Sunday, January 4, 2015

Kes Pecah Kereta Di Luar Perkarangan Bayu Villa Kian Berleluasa.


Kes pecah cermin kereta kian berleluasa di luar kawasan perkarangan Bayu Villa (bertempat di luar kawasan berdekatan dengan pondok pengawal  keselamatan Blok A dan Blok B). Semalam terdapat beberapa kenderaan lagi dipecahkan cerminnya untuk mencuri apa jua barang yang bernilai. 

Walaupun tiada barangan yang bernilai untuk dicuri, perbuatan ini amat dikecam kerana menyebabkan tuan punya kereta terpaksa menanggung kos memperbaiki cermin kereta.


Kejadian yang sama berlaku 4 hari yang lepas dimana beberapa kenderaan juga dipecahkan cerminnya bagi mencari atau mencuri sebarang barangan yang bernilai seperti wang tunai, smart tag ataupun radio.


Tuan punya kereta juga menyalahkan pengawal keselamatan kenapa tidak memeriksa kereta penghuni yang diletakkan di luar. 

Daripada penjelasan penghuni tersebut, kereta yang dipecah cerminnya mempunyai alarm dan berbunyi. Mereka bertanyakan kenapa pihak keselamatan tidak mengambil tindakan?


Memandangkan meletakan kereta di luar perkarangan Bayu Villa adalah di luar bidang kuasa atau tempat jagaan pengawal keselamatan, JMB Bayu Villa akan mengadakan satu mesyuarat dengan pengawal keselamatan bagi mencari jalan penyelesaian bagi menangangi isu pecah kereta. 

No comments:

Post a Comment