Saturday, April 16, 2016

Mesyuarat Pengawal Keselamatan Diadakan Untuk Meningkatkan Mutu Perkhidmatan.


Mesyuarat pengawal keselamatan akan diadakan setiap dua minggu sekali bagi meningkatkan mutu perkhidmatan. Untuk melatih dan mempunyai satu pasukan pengawal keselamatan yang baik bukanlah sesuatu perkara yang senang.

Ianya memanglah susah terutama pihak pengurusan terpaksa berhadapan dengan karenah sikap setiap pengawal keselamatan yang bertugas. Ada yang rajin bekerja tetapi ada pula yang langsung tidak faham cara memberi perkhidmatan kepada penghuni.


Walaupun keadaan suasana mesyuarat adalah tegang dengan setiap perbalahan dipertikaikan namun sebarang kecacatan harus diperbaiki melalui mesyuarat.

Keputusan telah dicapai bahawa mesyuarat pengawal keselamatan akan diadakan setiap dua minggu sekali bagi memperbaiki sebarang kecacatan yang ada.

Bagi penghuni penghuni yang mempunyai cadangan yang boleh memperbaiki tahap dan mutu pengawal keselamatan bolehlah ke pejabat dan berjumpa dengan Pengurus Bangunan untuk memberi idea yang bernas.


2 comments:

  1. What type of improvement you are talking about?

    ReplyDelete
  2. What type of improvement you are talking about?

    ReplyDelete