Thursday, October 5, 2017

Surat Pembelaan JMB Bayu Villa Ke Atas Penentang Encik Lim Chee Soon

 


........................................................................................



BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) BAYU VILLA
(MPK/COB/103/2013)
D-G-21, Bayu Villa Apartment,
Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana,
41200 Klang, Selangor.
Tel: 03-33192664
Email: bayuvilla.2014@gmail.com

Tribunal Pengurusan Strata,
Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Putrajaya.                                                                          25.09.2017

Tuan/Puan

Perkara: Nombor Kes Tuntutan TPS/B.2654.9/17

Berhubung dengan surat pernyataan tuntutan seperti nombor diatas yang diterima pada 13.09.2017. Di sini kami ingin huraikan mengenai kes tuntutan tersebut yang dituntut oleh Encik: Lim Chee Soon (800220-08-5671) yang merupakan penghuni di Pangsapuri Bayu Villa.

Tuntutan pihak yang menuntut:

1) JMB Bayu Villa “Audited Account” penyenggaraan bangunan.
· Untuk makluman pihak tribunal. Audited Account untuk tahun kewangan berakhir 2015 sedang disediakan dan firma yang mengaudit ialah “Koak Management Services” yang beralamat di No:55B, Jalan BP 7/12, Bandar Bukit Puchong, Selangor. Tel: 03-41434126, Fax: 03-41433126
(Lampiran A)

2) Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund Account)
· Oleh kerana kos penyelenggaraan yang begitu tinggi serta komitment untuk membayar segala tunggakan seperti TNB, Syabas dan sebagainya, pihak pengurusan tidak berupaya membuat penyimpanan sebahagian wang penyelenggaraan yang dikhaskan untuk Kumpulan Wang Penjelas akibat tunggakan kepada penghutang yang harus dijelaskan dari masa ke semasa.

Butir butir tuntutan:

1) Penyalahguna dana JMB Bayu Villa
· Sehingga kini tiada sebarang penyalahguna dana seperti yang dituntut. Pihak yang menuntut telah membuat Lapuran Polis pada 12.10.2014. Nombor Report (Klang/035692/14) dan telah disiasat oleh Inspektor Mohamed Hanafiah bin Mohamed Nawi – (Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Klang). Kes ini telah diklasifikasikan sebagai “NFA – No Further Action” atau “Tiada Tindakan Selanjutnya” setelah siasatan terperinci telah dijalankan selama hampir 6 bulan.
(Lampiran B)

· Pada 13.04.2015 Polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Klang juga memberi sepucuk surat kepada Pesuruhjaya Bangunan Klang (COB) untuk menjalankan “Tindakan Lanjut” bagi memastikan kedudukan kewangan JMB Bayu Villa diurus mengikut cara yang betul.

· Pihak yang menuntut juga membuat Lapuran kepada Pesuruhjaya Bangunan Klang (COB Klang) dan pihak COB Klang pada 26.05.2015 juga mengarahkan JMB Bayu Villa supaya menyediakan Lapuran Kewangan dari bulan September 2014 sehingga bulan Februari 2015 dan diserahkan kepada COB Klang untuk disiasat.
(Lampiran C)

· Pada 01.06.2015, penyata kewangan peribadi Encik Lee Boon Hoe bermula dari bulan September 2014 sehingga Mac 2015 diserahkan kepada pihak COB Klang untuk memudahkan kerja siasatan keatas akaun kewangan JMB Bayu Villa. Pada waktu yang sama pihak COB Klang ada meminta izin daripada Encik Lee, bolehkah pihak COB Klang memberi salinan penyata kewangan peribadi Encik Lee kepada Encik Lim Chee Soon untuk beliau merujuk supaya ianya boleh membantu tuduhan yang dilemparkan kepada Encik Lee Boon Hoe.

· Pada 02.07.2015. “Mesyuarat Semakan Akaun JMB Apartment Bayu Villa” telah diaturkan oleh Pesuruhjaya Banguan Klang (COB) bersama dengan pihak yang menuntut Encik Lim, mengenai status penyalahguna dana JMB Bayu Villa dan di akhir lapuran menyatakan isu ini lebih kepada “Isu peribadi di antara Encik Lim Chee Soon dan Encik Lee Boon Hoe”.
(Lampiran D)

· Pihak yang menuntut juga membuat lapuran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Nombor Kes: KLG/RPT No:16/2015 dan pihak SPRM pada 08.09.2015 datang ke pejabat dan mengambil 5 fail yang mengandungi status lapuran kewangan dari bulan September 2014 sehingga bulan Mac 2015. Siasatan merangkumi pertanyaan kepada pembekal (vendor) ataupun kontraktor yang menjalankan tugas selenggara di kawasan dalaman Bayu Villa baik pun pihak yang membekal, memperbaiki, memberi perkhidmatan dan sebagainya.
(Lampiran E)

· Selepas siasatan dijalankan selama beberapa bulan, pada 04.02.2016, SPRM memulangkan kesemua fail lapuran kewangan dan mendapati tiada timbul isu isu yang sangsi atau keliru terhadap lapuran kewangan seperti yang dilapurkan.

2) Cai Penyenggaraan Yang Tidak Munasabah.
· Caj penyenggaraan yang dikenakan oleh Badan Pengurusan JMB Bayu Villa kepada penghuni di Bayu Villa semenjak 2005 sehingga bulan Mac 2015 adalah sebanyak RM100.00 seunit (unit kecil) dan RM105.00 (unit besar) termasuk kumpulan wang penjelas (sinking fund) 

· RM90.00 wang selenggara, RM10.00 sinking fund (unit kecil)
· RM95.00 wang selenggara, RM10.00 sinking fund (unit besar)

· Pada bulan April 2015, Badan Pengurusan JMB Bayu Villa terpaksa menaikannya sebanyak RM10.00 wang selenggara sebulan pada setiap unit. Kenaikan ini perlu bagi menampung kos selenggara yang begitu tinggi serta caj GST sebanyak 6 peratus yang dikenakan oleh pihak kerajaan ke atas kontraktor yang perlu dibayar oleh pihak pengurusan.

3) Caj Pemindahan Program Untuk Air Meter Syabas Yang Terlampau.
· Caj pemindahan program Air adalah melalui proses tender yang merangkumi 3 kontraktor iaitu:

· a) Wawasan Klasik Enterprise – Harga Tender RM 185,040.00
· b) Abdul Ghafur bin Maidin – Harga Tender RM 203,795.00
· c) DC Resources – Harga Tender RM 245,178.00
(Lampiran F)

· Keputusan sebulat suara di ambil di dalam mesyuarat dan melantik Syarikat Wawasan Klasik Enterprise untuk menjalankan kerja program pemindahan meter Syabas. Nasihat juga diterima daripada Encik Krishnanmurthi dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk melantik syarikat ini menjalankan program ini. 



Yang Benar,



………………………..
JMB Bayu Villa




cc. COB Klang





No comments:

Post a Comment