Badan Pengurusan
Bersama Bayu Villa
D-G-21, Bayu Villa Apartment,
Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu
Perdana,
41200 Klang, Selangor.
Tel: 03-33192664
Tenaga
Nasional Berhad.
Wisma
TNB Subang Jaya,
Jalan
USJ 10/1A, USJ 10,
47620
Subang Jaya,
Selangor. 21.02.2017
Tuan/Puan,
Re:
Masalah Berhubung Dengan Bil Bil Semasa (220231732008) (220231734405)
(220231737102) (220231740304) (220231745104)
Untuk makluman pihak pengurusan TNB,
pengurusan JMB Bayu Villa telah menyelesaikan segala tunggakan kami yang
berjumlah RM407,729.29 melalui bayaran ansuran selama 2 tahun mulai bulan Februari
2015 sehingga Januari 2017 (24 bulan).
Seperti dalam perjanjian kami dengan
pihak TNB, penyelesaian tunggakan ini haruslah berserta dengan bayaran semasa
bil TNB setiap bulan. Pihak TNB juga telah berjanji akan memansuhkan segala
bayaran “Bunga atau Interest” (Surcaj Lewat Bayar) yang dikenakan setiap bulan
keatas bil TNB - JMB Bayu Villa.
Tetapi kami menghadapai masalah membuat
pembayaran bil semasa TNB semenjak bulan April 2016 kerana menghadapi masalah berhubung
dengan bil bil semasa TNB yang tidak tepat serta jumlah yang tidak munasabah
yang mengakibatkan kami tidak berupaya membuat pembayaran seperti biasa.
Beberapa perjumpaan diadakan dengan staf
pegawai TNB berbincang mengenai isu bil semasa dan pihak TNB juga tahu apa yang
berlaku semasa berlaku penukaran sistem
bil di dalam TNB. Setelah perbincangan mereka ada menghantar bil penyelarasan
tetapi setiap bulan juga bil yang dihantar oleh TNB tidak tepat.
Bil semasa kami berada dalam anggaran
RM9,000.00 ke RM10,000.00 setiap bulan tetapi jumlah ini melonjak sehingga
belasan ribu semenjak bulan Mei 2016. Akibatnya kami menghadapi masalah yang
sangat besar dalam membuat perhitungan pembayaran kepada TNB.
Jumlah wang penyelengaran yang diterima
tidak cukup untuk menampung jumlah bil semasa yang dikenakan oleh TNB walaupun
kami dapat menyelesaikan tunggakan kami sebanyak RM16,976.10 setiap bulan. Kami
di pihak pengurusan ada peruntukkan perbelanjaan semasa setiap bulan jadi
jumlah bil yang tidak tepat mengakibatkan kami tidak berupaya membuat
perhitungan yang tepat.
Satu carta pembayaran dan jumlah bil
semasa telah kami sediakan untuk tantapan pihak pengurusan TNB mengenai masalah
yang kami hadapi. Carta ini akan menunjukkan dengan lebih tepat dan terang
berhubung bil semasa TNB yang terumbang ambing. Sehingga kini bil semasa yang
kami terima masih menunjukkan suatu jumlah yang tidak tepat dan setiap kali ada
saja bil penyelarasan dihantar kepada kami.
Untuk makluman pihak TNB, kami
mengharapkan agar pihak TNB menyelaraskan bil semasa sekali lagi bersamaan
pemansuhan “Surcaj Lewat Bayar” dari
bulan Februari 2015 sehingga bulan Mei 2016 supaya kami dapat membuat
pembayaran mengikut jumlah yang sebenar.
Untuk menunjukkan pengurusan kami
komited dalam membuat pembayaran kepada TNB, setiap bulan kami akan terus
membuat pembayaran yang sama sebanyak RM16,976.10 selama beberapa bulan lagi bagi
menampung segala bil tunggakan semasa semenjak bulan Julai 2016 sehingga
sekarang (Januari 2017)
Melalui kiraan kami jika bil semasa kami
berada dalam purata anggaran RM10,000.00 setiap bulan (melalui carta yang
disertakan) kami masih mempunyai tunggakan sekitar RM75,000.00 ke RM85,000.00 (8
bulan) sehingga bulan Januari 2017.
Kerjasama dari pihak TNB amatlah kami
hargai dan sesungguhnya kami amat berbesar hati agar pihak TNB dapat memberi
kami kelonggaran untuk bernafas dan mengharungi kesulitan yang dihadapi oleh
kami. JMB Bayu Villa merupakan entiti pertubuhan penduduk dan bukanlah syarikat
yang mencari keuntungan.
Yang benar,
……………………………….
Lee Boon Hoe – Bendahari JMB Bayu Villa
Tel: 012-2159897 / 016-2159897
No comments:
Post a Comment