Thursday, February 5, 2015

Proses Pemotongan Bekalan Air Telah Dijalankan Di Blok A Bagi Mengutip Tunggakan Wang Penyelenggaraan.



Proses pemotongan bekalan air FASA ke 2 telah bermula. Kali ini tumpuan pemotongan bekalan air dilaksanakan di Blok A.




Sebanyak 42 unit rumah yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan air. Proses pemotongan kali ini dijalankan keatas unit rumah yang mempunyai tunggakan wang penyelenggaraan melebihi RM500.00





Pemotongan bekalan air ini dilakukan kerana mengikut bacaan sistem akaun wang penyelenggaraan JMB Bayu Villa, jumlah tunggakan penghuni di Bayu Villa sehingga 01.02.2015 adalah berjumlah dalam sekitar RM840,000.00




Proses pemotongan bekalan air ini diharap dapat membantu JMB Bayu Villa mengharungi segala halangan dan rintangan daripada pihak Syabas mahupun pihak TNB. 




Setiap proses pemotongan bekalan air juga akan diberikan sekeping notis di depan rumah mereka bahawa rumah mereka telah dipotong bekalan air kerana mempunyai tunggakan wang penyelenggaraan. 





Proses pemotongan bekalan air FASA ke 2 kali ini tidak akan di beri sebarang tolak ansur memandangkan jumlah tunggakan yang begitu tinggi sekali.



 
Pemotongan bekalan air kali ini akan dilakukan secara besar besaran sebelum perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba dalam masa 2 minggu.
 



Untuk makluman anda semua, pemotongan bekalan air akan dijalankan di Blok B pada hari esok. Ianya akan dijalankan terus menerus dari masa ke semasa.




Daripada jumlah 42 unit rumah yang terlibat sehingga jam 6.30 petang, cuma beberapa rumah sahaja disambungkan bekalan air mereka setelah mereka membayar sebahagian tunggakan mereka. Kali terakhir bekalan air di Blok A dibuat pemotongan bekalan adalah pada bulan November 2014.




Kali terakhir pemotongan bekalan air di Blok A adalah pada bulan November 2014.


7 comments:

  1. Salam sejahtera.

    Saya keliru.

    Pemotongan kali ini melibatkan tunggakan wang penyelenggaraan RM500 keatas. Kenapa mereka ini dipotong air. Adakah kerana mereka masih gagal untuk menandatangani surat pelan pembayaran? atau mereka yang ingkar dan gagal mengikut pelan ansuran bayaran balik? atau pembayaran tidak konsisten? atau bagaimana?

    Tolong berikan sedikit penjelasan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Pemotongan ini melibatkan mereka yang tidak mempunyai pelan ansuran. Ada di antara mereka berhenti membayar atau pembayaran tidak konsisten.

    ReplyDelete
  3. Sy br bli rmah di block A ni,sy nak th rumah trabut trlibat atau tdak,rumah sy A-1-8

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengikut rekod terkini.... ada hutang sebanyak RM 2,619.51

      Delete
    2. Boleh sy th dimana pejabat pengurusan bayu villa?

      Delete
  4. Do management ppl ever check their email bayuvilla.2014@gmail.com for payment made via interbank transfer? Don't tell us that email is just for show?

    Why make it so difficult for resident to purposely go to management office just to show that damn bank transfer screen so your management ppl can clear off the pending payment?

    ReplyDelete
  5. Did or did not the management ppl check their email for interbank transfer? Not everyone are free to go to your management office without taking leave from work.

    Stop making life difficult for good paying residents here. Be efficient or change your shoddy SOP or change the damn JMB to more efficient ppl.

    Where's the resident access for your so called online system? RM200 per month for a systems that doesn't work? A year total RM2,400 which can purchase a full Accounting system.

    Why keep silent on such simple questions? Don't anger good paying resident at such inconvenient system?

    We have our limit on such inefficiency.

    ReplyDelete