Wednesday, January 4, 2017

Syabas Memberi Surat Peringatan Tindakan Memotong Bekalan Air.



Dua minggu yang lepas pihak Syabas ada menghantar sepucuk surat memberi peringatan berhubung dengan GAGAL ANSURAN yang sepatutnya diselesaikan oleh pihak pengurusan JMB Bayu Villa. Melalui isi kandungan yang sedia ada pihak pengurusan telah gagal menjelaskan bayaran ansuran sebanyak RM 20,000.00 untuk bulan November serta Disember 2016.


Seperti yang sedia maklum kegagalan pihak pengurusan menjelaskan bayaran ansuran disebabkan tahap kewangan JMB Bayu Villa sekarang berada dalam keadaan defisit. Penerimaan wang selenggara yang diterima tidak cukup untuk menampung segala perbelanjaan harian Bayu Villa.


Kedegilan kebanyakan penghuni tidak menghiraukan keadaan keseluruhan Bayu Villa telah menyebabkan kemungkinan besar Bayu Villa akan menghadapi risiko terumbang ambing sekali lagi. Ramai yang telah lupa apa yang berlaku keatas Bayu Villa 2 tahun yang lepas.


Tindak tanduk setengah pihak yang masih beria-ia terutama Encik Lim Chee Soon, rakan rakan dan ramai yang bersekongkol dengannya terutama seorang bekas ahli jawatan kuasa JMB yang lepas yang cuba menghasut ramai penghuni supaya tidak membayar wang selenggara dengan pergi rumah ke rumah menyatakan pengurusan telah menyeludup sejumlah wang selenggara kedalam akaun peribadi.


Keadaan ini telah menyebakan tahap kepercayaan setengah penghuni terhadap kewibawaan pihak pengurusan telah menurun. Jika keadaan ini berlarutan beberapa bulan lagi, Bayu Villa akan menghadapi krisis sekali lagi.


Bil semasa TNB telah lebih kurang 5 bulan tidak dibayar kerana tahap kewangan yang tidak mengizinkan. Mujurlah bayaran ansuran tetap diteruskanl sehingga bulan Disember 2016 bagi memastikan tiada gangguan pemotongan bekalan elektrik. Bayaran ansuran ini akan selesai pada bulan January 2017 dan ianya akan diteruskan untuk beberapa bulan lagi bagi menampung tunggakan pembayaran bil semasa yang tertunggak selama 5 bulan.


Melalui penilaian yang sedia ada kemungkinan besar proses pembayaran Cukai Tanah untuk tahun 2017 akan terbantut sama sekali.

No comments:

Post a Comment