Wednesday, April 20, 2016

Surat Perjanjian Pembayaran Ansuran Kebanyakannya Telah Dibatalkan.


Masih ingat lagi tak pada bulan Oktober 2014 semasa pengurusan baru mengambil alih, surat surat penjanjian pembayaran ansuran dikeluarkan dan telah ditanda tangani oleh ramai penghuni yang ingin memohon bantuan daripada pihak pengurusan supaya tidak mengenakan syarat yang begitu ketat keatas proses pembayaran wang penyelenggaraan mereka kepada pihak pengurusan.


Tetapi sehingga hari ini pada bulan April 2016, apabila pihak pengurusan mengemaskinikan rekod pembayaran surat perjanjian, ramai yang tidak mengikut surat perjanjian pembayaran ansuran ini. 

Jadi pihak pengurusan berhak membatalkan keseluruhan perjanjian ini dengan mengenakan tindakan gangguan bekalan air keatas unit unit yang masih lagi degil dan seterusnya membawa kes mereka ke mahkamah untuk diambil tindakan.

Surat pemberitahuan pembatalan perjanjian telah dihantar kepada semua unit unit yang terlibat.


Mengikut Akta 757 yang baru diperkenalkan dan dikuatkuasakan pada tahun lepas, mana mana penghuni yang mempunyai tunggakan akan dipaparkan nama mereka di atas papan tanda di setiap blok bangunan bagi mengenal pasti mereka yang tidak menjalankan tanggung jawab membuat pembayaran yang sepatutnya.

No comments:

Post a Comment