Showing posts with label Block B. Show all posts
Showing posts with label Block B. Show all posts

Wednesday, April 11, 2018

Keadaan Kebersihan Dalaman Sudah Menjadi Teruk.

Tengah malam tadi kami ada membuat lawatan keseluruhan blok-blok bangunan di dalam Bayu Villa dan mendapati keadaan dalaman tempat tinggal tidak lagi menyerupai seperti tempat tinggal. 

Tinjauan kami mendapati keadaan bau yang sangat busuk dan sampah yang bersepah serta air kotoran sampah yang bertaburan dan keadaan dalaman lif juga mempunyai bau sampah yang kuat.


Perkara ini telah berlarutan selama beberapa hari sehingga sekarang semenjak pekerja lama berhenti kerja (1hb April 2018) akibat takut kena ditangkap atau ditahan tetapi sehingga sekarang kita masih belum dapat serta lihat Pengerusi JMB Bayu Villa keluar membuat pantauan atau membuat sesuatu bagi mempercepatkan proses pembersihan. Kemanakah Pengerusi tersebut ???


Tinjauan tadi mendapati Blok C menghadapi masalah yang paling ketara. Walaupun sampah sampah telah dipunggah dan dibuang, sisa air yang melekat di atas lantai dan di dalam lif telah menyebabkan bau busuk yang amat kuat sangat. Ini boleh menjejaskan kesihatan kepada mereka yang tinggal di situ.


Tinjauan juga mendapati keseluruhan Blok mempunyai masalah yang sama. Kesemua lantai langsung tidak di mop atau pun dicuci. Keadaan sampah sarap masih bersepah.


Melalui maklumat dan informasi yang diterima kebanyakkan kontraktor tidak mahu masuk mengambil kerja menjadi kontraktor di dalam kawasan Bayu Villa kerana harga yang diberi tidak cukup untuk mereka menjalankan tugusan pembersihan. 

Rata rata kebanyakkan kontraktor meminta dalam anggaran RM 13,000.00 ke RM16,000.00 untuk mengambil kontrak pembersihan.


Sebelum perlantikan kontraktor baru, perbelanjaan pembersihan berada dalam sekitar RM 8,500.00 dan kini telah melonjak dengan begitu tinggi akibat karenah beberapa penghuni yang berbangga membuat lapuran dan aduan kepada pihak atasan (Jabatan Imigresen)


Tindakan yang diambil oleh penghuni sememangnya tidak salah dengan membuat lapuran supaya pekerja yang tidak mempunyai permit harus ditangkap dan disumbat di dalam penjara mengikut undang undang tetapi implikasinya ke atas kedudukan kerja pengawasan bahagian teknikal serta kerja pembersihan amat besar sekali dan ternyata apa yang berlaku sehingga hari ini masih belum dapat diselesaikan sehingga sekarang.


Dipercayai keadaan ini akan menjejaskan keseluruhan kerja pembersihan di dalam Bayu Villa dalam bulan April 2018 kerana ianya akan memakan masa bagi pekerja baru memahami sistem pembersihan yang sedia ada. 

Melalui informasi yang diterima pekerja pekerja baru semuanya datang dari luar negeri. Mana mungkin kerja kerja yang menjijikan ini akan dikendalikan oleh orang tempatan?


Hari ini ramai yang menyokong supaya tindakan membuat tangkapan adalah tepat sekali tetapi bila masalah ini timbul kini ada di antara mereka mendiamkan diri dan ada di antara mereka pula menyalahkan pihak pengurusan dengan melempar pelbagai tuduhan yang tidak munasabah.


Pengurusan yang tidak efektif, tidak kompeten, menyeleweng dan sebagainya. Sepatutnya Pengerusi harus mengambil inisiatif dan bertindak dengan lebih efektif serta cepat bagi menyelesaikan masalah yang berlaku dan bukan duduk di dalam rumah memberi arahan sahaja. 



Bagi pendapat kami, perkara ini sudah berlanjutan selama lebih 10 hari dan Pihak Pengurusan serta Pengerusi seharusnya bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah yang begitu serius. 

Perkara ini sudah berlarutan sebegitu lama dan tak seharusnya ditarik ke depan lagi. Bau busuk dan hanyir ini ibarat "Pangsapuri Bayu Villa" telah lenyap, muncul nama baru "Flat Bayu Villa"


Walaupun bayaran kontraktor telah melebihi sasaran perbelanjaan, Pihak Pengurusan dan Pengerusi seharusnya bertindak secara bijak dengan membuat keputusan yang tepat. 

Kesihatan penduduk serta penghuni harus diberi keutamaan. Perbelanjaan lebihan ini dari kewangan Bayu Villa adalah permintaan dari segelintir penghuni yang inginkan kebaikan yang terbaik untuk Pengsapuri Bayu Villa. 

