Friday, December 5, 2014

Kerja Menyambung Paip Saluran Najis Yang Rosak Telah Disiapkan.


Setelah tempat tersebut dibersihkan daripada segala rumput dan air yang berbau, kerja mengorek mula dijalankan bagi mencari bahagian yang mengalami kerosakan pepecahan saluran paip najis.


Kerja mengorek mengambil sehari suntuk untuk mengorek sedalam lebih kurang 2 ke 3 kaki ke dalam. Setelah dikorek didapati 2 saluran paip tersebut telah pecah.



Kerja mengorek ini dijalankan di bangunan Blok A. 


Terdapat kesan najis yang keluar daripada lubang paip. Kerosakan yang teruk di bahagian bawah saluran paip.




Paip yang rosak teruk telah diperbaiki dengan saluran paip yang baru.


Kos perbelanjaan memperbaiki saluran paip ini menelan belanja sekitar RM 1,800.00 untuk disiapkan keseluruhannya.


Kerja memperbaiki telah siap dijalankan. Bau busuk yang selalu berlinggaran di persekitaran telah tiada lagi. Anggaran kos perbelanjaan memperbaiki menelan belanja sekitar RM 1,800.00


No comments:

Post a Comment