Monday, March 9, 2015

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa Ingin Memohon Maaf Ke Atas Kekurangan Makanan Semasa Perayaan Tahun Baru Cina.


Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ingin memohon maaf atas kekurangan hidangan makanan yang disediakan pada jamuan Perayaan Sambutan Tahun Baru Cina baru baru ini. 


Peruntukan sebanyak RM2,300.00 yang diperuntukan oleh KRT Bayu Villa untuk menyediakan makanan sebanyak 200 orang tetapi tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak pengurusan kepada individu tersebut telah gagal menunaikan tanggungjawab yang diberi.

Wang tunai sebanyak RM2,000.00 telah dibayar habis sementara baki RM300.00 akan dibayar kemudian selepas selesai majlis perayaan tersebut.


Hasil daripada siasatan yang terperinci, di dapati kontrak makanan yang diberi kepada pihak pertama telah diserahkan kepada pihak kedua untuk menguruskannya sebelum pihak ketiga memasaknya. Peruntukan makanan yang ditempah serta disediakan cuma untuk 70 orang sahaja. 

Jika di lihat daripada bil yang di dapati, jumlah makanan yang ditempah serta disediakan sememangnya tidak sampai pun 70 orang untuk setiap hidangan Nasi Goreng Cina kosong mahu pun Mee Hoon Goreng kosong.


Jika apa yang dikatakan bahawa makanan yang disediakan adalah sebanyak 70 orang, kita boleh lihat dan menilai daripada gambar di atas, berapakah guni beras dan berapakah bungkusan mee hoon yang telah digunakan untuk menyediakan makanan sebanyak 70 orang dalam sedulang?  Harga untuk kedua dua makanan tersebut mencecah RM420.00 untuk dua dulang!

Gambarajah dibawah boleh digunakan sebagai petunjuk dalam menilai jumlah makanan yang disediakan. Jika di buat perhitungan, jumlah setiap dulang makanan yang disediakan untuk peruntukan 70 orang, ianya langsung tidak sampai 70 orang. 



Rata rata apabila di tanya, ramai yang mengatakan jumlah peruntukan makanan yang disediakan pada setiap dulang makanan tersebut hanya lebih kurang di antara 25 orang ke 35 orang sahaja melihatkan kepada siapa yang memakannya.  

Makanan yang disediakan:

1) Mee Hoon Goreng Kosong (1 dulang)
2) Nasi Goreng Cina Kosong (1 dulang)
3) Ayam Golek ( 10 ekor + 1 Percuma = 11 ekor) 
4) Kuih Karipap - dipotong separuh
5) Kuih Jagung
5) Buah Tembikai
6) Minuman Nescafe 
7) Minuman Teh Tarik
8) Minuman Air Sirap

Ayam Golek yang disediakan cuma 10 ekor (percuma seekor) dengan setiap seekor berharga di antara RM20.00 ke RM23.00. Kami di JMB Bayu Villa sehingga hari ini masih lagi tertanya tanya apakah yang sebenarnya telah berlaku dan kenapa makanan yang ditempah jauh lebih rendah daripada permintaan kami iaitu sebanyak 200 orang.

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa bersama dengan Pengerusi Bayu Villa Cik Sri Sharmini dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bersama dengan Pengerusi Encik Raymond Wang berasa amat dukacita dan sedih kerana tidak dapat menyempurnakan perayaan ini kerana ramai daripada mereka yang hadir tidak dapat menjamu selera kerana kehabisan makanan.


Semasa proses perbincangan dengan pihak yang menyediakan makanan, peringatan telah diberikan berkali kali bahawa hidangan makanan tersebut harus mempunyai 10 jenis hidangan beraneka jenis dan makanan yang disediakan harus sekurang kurangnya mempunyai 200 orang (tidak termasuk air).

Apa yang dibincang lain pula yang dibuatnya. JMB Bayu Villa dan KRT Bayu Villa merasa kesal ke atas kejadian ini dan memohon maaf serta meminta seribu kemaafan kepada semua penghuni Bayu Villa yang hadir pada hari tersebut.

Mujurlah pada hari perayaan tersebut JMB Bayu Villa masih lagi sempat menyediakan hadiah buah tangan yang istimewa iaitu sebanyak 200 paket (minuman berkhasiat) kepada mereka yang hadir pada hari itu.

Pada hari tersebut Pengerusi JMB, Bendahari JMB, Pengerusi KRT serta beberapa AJK Bayu Villa tidak dapat makan pada majlis perayaan tersebut kerana makanan yang disediakan amat sedikit dan tidak mencukupi serta menyedihkan.

2 comments:

  1. Apakah tindakan JMB dan KRT keatas mereka yang telah dikenal pasti "menyeleweng" peruntukkan ini?

    ReplyDelete
  2. Again some cheating in the bill
    3 X 70 = 210 supplied 2 dulang.
    Additional pending payment = i dulang = rm 50.
    What the difference with earluer dulang and the additonal dulang.. We saw sane size only.
    Mr Lee.. Agree with you.. This shows total rip off and swindle by this person. How the president agree for this Bill.. ITS ADRESS TO HIM..
    Why he keepong quite.. Usually a guilty person will keep quite...
    What credibility he have if this small things he cant handle...
    You must punish the person u gave the money.. He is the main culprit...
    The fiod provider is another idiot.. Clearly the bill shows his stupidity

    ReplyDelete