Tuesday, January 6, 2015

Kerja Menyiapkan Kedua Lif Di Blok C Dan E Sedang Giat Dijalankan.


Proses membaiki lif sedang giat dijalankan. Lif di Blok C dan Blok E yang telah terhenti semenjak minggu lepas sedang giat diperbaiki dengan pembelian alat ganti yang baru.



Kali ini kerosakan yang dialami oleh kedua-dua lif amatlah ketara di mana kerosakan kali ini akan menelan belanja sekitar RM 10,000 .00 ke atas berpunca daripada sabotaj yang sengaja dilakukan oleh orang perseorangan.
 


Punca kerosakan kali ini lebih kepada pengaliran litar letrik yang terganggu akibat sabotaj sehingga menyebabkan suis invertor telah terbakar dan terpaksa membeli inventor yang baru.



Siang malam kontraktor lif yang dilantik bertungkus lumus cuba menyiapkan secepat yang mungkin dan dipercayai lif di Blok E telah berfungsi dan lif di Blok C akan berfungsi pada hari keesokannya.
  

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh penghuni semasa kedua dua lif tersebut tidak berfungsi.

Monday, January 5, 2015

Penyata Kewangan Bank JMB Bayu Villa Sehingga Tarikh 13hb Disember 2014.

Untuk makluman anda semua, penyata kewangan berakhir 13hb Disember 2014 dipaparkan untuk tantapan semua penghuni. Seperti yang anda sedia maklum kali terakhir penyata kewangan JMB Bayu Villa yang dipaparkan adalah penyata kewangan yang bertarikh 13hb November 2014.




Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ingin memaklumkan penyata kewangan bagi tarikh yang berakhir 13hb Oktober 2014 masih tidak dapat diterima oleh JMB Bayu Villa. Oleh kerana penyata kewangan 13hb Oktober 2014 tidak diterima, proses memaparkan segala penyata kewangan mengikut jumlah yang tepat untuk akaun pendapatan dan perbelanjaan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Buat masa ini, pihak Hong Leong Bank Berhad masih lagi tidak membenarkan JMB Bayu Villa menggunakan segala kemudahan perbankan yang sedia ada kerana masih menunggu surat pengesahan daripada COB Klang.


Beberapa hari yang lepas Bendahari JMB Bayu Villa Encik Lee telah pergi berjumpa dengan pegawai di Hong Leong Bank Berhad bertanyakan status surat pengesahan. Mereka memberitahu masih menunggu surat pengesahan dari COB Klang.

Hari ini Bendahari JMB Bayu Villa telah pergi bertanyakan status surat pengesahan daripada COB Klang tetapi mereka mengatakan mereka tidak menerima sebarang surat daripada pihak Hong Leong Bank Berhad.

Sekali lagi Encik terpaksa kembali ke Hong Leong Bank Berhad dan memberitahu pihak COB Klang tidak menerima sebarang surat daripada mereka. Apabila ditanya kepada pengurus Hong Leong Bank Berhad, pihak bank mengatakan mereka telah pun menghantar surat tersebut dan sedang menunggu surat pengesahan daripada COB Klang.



Oleh kerana ianya tidak mempunyai sebarang jalan penyelesaian, Encik Lee meminta pengurus bank agar mengambil inisiatif yang sepatutnya dalam menyelesaikan isu ini.

Baki jumlah wang yang masih ada di dalam akaun bank JMB Bayu Villa sehingga tarikh 13hb Disember 2014 ialah RM86,556.57.

Sunday, January 4, 2015

Kes Pecah Kereta Di Luar Perkarangan Bayu Villa Kian Berleluasa.


Kes pecah cermin kereta kian berleluasa di luar kawasan perkarangan Bayu Villa (bertempat di luar kawasan berdekatan dengan pondok pengawal  keselamatan Blok A dan Blok B). Semalam terdapat beberapa kenderaan lagi dipecahkan cerminnya untuk mencuri apa jua barang yang bernilai. 

Walaupun tiada barangan yang bernilai untuk dicuri, perbuatan ini amat dikecam kerana menyebabkan tuan punya kereta terpaksa menanggung kos memperbaiki cermin kereta.


Kejadian yang sama berlaku 4 hari yang lepas dimana beberapa kenderaan juga dipecahkan cerminnya bagi mencari atau mencuri sebarang barangan yang bernilai seperti wang tunai, smart tag ataupun radio.


