Showing posts with label Theft. Show all posts
Showing posts with label Theft. Show all posts

Tuesday, March 27, 2018

Cubaan Merogol Dan Merompak Berlaku Di Blok C Awal Pagi Tadi.



Awal pagi tadi saya menerima panggilan talifon daripada penghuni tersebut bahawa berlaku satu kejadian rompakan yang berlaku di tingkat atas di Blok C. 

Kejadian berlaku ketika penghuni rumah tengah tidur. Pencuri tersebut masuk melalui tingkap dapur. Jika dilihat terdapat kesan tapak kaki di atas kompresor.



Bukan saja kecurian atau rompakan yang berlaku, didapati perompak yang bersenjatakan sebilah pisau tersebut juga ingin merogol perempuan tersebut. Mujurlah atas tindakan yang cepat perompak tersebut dapat dihalau dengan jeritan yang kuat setelah perompak tersebut sibuk mencari sebarang wang tunai yang berada di dalam laci. 


Pihak pengurusan Encik Bernard Thong bersama dengan saya ada membuat lawatan ke atas rumah penghuni tersebut dan hasil perbualan di dapati Rantai Emas, Dompet bersama dengan Wang Tunai, Kad Pengenalan, Lesen Memandu serta Kad Kredit semuanya habis dirompak oleh perompak tersebut. Talifon Bimbit juga dirampas oleh perompak tersebut.


Sebagai nasihat kepada semua penghuni sila pastikan semua tingkap dan pintu dikunci dengan mangga dan memastikan ianya sentiasa dikunci selepas membukanya. Melalui pemantauan saya kemungkinan kejadian rompakan ini dilakukan oleh orang dalam yang tinggal di dalam Bayu Villa.

Melalui perbualan dengan penghuni rumah, perompak itu mungkin seorang Negro atau India tetapi tidak pasti. Lapuran Polis telah dilakukan pada pagi tadi.


Mujurlah penghuni rumah tersebut tidak dirogol oleh perompak yang bersenjatakan sebilah pisau semasa membuat rompakan.

Friday, September 2, 2016

Kes Kecurian Dan Pecah Rumah Berlaku Lagi Di Blok A-3-15


Petang semalam berlaku lagi kes pecah rumah di Blok A-3-15. Kejadian dipercayai berlaku di antara 3.30 petang sehingga 5.30 petang.


Dalam kejadian tersebut suspek pencuri dikatakan berasal dari Pengsapuri Sabahan yang berdekatan dan pecah rumah ini dilakukan oleh 2 orang Sabah. Mengikut saksi kejadian tersebut ianya dapat disaksikan oleh beberapa orang penghuni serta pengawal keselamatan.


Semasa gambar diambil, kehilangan barangan tidak tahu kerana menunggu pihak polis datang membuat siasatan.



Jika di kaji dari teknik cara mereka pecah rumah, suspek lebih suka pecah rumah di Blok A dan Blok B kerana ianya berdekatan dengan jalan keluar masuk.


Suspek pencuri dikatakan telah menyelongkar dua bilik sehingga kesemua barangan bersepah. Barangan seperti LCD TV tidak hilang. Kejadian ini cuma disedari apabila tuan rumah baru balik pada jam 6.00 petang.


Jika dikaji dari cara mereka mencuri atau pecah rumah kebanyakan waktu kecurian dilakukan pada waktu petang di antara pukul 3.00 petang sehingga 6.00 petang.




Mangga kunci yang sedia ada telah dipecahkan dan terdapat kesan hentakan pada palang besi. Jika dilihat pada pintu depan kayu, ciri ciri keselamatan yang sedia ada tidak cukup kuat.  


Kebanyakan kes pecah rumah ini berlaku apabila pencuri tersebut melihat pada keadaan kunci depan rumah. Jika dilihat dengan secara teliti, rumah tersebut mempunyai sebiji tombol kunci sahaja dan ianya akan menjadi sasaran pencuri keran lebih senang untuk membuka pintu.


Kebanyakan kes pecah rumah yang berlaku ke atas kunci rumah yang mempunyai satu tombol kunci sahaja.



Setelah pencuri tersebut memotong mangga tersebut ianya dibuang berdekatan dengan tangga lalu lalang.


Suspek pencuri tersebut sempat ditahan oleh salah seorang penghuni dan disoal siasat tetapi terus melarikan diri dan melompat terus melalui pagar ke Prima Bayu. 


Pada waktu kejadian pengawal keselamatan juga berada di tempat kejadian dan terus mengejar mereka tetapi tidak dapat. Terdapat sepasang selipar yang masih kelihatan di tempat mereka melompat. 




