolam renang mahupun setelah menggunakan kolam renang dapat mengambil kesempatan membersihkan diri mereka sebelum dan selepas menggunakannya.
Setelah begitu lama ianya tidak dipakai, banyak juga barang barangan yang rosak. Kerja pembaikian ini dijalankan oleh Encik Saiful bagi memastikan kesemua barangan yang rosak diperbaiki sepenuhnya.
Komitmen daripada pihak pengurusan JMB Bayu Villa yang berjanji akan membuka kolam renang tersebut dalam setahun setelah mengambil alih kini telah hampir siap sepenuhnya.
Diharap setelah dibaik pulih tiada lagi kerosakan yang berlaku. Kos perbelanjaan menaikan semula kolam renang dijangka menelan belanja dalam sekitar RM35,000.00 termasuk bekalan air yang disalurkan ke dalam kolam renang.
No comments:
Post a Comment