Saturday, March 31, 2018

Rombakan Pada Bulan April 2018. Kemungkinan Berlaku Air Terhenti Henti, Kemungkinan Tidak.

Baru baru ini kita dapat lihat Bayu Villa mempunyai berbagai masalah yang tak habis habis. Ramai daripada mereka yang mengikuti perkembangan berita di dalam Bayu Villa mendapati Bayu Villa seperti mempunyai masalah kerana pihak pengurusan yang tidak tahu cara mengurus keadaan Bayu Villa.

Untuk makluman anda semua, kebanyakkan daripada mereka yang akan membaca apa yang akan ditulis oleh saya, tidak akan mempercayai akan segala kenyataan yang akan ditulis di dalam blog ini. Ramai yang mengatakan ianya adalah bohong, tak betul, cuba mengalihkan perhatian, terlalu sangat menyokong pengurusan. 

Sehingga hari ini ramai kawan saya di dalam Bayu Villa masih percaya saya mempermainkan butiran akaun untuk menutupi kesalahan yang dilakukan oleh saya. Saya tidak berupaya menahan segala tomahan yang dilemparkan kerana manusia memang berhak menyuarakan segala tanggapan mereka.


Baru baru ini juga berlaku insiden Pihak Jabatan Imigresen datang dan cuba membuat tangkapan khusus ke atas 2 orang pekerja teknikal dan 6 orang pekerja pembersihan dan beberapa pengawal keselamatan. Dipercayai seorang pekerja teknikal, 2 orang pekerja pembersihan telah ditahan termasuk beberapa pengawal keselamatan.

Berikut kejadian ini. Kesemua pekerja yang bekerja di dalam Bayu Villa telah memohon berhenti kerja sehingga 31hb Mac 2018.

Kenapa harus menyimpan air lebihan sebagai persediaan?

1) Selama ini Bayu Villa mempunyai masalah mengepam air keatas tangki besar, Dahulu bilik mengepam air mempunyai 2 biji motor tetapi hanya tinggal sebiji sahaja pada setiap blok bangunan. 

2) Kotak sius di dalam bilik pengepam juga mengalami kerosakan yang teruk sehingga alat otomatik yang menjalankan kerja mengisi air rosak teruk sehingga sekarang. Perbelanjaan memperbaiki juga amat tinggi sekali.

3) Tiap tiap hari selama beberapa tahun ini (lebih kurang 4 tahun lebih - 365 hari) Encik Saiful  telah menjalankan tugas tambahan pada setiap hari selama 7 hari seminggu selama 24 jam untuk mengawasi tahap air pada setiap blok tangki besar di atas bangunan memeriksa dan memastikan air sentiasa penuh dan dapat digunakan oleh penghuni apabila mereka pulang dari pekerjaan. Memastikan air yang cukup untuk membasuh dan membuat masakan di waktu petang untuk semua penghuni. 

Beliau mengisi air menggunakan cara manual (menekan suis) untuk mengepam air terus naik keatas. Setiap malam bermula jam 7.00 petang air akan mulai dipam keatas dan akan ditutup balik selepas berjalan selama 2 jam atau 3 jam. Kerja ini terpaksa dilakukan sekali lagi pada waktu pagi hari keesokannya untuk menampung jumlah air yang telah diguna pakai pada waktu malam dan waktu pagi.

4) Sekarang seorang pekerja teknikal berada di penjara, seorang lagi telah berhenti kerja termasuk 4 orang pekerja pembersihan. Pihak pengurusan masih lagi dalam usaha mencari pekerja gantian teknikal yang akan menjalankan tugasan seperti yang dilakukan oleh Encik Saiful. Kemungkinan besar gangguan air yang tidak stabil mungkin berlaku kerana untuk mendapatkan pekerja gantian yang akan menjalankan kerja selama 24 jam bukan senang untuk dicari.

Siapa yang akan menjalankan tugasan ini? Encik Saiful dan Encik Gora telah lama berkhidmat di perkarangan Bayu Villa dan amat arif dengan segala urusan teknikal dan masalah yang menghadapi Bayu Villa termasuk kerosakan lif.

5) Pekerja pembersihan yang seramai 4 orang sudah memohon berhenti kerja. Pihak pengurusan terpaksa mencari gantian. Buat masa ini pihak pengurusan membuat pembayaran sebanyak lebih kurang RM 8,000.00 untuk kerja kerja pembersihan tetapi sekarang terpaksa melantik dan mengeluarkan perbelanjaan kos tambahan melantik kontraktor baru yang akan memakan kos tambahan sebanyak RM 3,000.00 kepada RM 11,000.00.

6) Melalui maklumat yang di dapati, pihak Imigresen telah  mula menjalankan siasatan ke atas Bayu Villa dan kemungkinan jika disabit kesalahan pihak pengurusan JMB Bayu Villa mungkin akan didenda sebanyak RM 10,000.00 seorang bagi setiap tangkapan dibuat (kemungkinan wang selenggara penghuni terlibat) 

7) Pihak Pengurusan akan mempunyai pengurus baru Encik M.Yananden a/l Manniccam mengantikan Puan Eswerri pada 2hb April 2018.


8) Mulai 1hb April 2018 jalan masuk dan keluar melalui Bayu Villa akan diubah mengikut pelan asal dahulu (tahun 2005). Tempat masuk dan keluar yang melalui di antara Blok A dan B akan ditutup.  


9) Selama 2 bulan pihak pengurusan cuba menggantikan Syarikat Keselamatan yang sedia ada tetapi diugut supaya tidak berbuat demikian. Mulai 1hb April 2018, syarikat keselamatan yang baru akan mulai mengambil alih. Di harap tiada sebarang insiden besar yang akan berlaku.

Dalam proses rombakan ini di harap penghuni di Bayu Villa dapat bersabar jika terdapat sebarang masalah teknikal atau gangguan yang berlaku di dalam Bayu Villa. Pengumunman ini di buat sebagai persediaan kemungkinan berlaku gangguan tetapi jangan menganggap ianya pasti berlaku. 

"Sediakan Payung Sebelum Hujan"

Di harap pekerja teknikal yang akan dilantik dapat berfungsi dengan lebih teratur dan saksama.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh penghuni di Bayu Villa dengan membuat lapuran kepada Pihak Imigresen tidaklah salah sama sekali kerana pekerja pembersihan dan pekerja teknikal serta pengawal keselamatan tidak mempunyai "Permit Kerja" tetapi implikasinya memang terasa amat mendalam jika hendak dipertimbangkan mengenai hal perikemanusiaan.     

Tinjauan kami mendapati seorang ibu dan abangnya menangis dikampung setiap hari mengenangkan anaknya berada di dalam penjara dan siapa akan menghantar wang menyara mereka dan seorang isteri yang kebetulan pulang ke India menangis setiap  hari mengingati suaminya yang berada di penjara sehingga sekarang. 

1 comment:

  1. Do this hack to drop 2 lbs of fat in 8 hours

    At least 160000 men and women are losing weight with a simple and secret "water hack" to burn 1-2 lbs each and every night as they sleep.

    It is very simple and works on anybody.

    Just follow these easy step:

    1) Get a drinking glass and fill it half glass

    2) Proceed to do this weight loss hack

    you'll become 1-2 lbs skinnier in the morning!

    ReplyDelete