Dalam keadaan kelam kabut dan kejar mengejar suspek pencuri telah dikatakan meninggalkan motosikalnya berhadapan lobi di depan Blok A.


Motosikal tersebut tidak mempunyai nombor plat depan dan nombor plat belakang kelihatan nombornya hilang.


Gambar dibawah merupakan penghuni yang telah cuba menahan suspek pencuri tersebut setelah beliau membuat soal siasat ke atas 2 orang tersebut dan di bantu oleh seorang penghuni yang kebetulan lalu di situ.


Friday, August 19, 2016

Kes Pecah Masuk Rumah Lagi. E-4-21


Pada 17.08.2016 berlaku lagi kejadian pecah rumah di Blok E-4-21. Melalui maklumat yang diterima kemungkinan kejadian ini dilakukan oleh orang dalaman.
.

Kejadian di percayai berlaku di antara jam 4.00 petang sehingga 7.00 malam. Melalui penerangan penghuni beliau keluar pada pukul 3 lebih dan balik jam 7 malam.



Barangan seperti TV LCD juga turut hilang. Melalui gambar kita dapat lihat keseluruhan rumah diselongkar oleh pencuri tersebut.



Pecah masuk ini dapat dilakukan kerana ciri keselamatan yang ada pada pintu depan tidak kukuh dan ianya amat senang untuk dipecah masuk.




Di harap mulai saat ini kesemua penghuni berhati hati dalam menjaga keselamatan rumah mereka. Jika terlihat sesiapa yang mencurigai dan merayau rayau di Bayu Villa sila hubungi pihak pengawal keselamatan. 



Thursday, April 14, 2016

Suspek Pencuri Ditangkap Tetapi Dilepaskan.


Dua hari yang lepas terdapat satu kes kejadian di mana suspek telah dipercayai mencuri sebiji tayar sport rim. Kejadian ini diketahui setelah pihak pengawal keselamatan membuat rondaan.


Motosikal BKD 5598 ini dipunyai oleh tuan punya rumah C-G-10. Pada waktu yang sama pihak pengawal keselamatan juga menjumpai sebiji motosikal yang sedang dipasang tayar spot rim apabila mendapat maklumat daripada salah seorang pengawal keselamatan.


Semasa mebuat pemeriksaan terdapat barangan pembuka tayar yang diletak bertaburan disekitar motosikal ini. Pemeriksaan ini juga mendapati tayar yang dipasang keatas motor ini adalah kepunyaan tuan punya motor BKD5598.



Jika dilihat dari gambar gambar yang ada, sememangnya terdapat kejadian jenayah tengah berlaku. Morosikal ini dijumpai berdekatan dengan Surau di Blok D.


Tuan punya motor melakukan satu lapuran polis mengatakan tayar motosikalnya telah hilang dan dicuri semasa diletak di dalam kawasan Batu Villa.




Tanpa berfikir panjang pihak pengawal keselamatan terus mengunci tayar motor tersebut dan menunggu tuan punya motor ini kembali.



Pada hari keesokkannya suspek tersebut mucul kerana ingin mengambil motosikalnya tetapi disebabkan motosikalnya telah dikunci, suspek tersebut terus pergi meminta pengawal keselamatan membukanya.


Oleh kerana pihak pengurusan telah tahu mengenai kejadian ini, terus membuat panggilan ke balai polis supaya menghantar pegawainya datang membuat tangkapan mengenai kes kejadian ini.


Setelah soal siasat dilakukan, tiada tangkapan dibuat kerana lapuran polis yang dilakukan oleh tuan punya motosikal tidak mencukupi maklumat yang membolehkan tangkapan dibuat terus.


Mengikut sumber maklumat, sebarang lapuran polis yang dilakukan haruslah disusuli dengan perjumpaan dengan Inspektor untuk membolehkan keterangan diambil dengan maklumat terperinci dapat direkodkan.  


Atas nasihat dan saranan pegawai polis kes ini digugurkan. Tuan punya motosikal yang tayar sportrimnya kena dicuri pun berada disitu.


Akhirnya tayar tersebut ditanggalkan dan dipulangkan kepada tuan punya motor. Suspek ini bukanlah penghuni di dalam Bayu Villa tetapi bagaimana beliau boleh membawa motorsikalnya masuk kedalam merupakan satu tanda tanya. 



Suspek yang telah dikenal pasti sebagai pencuri yang telah melakukan jenayah di dalam Bayu Villa.  


Muka suspek pencuri yang telah dikenal pasti oleh pengawal keselamatan.