Pada 15hb Disember 2016, minit Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-2 (10hb Januari 2016) dan yang ke-3 (20hb November 2016) telah diserahkan kepada pihak COB Klang.
Penyerahan minit mesyuarat ini amatlah penting untuk membolehkan pihak COB Klang menjalankan kerja penyemakan sebelum diberi kebenaran mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang Ke-3 yang telah ditangguh akibat kekecohan yang berlaku pada hari mesyuarat.
Surat pengesahan dan penerimaan telah diterima oleh pihak COB Klang. Penyerahan dokumen minit mesyuarat memang tepat pada waktunya memandangkan terdapat banyak isu yang melanda pengurusan Bayu Villa dan terpaksa melalui banyak proses penimbangan bagi menstabilkan kewangan Bayu Villa yang semakin terumbang ambing.
No comments:
Post a Comment