Thursday, June 26, 2014

Lapuran Polis Yang Tidak Bertanggung Jawab. JMB Bayu Villa Melepaskan Tanggung Jawab Terhadap Tunggakan.

Pihak Pengurusan Bayu Villa - Setiausaha Encik:Titus Raj membuat lapuran polis bahawa pihak pengurusan yang sedia ada tidak akan bertanggung jawab terhadap segala hutang yang sebelum ini daripada pengurusan lama iaitu Bayu Villa Management Corporation Sdn. Bhd. dan Indera Management Sdn. Bhd.

Persoalannya ialah kenapa pihak pengurusan JMB tidak mahu menanggung segala tunggakan dahulu tetapi hendak mengutip segala tunggakan wang penyelengaraan yang lama di Bayu Villa? 

Atas lapuran ini pihak kami ada membuat pertanyaan kepada pihak COB Klang. Pihak COB Klang ada menjelaskan bahawa segala tunggakan yang berkenaan dengan Bayu Villa Apartment seperti tunggakan TNB, SYABAS and Cukai PEJABAT TANAH dan GALIAN haruslah di tanggung oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang baru di pilih ataupun yang baru di lantik.


No comments:

Post a Comment