Sunday, October 22, 2017

Keputusan Kes Tribunal Oleh Penentang Encik Lim Chee Soon.


Kes Tribunal yang diadakan pada 5hb Oktober 2017 berjalan dengan lancar. Pagi pagi lagi kami telah tiba begitu awal supaya kami dapat menghadiri kes yang difailkan oleh Encik Lim Chee Soon tanpa sebarang kelewatan.


Perbicaraan bermula dengan kehadiran Encik Lim Chee Soon memihak diri kepada diri sendiri sedangkan Pengurusan Bayu Villa di wakili oleh 3 orang iaitu Encik Lee Boon Hoe (bekas bendahari) Encik Anthony (pengurus bangunan kawasan) dan Encik Bernard Thong (selaku pemilik syarikat pengurusan)


Perbicaraan permulaan menghadapi masalah apabila Encik Lim Chee Soon tidak tahu berbicara Bahasa Malaysia. Bahasa yang digunakan oleh beliau seperti bahasa percakapan pasar. 

Pihak mahkamah terpaksa melantik seorang jurubahasa untuk menolong beliau. Setelah seorang jurubahasa dilantik, Encik Lim Chee Soon terus mempertikaikan beberapa isu mengenai persoalan mengenai akaun Bayu Villa.

Di dalam perbicaraan Encik Bernard Thong berdiri mewakili pihak pengurusan menjawab segala soalan yang dikemukan oleh Encik Lim Chee Soon.

Salinan surat peguam yang dihantar kepada Encik Lim Chee Soon juga dikemukan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa kepada pihak mahkamah tribunal mengenai tindakan pengurusan membawa Encik Lim Chee Soon ke mahkamah.


Isu isu seperti:
*Kes Penyelewengan Kewangan Terhadap Encik Lee Boon Hoe dikemukan*
Pihak Mahkamah Tribunal tidak berminat dengan kes tersebut kerana ianya adalah kes POLIS dan bukan kes Mahkamah Tribunal. Segala data data mengenai kes ini telah dibuat lapuran Polis dan telah pun dikemukan kepada pihak Polis, SPRM dan juga COB Klang.

*Kes kenapa Akaun Kewangan Berakhir Tahun 2015 belum dikemukan*
Pihak mahkamah tribunal mengarahkan supaya pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa menyediakan akaun tersebut dalam masa 7 hari dan diserahkan kepada Encik Lim Chee Soon.  


Untuk makluman penghuni di Bayu Villa. Lapuran kewangan Bayu Villa untuk tahun berakhir 2015 telahpun disiapkan dan diserahkan kepada Encik Lim Chee Soon. 

Lapuran Akaun Tahunan Berakhir 2015 telahpun DI AUDIT dan ditandatangangi oleh Pengerusi, Setiausaha serta bekas Bendahari. Firma pengauditan telah mengakui tiada sebarang kesangsian atau penyelewengan yang berlaku keatas Lapuran Kewangan tersebut.




Pihak Mahkamah Tribunal juga memaklumkan kepada pihak pengurusan Bayu Villa bahawa disebabkan kes ini telah diserahkan kepada pihak peguam luar dan akan difailkan di mahkamah maka pihak Mahkamah Tribunal Pengurusan Strata tidak akan mencampuri kes ini.

Isu isu lain seperti yang dikemukan oleh Encik Lim Chee Soon  di dalam Surat Tribunal tidak diperbincangan seterusnya kerana pihak mahkamah tribunal mendapati agak sukar meneruskan perbicaraan ini dalam keadaan Encik Lim Chee Soon seperti kelam kabut mengemukan soalan yang sedia ada dan pihak mahkamah mendapati Encik Lim Chee Soon seperti tidak tahu apa yang hendak ditanya.

Diakhir perbicaraan Mahkamah Tribunal cuma memberi arahan kepada Pengurusan Bayu Villa menyiapkan akaun tahunan tersebut dan diserahkan kepada Encik Lim Chee Soon. 


Oleh yang sedemikian tiada apa apa kes atau tindakan selanjutnya yang boleh menyabitkan sebarang kesalahan terhadap pihak pengurusan Bayu Villa. Tiada siapa yang menang atau pun kalah. 

Maka Encik Lim Chee Soon akan menghadapi segala kos tanggungan yang akan dikenakan setelah difailkan di dalam mahkamah dan setelah perbicaraan dijalankan, jika disabit kesalahan akan membayar segala tunggakan yang sedia ada. 

No comments:

Post a Comment