Sunday, August 2, 2015

Penjenayah Ditangkap Di Dalam Bayu Villa. Penjenayah Yang Dikehendaki Dalam Senarai Hitam Polis.


Semalam terdapat kes di mana lima buah kenderaan polis datang menyerbu dan membuat tangkapan terhadap seorang penjenayah yang tinggal di Blok A tingkat 1. 

Keadaan menjadi huru hara apabila terdapat insiden kejar mengejar di antara pihak polis dan penjenayah tersebut di dalam kawasan perkarangan Bayu Villa. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 3.45 petang.


Penjenayah tersebut akhirnya dapat ditangkap. Dipercayai penjenayah tersebut terlibat dalam kes pencurian kereta, rompakan dan sebagainya.

Mengikut maklumat yang di terima, penjenayah tersebut kebiasaannya jarang pulang ke unit rumahnya di Bayu Villa. Beliau akan pulang ke unitnya sekali sekala dalam masa seminggu. 

No comments:

Post a Comment