Tuesday, July 28, 2015

Proses Pembaikian Kolam Renang Masih Dijalankan.



Proses pembaikian kolam renang masih dijalankan bagi memastikan kolan renang berada dalam keadaan baik.

 
Kerja pembaikian akan mengambil masa kerana kepingan jubin yang kecil harus ditukar bagi memastikan kecantikannya.
 

Diharap ianya dapat disiapkan dalam masa yang terdekat supaya pengunaannya dapat dipercepatkan.


Monday, July 27, 2015

Sensor Untuk Lif di Blok E Rosak. Pembaikian Memerlukan Perbelanjaan Sekitar RM 4,200.00


Baru baru ini terdapat kes di mana Lif di Blok E mengalami kerosakan sehingga menyebabkan pintu lif tidak dapat ditutup setelah ditekan beberapa kali untuk menutupkannya.


Kerosakan ini telah menyebabkan lif tersebut tidak dapat digunakan dalam beberapa hari.



Setelah diperiksa dengan teliti di dapati sensor suis yang terdapat di dalam lif tersebut telah rosak. Pengantian alat sensor tersebut telah menyebabkan perbelanjaan dalam sekitar RM4,500.00 untuk memperbaikinya. 




Sunday, July 26, 2015

Bomba Terpaksa Dipanggil Untuk Membuka Pintu Akibat Terkunci Dari Dalam.

 

Pihak Bomba terpaksa dipanggil oleh penghuni akibat terkunci dari dalam. Di dapati pintu bilik telah terkunci dari dalam dan kunci pintu tersebut telah rosak.



Oleh kerana tidak mempunyai cara lain untuk membukanya, pihak bomba terpaksa dipanggil untuk menyelesaikannya. Pihak Bomba terpaksa menggunakan tangga untuk memanjat ke atas melalui tingkap.




Akhirnya pintu tersebut dapat dibuka setelah pihak Bomba membukanya daripada ruang tamu.




Walaupun ianya tidak mendatangkan sebarang kerosakan ataupun kecederaan, kecekapan pihak Bomba haruslah dipuji walaupun insiden ini cuma berkenaan penghuni terkunci dari dalam.



Saturday, July 25, 2015

Kerja Pembersihan Dan Pencucian Giat Dijalankan.


Setelah mendapat aduan daripada penghuni di Block A, kerja kerja pembersihan serta pencucian dijalankan dengan serta merta bagi mengatasi segala kekotoran yang sedia ada.


 
Seramai 6 orang pencuci telah dihantar untuk menjalankan kerja pencucian supaya ianya nampak lebih bersih. Pembersihan juga dilakukan di setiap tingkat bagi memastikan kerja pembersihan bukan sahaja dilakukan di tingkat bawah sahaja.  



Malahan kawasan lalu lalang seperti tangga juga dibersihkan sepenuhnya bagi membuang segala bau busuk yang mungkin ada.



 
Proses ini akan dijadikan sebagai salah satu proses yang tetap yang akan dijalankan pada setiap bulan bagi memberi keselesaan kepada penduduk.


Pembersihan yang seterusnya akan dijalankan keatas 4 blok lagi dari masa ke semasa.


Thursday, July 23, 2015

Adakah Tindakan JMB Bayu Villa Untuk Tidak Membantu Kena Pada Waktunya?



Semalam terdapat banyak kes yang berlaku di depan pintu Boom Gate di mana terdapat huru hara yang berlaku akibat sebilangan penghuni yang tidak puas hati akibat kad akses untuk masuk ke dalam Bayu Villa tidak dapat digunakan.
Seperti yang anda sedia maklum pengumuman telah dibuat bahawa tarikh 21.07.2015 merupakan tarikh yang terakhir untuk penggunaan kad akses. Ianya cuma tidak dapat digunakan jika terdapat tunggakan dari bulan April 2015 sehingga Jun 2015 (3 bulan)


Ada di antara penghuni menunjukkan sikap yang tidak peramah terhadap pengawal keselamatan dan ada yang terus ke pejabat membuat bising tetapi ada setengah penghuni yang merayu untuk diberikan peluang. Secara amnya pihak JMB Bayu Villa telah awal awal memberi peluang yang begitu banyak sekali tetapi tidak dipeduli langsung.
Bukan kami tidak memberi keprihatian kepada penghuni yang tinggal di dalam tetapi sikap acuh tak acuh setengah penghuni menyebabkan mereka menghadapi masalah yang tak sepatutnya diundang.

Ada di antara mereka yang menggunakan air pada setiap bulan pun tidak mempunyai inisiatif untuk membuat bayaran, jadi JMB Bayu Villa tidak mempunyai sebab yang amat munasabah membantu mereka kerana pada akhirnya siapa yang akan membantu JMB Bayu Villa menguruskan pengurusan kewangan Bayu Villa.


Di sini merupakan salah satu daripada penghuni yang meminta bantuan tetapi secara amnya rekod tunggakan yang tertera di bawah amat teruk sekali sehinggakan kami tidak mempunyai sebarang pilihan selain menjalankan tugasan kami mnyelamat serta memastikan Bayu Villa berada dalam keadaan baik selalu.


Tunggakan Sebanyak RM5,629.30 sehingga tarikh 01.07.2015. Bil air yang digunakan pada tahun ini lansung tidak dibayar walau sesen pun. Jadi ianya amatlah munasabah jika pihak pengurusan JMB Bayu Villa mengambil tindakan sedemikian.