Thursday, July 17, 2014

Sudah Seminggu Berlalu Pejabat Pengurusan Bayu Villa Masih Lagi Di Tutup

Pejabat Pengurusan Bayu Villa yang telah di tutup seminggu yang lepas masih lagi tidak di buka untuk beroperasi. Keadaan sedemikian tidak akan membawa sebarang kebaikan tetapi lebih kepada keburukan terhadap Bayu Villa. 

Dikuatiri selepas perayaan Hari Raya, jika tiada apa apa tindakan daripada pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang baru, pihak TNB dan SYABAS akan mengambil tindakan memotong bekalan elektrik dan air di kawasan Bayu Villa.

Tindakan mengunci pejabat serta menunggu surat atau sijil pengesahan daripada Pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB) Klang akan mengakibatkan keadaan menjadi lebih buruk jika sijil itu masih lagi di dalam pemprosesan dan mengambil masa yang lebih lama untuk di proses. Sepatutnya pihak pengurusan boleh menjalankan operasi dengan membuka pejabat mereka sehingga menunggu sijil pengesahan dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment