Thursday, July 23, 2015

Adakah Tindakan JMB Bayu Villa Untuk Tidak Membantu Kena Pada Waktunya?



Semalam terdapat banyak kes yang berlaku di depan pintu Boom Gate di mana terdapat huru hara yang berlaku akibat sebilangan penghuni yang tidak puas hati akibat kad akses untuk masuk ke dalam Bayu Villa tidak dapat digunakan.
Seperti yang anda sedia maklum pengumuman telah dibuat bahawa tarikh 21.07.2015 merupakan tarikh yang terakhir untuk penggunaan kad akses. Ianya cuma tidak dapat digunakan jika terdapat tunggakan dari bulan April 2015 sehingga Jun 2015 (3 bulan)


Ada di antara penghuni menunjukkan sikap yang tidak peramah terhadap pengawal keselamatan dan ada yang terus ke pejabat membuat bising tetapi ada setengah penghuni yang merayu untuk diberikan peluang. Secara amnya pihak JMB Bayu Villa telah awal awal memberi peluang yang begitu banyak sekali tetapi tidak dipeduli langsung.
Bukan kami tidak memberi keprihatian kepada penghuni yang tinggal di dalam tetapi sikap acuh tak acuh setengah penghuni menyebabkan mereka menghadapi masalah yang tak sepatutnya diundang.

Ada di antara mereka yang menggunakan air pada setiap bulan pun tidak mempunyai inisiatif untuk membuat bayaran, jadi JMB Bayu Villa tidak mempunyai sebab yang amat munasabah membantu mereka kerana pada akhirnya siapa yang akan membantu JMB Bayu Villa menguruskan pengurusan kewangan Bayu Villa.


Di sini merupakan salah satu daripada penghuni yang meminta bantuan tetapi secara amnya rekod tunggakan yang tertera di bawah amat teruk sekali sehinggakan kami tidak mempunyai sebarang pilihan selain menjalankan tugasan kami mnyelamat serta memastikan Bayu Villa berada dalam keadaan baik selalu.


Tunggakan Sebanyak RM5,629.30 sehingga tarikh 01.07.2015. Bil air yang digunakan pada tahun ini lansung tidak dibayar walau sesen pun. Jadi ianya amatlah munasabah jika pihak pengurusan JMB Bayu Villa mengambil tindakan sedemikian.

6 comments:

  1. Not fare ma.. Must pay... Raya chance given what... What else... Block the card.. Dont compromise.. Many times given chance

    ReplyDelete
  2. Klu lihat dari wasap ini..penduduk tersebut meminta peluang terakhir malah lebih kepada rayuan. Satu lagi,kenapa perlu pihak jmb memaparkan nya di sini??

    ReplyDelete
  3. JMB Bayu Villa memaparkannya supaya semua penghuni sedar bahawa kita cuma menjalankan tugas sahaja. Peluang telah diberikan kepada mereka tetapi mereka tidak menyedari akan peluang tersebut. Nama dan Unit Rumah tidak dipaparkan.

    ReplyDelete
  4. Give us change...be a friend not enemy. Respect each other.

    ReplyDelete
  5. Agree with jmb.. Kena papar.. Peluang sudah banyak.. Apa lagi.
    Tak adil untuk org yang sudah bayar...

    ReplyDelete
  6. Penghuni ini meminta rayuan secara personal...knp dilayan sebegitu? Sy baca kenyataan di atas,minta peluang terakhir dr jmb. Bukan dia minta rayuan kes jenayah..

    ReplyDelete