Thursday, February 5, 2015

Proses Pemotongan Bekalan Air Telah Dijalankan Di Blok A Bagi Mengutip Tunggakan Wang Penyelenggaraan.



Proses pemotongan bekalan air FASA ke 2 telah bermula. Kali ini tumpuan pemotongan bekalan air dilaksanakan di Blok A.




Sebanyak 42 unit rumah yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan air. Proses pemotongan kali ini dijalankan keatas unit rumah yang mempunyai tunggakan wang penyelenggaraan melebihi RM500.00





Pemotongan bekalan air ini dilakukan kerana mengikut bacaan sistem akaun wang penyelenggaraan JMB Bayu Villa, jumlah tunggakan penghuni di Bayu Villa sehingga 01.02.2015 adalah berjumlah dalam sekitar RM840,000.00




Proses pemotongan bekalan air ini diharap dapat membantu JMB Bayu Villa mengharungi segala halangan dan rintangan daripada pihak Syabas mahupun pihak TNB. 




Setiap proses pemotongan bekalan air juga akan diberikan sekeping notis di depan rumah mereka bahawa rumah mereka telah dipotong bekalan air kerana mempunyai tunggakan wang penyelenggaraan. 





Proses pemotongan bekalan air FASA ke 2 kali ini tidak akan di beri sebarang tolak ansur memandangkan jumlah tunggakan yang begitu tinggi sekali.



 
Pemotongan bekalan air kali ini akan dilakukan secara besar besaran sebelum perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba dalam masa 2 minggu.
 



Untuk makluman anda semua, pemotongan bekalan air akan dijalankan di Blok B pada hari esok. Ianya akan dijalankan terus menerus dari masa ke semasa.




Daripada jumlah 42 unit rumah yang terlibat sehingga jam 6.30 petang, cuma beberapa rumah sahaja disambungkan bekalan air mereka setelah mereka membayar sebahagian tunggakan mereka. Kali terakhir bekalan air di Blok A dibuat pemotongan bekalan adalah pada bulan November 2014.




Kali terakhir pemotongan bekalan air di Blok A adalah pada bulan November 2014.


Tuesday, February 3, 2015

Kerja Pembaikian Keatas Sebuah Rumah Penghuni Dibiarkan Begitu Sahaja Oleh JMB Bayu Villa Yang Lama.



Tempoh beberapa hari yang lalu tuan punya rumah C-1-28 membuat panggilan talipon kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Bayu Villa Encik Salim berkenaan janji hendak memperbaiki saluran paip yang rosak semasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang lama menguruskan Bayu Villa.


Beliau terperanjat apabila mendapati kerja pembaikian ini yang dijanjikan pada bulan Januari 2014 tidak pernah disiapkan kerja pembaikiannya sehingga hari ini. Apabila ditanya kenapa ianya disiapkan pada ketika itu? Tuan punya rumah mengatakan pada ketika itu rumah itu disewakan kepada orang lain dan apabila sudah berpindah beliau mendapati dinding tandas yang dipecah tidak diperbaiki lansung.


Proses memecahkan dinding tandas dilakukan kerana unit rumah di bawah unit C-1-28 telah mengalami pemendapan yang teruk aklibat paip yang pecah. 

Ini telah menyebabkan huru hara pada ketika itu apabila penghuni dibawah membuat lapuran kejadian ini kepada pihak akhbar. Kes ini sebenarnya telah berlaku begitu lama sekali semenjak aduan mengenai kes paip pecah kepada pengurusan Bayu Villa Management Corporation Sdn. Bhd. 


Pada ketika itu JMB Bayu Villa yang lama telah mengambil alih dan setelah ditekan oleh penghuni dibawah, JMB Bayu Villa yang lama pada ketika itu mengambil keputusan membaikinya dengan meminta kerjasama penghuni C-1-28 supaya membenarkan mereka memecahkan dinding paipnya di bahagian tandas bagi membaiki masalah tersebut.


Atas dasar keprihatian, tuan punya rumah C-1-28 membenarkan pihak pengurusan menjalankan kerja pembaikian yang diketuai oleh Encik Jeffrey. 


Kerja pembaikian bermula dengan janji bahawa pihak pengurusan akan menanggung segala perbelanjaan memperbaiki dan menukar segala jubin jubin yang pecah dengan jubin yang baru. Kerja mengecat semula juga dijanjikan.  


Yang menghairankan kerja pembaikian yang telah siap tidak dipulihkan seperti sedia kala dan kerja mengecat semula yang sepatutnya dilakukan terhenti sementara waktu dan tidak pernah dilakukan.
 

