Saturday, July 25, 2015

Kerja Pembersihan Dan Pencucian Giat Dijalankan.


Setelah mendapat aduan daripada penghuni di Block A, kerja kerja pembersihan serta pencucian dijalankan dengan serta merta bagi mengatasi segala kekotoran yang sedia ada.


 
Seramai 6 orang pencuci telah dihantar untuk menjalankan kerja pencucian supaya ianya nampak lebih bersih. Pembersihan juga dilakukan di setiap tingkat bagi memastikan kerja pembersihan bukan sahaja dilakukan di tingkat bawah sahaja.  



Malahan kawasan lalu lalang seperti tangga juga dibersihkan sepenuhnya bagi membuang segala bau busuk yang mungkin ada.



 
Proses ini akan dijadikan sebagai salah satu proses yang tetap yang akan dijalankan pada setiap bulan bagi memberi keselesaan kepada penduduk.


Pembersihan yang seterusnya akan dijalankan keatas 4 blok lagi dari masa ke semasa.


1 comment:

  1. Terima kasih JK JMB. Kerja keras dan kerjasama anda memastikan keselesaan penduduk amat saya hargai. Terima kasih

    ReplyDelete