Tuesday, June 17, 2014

Notis Pemberitahuan Dari Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Pada 17hb Jun 2014, pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mengeluarkan satu notis  berbentuk arahan yang harus dipatuhi oleh pihak pengurusan JMB Bayu Villa supaya mendapatkan Sijil Berperakuan Kelayakan (CF) Yang Sah untuk ke semua lif yang beroperasi di Bayu Villa.

Tindakan sedemikian adalah semata mata untuk memastikan keadaan keselamatan lif yang beroperasi di dalam Bayu Villa berada dalam keadaan yang baik serta tidak membahayakan keselamatan kepada penghuni di Bayu Villa.

Jika arahan mendapatkan Sijil Berperakuan Kelayakan (CF) Yang Sah tidak diikuti selepas tarikh 17.07.2014, tindakan memberhentikan 8 (lapan) unit lif yang beroperasi di kawasan Bayu Villa akan diberhentikan perkhidmatannya sehingga sijil tersebut diperbaharui.

Pengurus Penyelenggaran Bayu Villa - Encik Jeffry Abu Hassan menandatangani notis penerimaan tersebut.

No comments:

Post a Comment