Utusan dan pemberitahuan notis oleh Pengerusi JMB Bayu Villa kepada semua penghuni serta pemilik di Apartment Bayu Villa mengenai perjumpaan yang amat penting pada 1hb September 2014 (Isnin) di dalam Dewan Bayu Villa jam 6.00 petang untuk memperbincangkan isu isu dalaman yang sedang di hadapi oleh Apartment Bayu Villa.
Perjumpaan ini amatlah penting bagi mencari jalan penyelesaian yang terdekat dan memerlukan pendapat serta sokongan daripada penghuni serta pemilik yang hadir.
Pro-Team dan pihak Pengurusan Bersama JMB amat mengalu-alukan kedatangan anda semua memandangkan masalah yang timbul baru baru ini tidak dapat di cari jalan penyelesaiannya serta ditangani dan ianya memerlukan kerjasama daripada semua penghuni serta pemilik Bayu Villa yang akan hadir pada hari tersebut .
Berikut adalah senarai-senarai atau info terkini perkara yang sedang berlaku di dalam Apartment Bayu Villa dan harus di beri perhatian akan keutamaannya. Sila rujuk akan senarai yang dipaparkan. Senarai ini disediakan oleh Setiausaha JMB Bayu Villa.
Di harap kedatangan anda berserta dengan sokongan, keprihatinan anda dapat menyelamatkan situasi pada saat yang begitu genting dan kritikal.
No comments:
Post a Comment