Sunday, June 29, 2014

Tuduhan Yang Tidak Berasas. Hutang JMB Bayu Villa Kepada TNB Di Tolak Kepada Pengurusan Lama.


Lapuran Polis pada 26hb Jun 2014 (http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/06/lapuran-polis-yang-tidak-bertanggung.htmlyang di buat oleh Setiausaha JMB Bayu Villa (Encik Titus Raj) berkenaan dengan hutang TNB oleh pengurusan yang lama (Bayu Villa Management Corporation Sdn. Bhd.) tidak tepat sama sekali. Jika di kaji dari pengiraan jumlah yang tertunggak daripada pihak pengurusan lama sehingga akhir bulan Oktober 2013 ianya berjumlah RM346,923.47 (mengikut pengiraan dari bil semasa TNB yang di terima)

Jadi tuduhan dan lapuran polis yang di buat pada hari tersebut adalah tidak tepat di mana lapuran tersebut menyentuh angka tunggakan daripada pengurusan lama kepada pihak TNB mencecah sehingga RM407,931.00. Jika di lihat dari lapuran yang tertera di dalam blog kami (http://bayuvillaapartment.blogspot.com/2014/06/tunggakan-jmb-bayu-villa-kepada-tnb-rm.html) sememangnya tunggakan daripada pihak JMB Bayu Villa ke atas TNB adalah berjumlah RM85,682.18 (01/11/2013 sehingga 01/06/2014).

Persoalannya sekarang kenapa pihak JMB Bayu Villa yang diketuai oleh Setiausaha Encik Titus Raj tidak mengambil tindakan membuat bayaran RM85,682.18 yang sepatutnya kepada pihak TNB sewaktu mereka menguruskan pengurusan di dalam Bayu Villa Apartment? 

No comments:

Post a Comment