Wednesday, August 27, 2014

Apakah Peranan Pro-Team Dan Apakah Tanggung Jawabnya?

Baru baru ini terdapat seorang pembaca yang prihatin bertanyakan soalan "Apakah Peranan Pro-Team Dan Apakah Tanggung Jawabnya?"
 
 
 
"PRO-Team ditubuhkan atas dasar memantau dan memerhati segala tindak tanduk dan aktiviti yang berlaku di dalam Bayu Villa mahupun di kawasan perkarangan Bayu Villa atau di Pihak Pengurusan JMB. Segala maklumat yang di terima dan jika perlu akan dipaparkan kepada semua pihak untuk melihat dan mengetahui apa yang sedang berlaku..

Pro-Team bukanlah badan yang berdaftar tetapi bertindak sebagai badan NGO dan tidak mempunyai sebarang kepentingan di dalam JMB untuk masa yang terdekat ini. TANGGUNG JAWAB Pro-Team lebih kepada memberi maklumat yang tepat dan saksama serta jika perlu menolong pihak pengurusan menguruskan perjalanan pengurusan jika pihak pengurusan menghadapi masalah yang susah diatasi.

Jika pihak pengurusan membuat sesuatu yang tidak sepatutnya, Pro-Team akan menilainya dahulu dan jika perlu mengutuk cara pengurusan jika ianya bercanggah dengan kehendak penghuni penghuni di Apartment Bayu Villa.

Pro-Team diwujudkan kerana Pihak Pengurusan lama yang diketuai oleh Encik Titus telah menyalahgunakan kuasa mereka semasa mereka di beri peluang untuk menguruskan Apartment Bayu Villa. Oleh kerana ramai penghuni yang tidak mengetahui "Kisah Yang Sebenar" dan apa yang sedang berlaku maka maklumat serta informasi yang tepat harus diketahui umum bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak.

Di sini pihak Pro-Team ingin memaklumkan kepada semua pihak bahawa TANGGUNG JAWAB yang sebenar ke atas Apartment Bayu Villa adalah terletak kepada semua Penghuni Penghuni yang tinggal di dalam Bayu Villa."

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment