Monday, February 2, 2015

Keseluruhan RM 35,000.00 Telah Dijelaskan Kepada TNB Sebagai Bukti Janji Ditepati.

Semalam JMB Bayu Villa telah menyelesaikan sebahagian tunggakan kepada TNB sebagai tanda perjanjian JMB Bayu Villa untuk membuat bayaran sebanyak RM 35,000.00 kepada pihak TNB pada bulan Januari 2015.





Perjanjian untuk membuat bayaran sebanyak RM 35,000.00 dilakukan sewaktu pihak TNB datang memotong bekalan elektrik di Bayu Villa pada 20.01.2015. Pada hari tersebut bayaran sebanyak RM 20,000.00 telah dijelaskan dan semalam (01.02.2015) bayaran sebanyak RM 15,000.00 juga telah dijelaskan sama sekali.


Walaupun JMB Bayu Villa tidak mempunyai sumber kewangan yang begitu banyak pada waktu ini, Encik Lee selaku Bendahari JMB Bayu Villa telah mengunakan kad kreditnya untuk membuat pembayaran pendahuluan.




Pembayaran ini dilakukan sebagai usaha menepati janji yang telah dijanjikan kepada pihak TNB dan berharap TNB memberi kelonggaran dan sokongan kepada Bayu Villa bagi mengharungi liku liku yang begitu susah hendak dilalui.  

Sehingga kini JMB Bayu Villa masih lagi berhutang kepada Encik Lee kerana terdapat banyak dugaan dan cabaran yang tidak pernah dilalui oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang terpaksa bertungkus lumus mencari sumber kewangan bagi menampung segala tekanan dari luar. 

Jika dilihat dan dikaji daripada jumlah ini, tunggakan setakat hari ini keatas TNB masih berada dalam lingkungan RM 400,000.00 (empat ratus ribu ringgit) termasuk bil semasa terbaru yang masih belum dijelaskan lagi. 

No comments:

Post a Comment