Dalam keadaan yang tidak puas hati apabila tuan rumah terperanjat mendapati kerja pembaikiannya dibiarkan sehingga hari ini. Beliau telah menalipon Encik Salim bertanyakan status rumahnya baru baru ini. 

Perkara ini telah dibawa berbincang dengan Bendahari JMB Bayu Villa Encik Lee berkenaan apa yang berlaku pada ketika itu dan kenapa kerja pembaikian tidak dijalankan.



Pada waktu yang sama Encik Lee telah menghantar seorang kontraktor untuk melihat dan membuat penilaian akan kerja membaik pulih keadaan dalaman tandas yang ditinggalkan oleh pengurusan lama.


Setelah dibuat penilaian, kerja mengecat, menampal jubin baru dan menutup lubang paip, anggaran kos perbelanjaan proses pembaikian mungkin mencecah RM 1,200.00. 

Terperanjat juga apabila JMB Bayu Villa mendengar akan harga pembaikian ini yang begitu tinggi. Proses menilai semula akan dijalankan sekali lagi bagi memastikan kos kos kerja pembaikian kena pada tempatnya.



Monday, February 2, 2015

Keseluruhan RM 35,000.00 Telah Dijelaskan Kepada TNB Sebagai Bukti Janji Ditepati.

Semalam JMB Bayu Villa telah menyelesaikan sebahagian tunggakan kepada TNB sebagai tanda perjanjian JMB Bayu Villa untuk membuat bayaran sebanyak RM 35,000.00 kepada pihak TNB pada bulan Januari 2015.





Perjanjian untuk membuat bayaran sebanyak RM 35,000.00 dilakukan sewaktu pihak TNB datang memotong bekalan elektrik di Bayu Villa pada 20.01.2015. Pada hari tersebut bayaran sebanyak RM 20,000.00 telah dijelaskan dan semalam (01.02.2015) bayaran sebanyak RM 15,000.00 juga telah dijelaskan sama sekali.


Walaupun JMB Bayu Villa tidak mempunyai sumber kewangan yang begitu banyak pada waktu ini, Encik Lee selaku Bendahari JMB Bayu Villa telah mengunakan kad kreditnya untuk membuat pembayaran pendahuluan.




Pembayaran ini dilakukan sebagai usaha menepati janji yang telah dijanjikan kepada pihak TNB dan berharap TNB memberi kelonggaran dan sokongan kepada Bayu Villa bagi mengharungi liku liku yang begitu susah hendak dilalui.  

Sehingga kini JMB Bayu Villa masih lagi berhutang kepada Encik Lee kerana terdapat banyak dugaan dan cabaran yang tidak pernah dilalui oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang terpaksa bertungkus lumus mencari sumber kewangan bagi menampung segala tekanan dari luar. 

Jika dilihat dan dikaji daripada jumlah ini, tunggakan setakat hari ini keatas TNB masih berada dalam lingkungan RM 400,000.00 (empat ratus ribu ringgit) termasuk bil semasa terbaru yang masih belum dijelaskan lagi. 

Sunday, February 1, 2015

Kesalahan Meletak Kenderaan. Pekak Atau Tak Bersekolah?


Kereta ini tak habis habis mencari masalah. Macam sudah tak kenal apa ertinya pengawal keselamatan. Sengaja selalu melakukan kesalahan.









Ini lagi hebat, terus meletakan kereta beliau di belakang kereta orang lain. 



Ini pula kereta rosak di tengah jalan. Ditampalnya sekeping kertas menjelaskan keretanya rosak.






Dengar tuan punya kereta ini telah ditangkap polis.Sudah letak tempat letak kereta orang begitu lama. 







Kerja Pemotongan Dahan Pokok Hampir Selesai. Bayu Villa Kini Nampak Lebih Teratur.


Proses pemotongan dahan pokok yang telah lama dijalankan kini berada pada penghujungnya. Proses pemotongan ini telah berjalan selama berminggu dan hanya tinggal dahan pokok di bahagian Blok C sahaja yang belum dipotong.




Jika dilihat dan diteliti keadaan Bayu Villa sekarang telah bertambah cantik dari segi pandangan. Kebanyakan dahan pokok yang terlalu panjang telah dipotong supaya ianya tidak menghalang pandangan penghuni dari dalaman rumah mereka.


Setiap bumbung kereta juga telah disapu serta dibersihkan daripada segala kekotoran yang ada di atas.

 


Pembersihan sampah sarap seperti dahan dahan pokok dijalankan setiap minggu mengikut kesesuaian masa,



Kos pemotongan dahan dahan pokok menelan belanja sekitar anggaran dalam purata RM 7,000.00 ke RM 8,000.00  keatas termasuk penyewaan kereta sampah.