Kami sungguh sedih melihat keadaan Bayu Villa yang ada sekarang seperti "terumbang ambing" entah nak kemana >>>>


"SIAPA YANG MAKAN CILI"
 "DIA YANG TERASA PEDAS"



Wednesday, April 13, 2016

Bola Pelampung Rosak Lagi. Mujur Tiada Apa Apa Yang Rosak.


Menjaga kerja penyelenggaraan bukanlah sesuatu perkara yang senang. Kadang kadang pada waktu malam berlaku perkara yang tidak diingini berlaku. Ianya berlaku beberapa hari yang lalu.

Bilik pengepam air berdekatan Blok A dan Blok B tiba tiba dimasuki air akibat kerosakan bola pelampung. Mujrlah tiada kerosakan yang berlaku kerana air sempat ditutup sebelum ianya memenuhi bilik pengepas tersebut.





Saturday, April 9, 2016

Rumah Disimbah Cat Merah Oleh Ah Long.


Disebabkan oleh kesalahan anaknya meminjam wang daripada Ah Long, inilah akibatnya sebuah rumah di Blok B telah dituangkan dengan cat merah.


Kejadian ini berlaku beberapa hari yang lalu. Kes sedemikian dah sememangnya boleh berlaku di mana mana tetapi tidak sangka ianya akan berlaku di Bayu Villa di mana terdapat pengawal keselamatan yang sedang bertugas.


Kesian melihat keluarga mereka terpaksa bertungkus lumus membersihkan keseluruhan kawasan halaman rumah mereka termasuk dinding dinding yang telah dituangkan cat.


Walaupun masih terdapat sedikit sebanyak kesan cat yang masih ada, kerja membersihkannya sudah siap. Diharap kejadian ini tidak berulang lagi kerana ianya amat menyusahkan keluarga yang tidak berdosa ini.


Tuesday, March 29, 2016

Kalau Ada Kesempatan Disitulah Muncul Peluangnya.


Walaupun kolam renang ini tidak boleh guna dipakai lagi tetapi kesempatan mengunakannya untuk menjemur kain kain dilakukan tetapi jika dilihat dari jauh agak serupa macam flat rumah kos rendah.

Inilah Bayu Villa, dimana ada kesempatan disitulah muncul peluangnya.


Monday, March 21, 2016

Kolam Renang Diantara Blok A dan Blok B Telah Dibersihkan.


Atas aduan seorang penduduk yang prihatin, kerja kerja pembersihan dijalankan dengan serta merta.  



Kini kolam renang tersebut telah dibersihkan dan dapat menjauhi sebarang pembiakan nyamuk aedes. 



Memandangkan cuaca yang begitu panas terik, pembersihan ini akan membantu mengindahkan kawasan keseluruhan.





Tahniah diucapkan kepada Encik Saiful dan rakan rakan yang terpaksa bekerja pada hari Ahad untuk memastikan ianya dibersihkan sebaik mungkin.


Friday, March 18, 2016

Dawai Besi Dipasang Berdekatkan Blok B Untuk Meningkatkan Keselamatan


Dawai besi yang baru telah dipasang di pagar pagar berdekatkan Blok B. Pemasangan ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan di dalam Bayu Villa.



Setelah dawai besi yang telah dipasang di tempat pembuangan sampah berdekatkan Blok C, kini pemasangan tambahan dawai besi ini bagi memastikan keadaan dalaman Bayu Villa sentiasa berada pada tahap yang terbaik.



Diharap kerja kerja pemasangan ini akan memberi maafaat yang terbaik kepada penghuni Bayu Villa.






Thursday, February 25, 2016

Bilik Pam Motor Air Dipenuhi Air. Kerosakan Pada Bebola Penyekat Air.


Bilik pam motor air berdekatan Blok A dan Blok B telah dibanjiri air. Kejadian ini berlaku secara mengejut kerana bebola yang sepatutnya mengawal kemasukan air tiba tiba rosak dan air melimpah keluar menbanjiri keseluruhan bilik pam tersebut.



Kerja pembaikian sedang giat dijalankan bagi memastikan motor pam air dapat berfungsi semula. Disebabkan litar elektrik sudah terkena air, kerja membersih, mengering semula segala kotak panel fuis dan motor sedang dijalankan.




Kes ini berlaku pada waktu pagi iaitu pada hari ini (25.02.2016). Diharap semua penghuni di Blok A dan Blok B dapat bersabar dan menunggu segala proses pembaikian siap dijalankan.



Kerja pemeriksaan panel elektrik juga dijalankan bagi memastikan tiada masalah elektrik yang akan menyebabkan motor pam air mengalami kejutan.

Kemungkinan besar tiada bekalan air untuk hari Jumaat. Jika dapat disiapkan dalam masa yang terdekat kemungkinan besar air akan terus disalurkan secepat mungkin.


Buat masa ini segala masalah penggunaan air boleh digunakan  di bilik air kolam renang berdekatan Blok C dan Blok E