Tuan punya kereta juga menyalahkan pengawal keselamatan kenapa tidak memeriksa kereta penghuni yang diletakkan di luar. 

Daripada penjelasan penghuni tersebut, kereta yang dipecah cerminnya mempunyai alarm dan berbunyi. Mereka bertanyakan kenapa pihak keselamatan tidak mengambil tindakan?


Memandangkan meletakan kereta di luar perkarangan Bayu Villa adalah di luar bidang kuasa atau tempat jagaan pengawal keselamatan, JMB Bayu Villa akan mengadakan satu mesyuarat dengan pengawal keselamatan bagi mencari jalan penyelesaian bagi menangangi isu pecah kereta. 

Saturday, January 3, 2015

Masalah Meletakan Kereta Motor Sesuka Hati Telah Berkurangan. Keadaan Bertambah Baik.


Kebelakangan ini kenderaan motor yang meletakan kenderaan mereka sesuka hati telah berkurangan. Keadaan ini adalah suatu kemajuan dan ianya menampakkan usaha pihak pengawal keselamatan berhasil.



Walaupun pencapaian mengurangkan kenderaan meletakan kereta dan motor sesuka hati tidak sampai seratus peratus tetapi ianya cukup baik  berbanding dua bulan yang lepas.



Kesalahan tetap akan ada pada setiap masa, tetapi ianya tidaklah selalu berlaku. Penguncian tayar kenderaan telah berkurangkan kerana rata rata ramai daripada penghuni telah lebih arif tentang peraturan di dalam Bayu Villa.



Diharap tabiat mereka meletakan kenderaan mereka sesuka hati dapat dikikis sepenuhnya bagi menjadikan keadaan suasana tinggal di perkarangan Bayu Villa lebih aman dan selesa.





Friday, January 2, 2015

Lif Sengaja Dirosakkan Bagi Menyusahkan Pihak Pengurusan JMB Bayu Villa. Ada Orang SABOTAJ.


Kebelakangan ini kita menghadapi keadaan situasi yang tidak memberangsangkan. Ada beberapa individu yang tidak berpuas hati sengaja merosakkan butang lif yang sedia ada sehingga menyebabkan lif tersebut tidak dapat berfungsi.



Kejadian ini bermula semenjak minggu lepas semasa sehari sebelum sambutan Hari Natal pada 24hb Disember 2014. Dua lif yang terdapat di Blok C dan Blok E sengaja dirosakkan sehingga lif tersebut tidak dapat berfungsi.



Sisatan daripada kontraktor pembaikian lif mendapati lif yang telah dibaiki sengaja ditarik keluar litar elektriknya pada butang tekanan tersebut menyebabkan lif tersebut tidak dapat berfungsi. 



Masalah yang berlaku pada minggu lepas pada awalnya dianggap sebagai kerosakan teknikal tetapi sehari sebelum sambutan Tahun Baru 2015, kedua dua lif tersebut rosak lagi pada waktu yang sama.



Hasil siasatan mendapati lif lif di Bayu Villa sentiasa di sabotaj bagi mengalakan orang ramai yang tidak berpuas hati membuat kalau bilau di dalam pejabat pengurusan.  Keadaan ini akan menyebabkan pihak pengurusan mengalami kos pembaikian yang amat tinggi.



Pembaziran ini tidak seharusnya berlaku kerana pembaikian yang dijalankan setiap kali dan pengantian alat ganti akan menyebabkan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Kerja memperbaiki yang dijalankan oleh kontraktor mendapati kerosakan lif yang begitu kerap adalah disebabkan oleh litar luar butang sengaja ditarik keluar.



Kerosakan juga bukan sahaja berlaku di Blok C dan Blok E. Ianya juga berlaku di Blok A, tingkat 5 di mana butang lif juga ditarik keluar.



Seorang penghuni yang membuat aduan sempat mengambil beberapa gambar di mana terdapat bukti bahawa kerosakan ini dilakukan pada waktu malam setelah lif tersebut diperbaiki pada waktu petang.




Di harap semua penghuni mengambil perhatian dan membuat lapuran kepada pengawal keselamatan jika ternampak sesiapa yang mencurigakan dan membuat kerosakkan terhadap lif.