Tuesday, August 4, 2015

Kerja Pembaikian Kolam Renang Siap 80 Peratus.


Kerja kerja pembaikian dan penampalan jubin kecil mengikut warna asal hampir siap dilakukan. 


Apa yang dikatakan akan dikotakan oleh pihak pengurusan mengenai status kolam renang iaitu untuk menyiapkannya dalam masa 6 bulan.



Kerja kerja pembaikian sememangnya agak susah kerana kerja kerja menukar jubin kecil akan mengambil masa yang agak lama kerana kepayahan untuk mengetuk serta mengeluarkan jubin kecil yang tidak sama warna terpaksa dilakukan secara berhati hati bagi memastikan tiada jubin kecil lain yang tertanggal.



Jika dilihat daripada gambar yang sedia ada, terdapat jubin jubin yang ditanggalkan dipasang balik bagi mendapatkan warna asal jubin kecil kerana warna jubin biru tua sudah kehabisan stok. 



Diharap kolam renang ini dapat berfungsi dalam masa 2 bulan ke 3 bulan mengikut jangkaan kami. Sejumlah wang untuk pembaikian kolam renang telah disediakan bagi memastikan kolam renang ini dapat digunakan sepenuhnya.


For those who want to join our new Facebook *Bayu Villa Apartment Klang* click the link below. 


No comments:

Post a Comment