Tuesday, August 4, 2015

Kerja Pembaikian Kolam Renang Siap 80 Peratus.


Kerja kerja pembaikian dan penampalan jubin kecil mengikut warna asal hampir siap dilakukan. 


Apa yang dikatakan akan dikotakan oleh pihak pengurusan mengenai status kolam renang iaitu untuk menyiapkannya dalam masa 6 bulan.



Kerja kerja pembaikian sememangnya agak susah kerana kerja kerja menukar jubin kecil akan mengambil masa yang agak lama kerana kepayahan untuk mengetuk serta mengeluarkan jubin kecil yang tidak sama warna terpaksa dilakukan secara berhati hati bagi memastikan tiada jubin kecil lain yang tertanggal.



Jika dilihat daripada gambar yang sedia ada, terdapat jubin jubin yang ditanggalkan dipasang balik bagi mendapatkan warna asal jubin kecil kerana warna jubin biru tua sudah kehabisan stok. 



Diharap kolam renang ini dapat berfungsi dalam masa 2 bulan ke 3 bulan mengikut jangkaan kami. Sejumlah wang untuk pembaikian kolam renang telah disediakan bagi memastikan kolam renang ini dapat digunakan sepenuhnya.


For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below. 


Monday, August 3, 2015

Penyata Perbelanjaan Kewangan JMB Bayu Villa Untuk Bulan April 2015


Penyata kewangan untuk bulan April 2015 telah dikemaskini. Rekod perbelanjaan ini berdasarkan kepada perbelanjaan menggunakan cek dan tunai. 

Untuk makluman anda semua Bendahari JMB Bayu Villa tidak lagi menerima sebarang wang tunai yang diterima semenjak 8hb Mac 2015.
 


Ringkasan Penyata Bulan April 2015

Jumlah diterima :                    RM  118,686.04

Jumlah perbelanjaan :            RM    99,724.61
                                              ------------------------
 Pendapatan Tambahan        RM    18,961.43

For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below. 

Sunday, August 2, 2015

Penjenayah Ditangkap Di Dalam Bayu Villa. Penjenayah Yang Dikehendaki Dalam Senarai Hitam Polis.


Semalam terdapat kes di mana lima buah kenderaan polis datang menyerbu dan membuat tangkapan terhadap seorang penjenayah yang tinggal di Blok A tingkat 1. 

Keadaan menjadi huru hara apabila terdapat insiden kejar mengejar di antara pihak polis dan penjenayah tersebut di dalam kawasan perkarangan Bayu Villa. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 3.45 petang.


Penjenayah tersebut akhirnya dapat ditangkap. Dipercayai penjenayah tersebut terlibat dalam kes pencurian kereta, rompakan dan sebagainya.

Mengikut maklumat yang di terima, penjenayah tersebut kebiasaannya jarang pulang ke unit rumahnya di Bayu Villa. Beliau akan pulang ke unitnya sekali sekala dalam masa seminggu. 

Tunggakan Wang Penyelenggaraan Mulai 1hb Ogos 2015 - RM 691,747.18


Mengikut penyata kewangan JMB Bayu Villa, tunggakan wang penyelenggaraan mulai 1hb Ogos 2015 ialah RM691,747,18 

Walaupun bulan lepas pihak pengurusan berjaya menjalankan kutipan wang penyelenggaraan dengan lancar sekali disebabkan oleh implimintasi pengunaan kad akses namum ianya bukanlah yang terbaik memandangkan tunggakan yang sedia ada masih dikira tinggi lagi.

Saturday, August 1, 2015

Tunggakan Wang Penyelenggaraan RM604,925.38 Sehingga 31hb Julai 2015

Tunggakan keseluruhan tunggakan wang penyelenggaraan daripada penghuni di Bayu Villa sehingga 31hb Julai 2015 ialah RM604,925.38


Jumlah itu jauh lebih baik jika dibandingkan dengan jumlah tunggakan bulan lepas di mana jumlah tunggakan bulan lepas sehingga 30hb Jun 2015 ialah RM675,548.71

Angka ini merupakan suatu perkembangan yang baik tetapi masih lagi tidak mencukupi untuk memulihkan kewangan JMB Bayu Villa di mana segala kerja membaik pulih Bayu Villa harus diutamakan dari masa ke semasa.