Mengikut sumber maklumat yang didapati, pihak SYABAS telah menalifon pihak Pengurusan Bayu Villa pada minggu lepas berkenaan dengan bayaran bekalan air yang tertunggak di Apartment Bayu Villa. Jika pembayaran tidak dapat dilakukan pihak Syabas akan memotong bekalan air.
Sumber yang mendapat maklumat tersebut memberitahu pemotongan akan dilakukan di antara 18.08.2014 - 22.08.2014.
Dalam pada itu, Pro-Team ada berjumpa dan berbincang dengan Encik Ari Adam pada hari Selasa (12.08.2014) yang lepas memohon agar pihak COB Klang membantu untuk sementara waktu memohon pihak Syabas mahupun pihak TNB mengelak pemotongan bekalan air dan elektrik sehingga "Sijil Perakuan" dikeluarkan.

Punca utama berlakunya kes sedemikian adalah kerana penyelewengan yang berlaku semasa Pengurusan JMB yang lama mengambil alih dan tidak menyelesaikan sejumlah tunggakan tersebut.
No comments:
Post a Comment