Monday, December 8, 2014

Notis Pemotongan Air Akan Dijalankan Melibatkan Unit Rumah Yang Masih Mempunyai Tunggakan


Unit rumah yang masih mempunyai tunggakan melebihi RM 800.00 keatas akan dijalankan proses pemotongan bekalan air bagi mendapatkan tunggakan wang penyelenggaraan yang masih belum dijelaskan. 

Proses pemotongan ini terpaksa dijalankan memandangkan ianya dapat membantu meringankan bebanan yang melanda kewangan Bayu Villa. Baru baru ini kita didatangi dengan segala masalah berhubung dengan permintaan hutang dan tunggakan daripada pihak Syabas, TNB dan juga Cukai Tanah untuk tahun 2015 yang akan sampai tidak lama lagi.
 

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa menyarankan agar penghuni-penghuni segera menjelaskan tunggakan wang penyelengaraan mereka agar proses pemotongan bekalan air tidak menjejaskan kehidupan keluarga mereka.

4 comments:

  1. Bagaimana dengan penduduk yang sebelum ini telah menerima pelan pembayaran ansuran anjuran JMB pada Oktober 2014. Adakah mereka juga terlibat dalam kempen pemotongan 10.12.2014? Ini kerana ada diantara kami dengan jumlah tunggakan masih melebihi RM800.00.

    ReplyDelete
  2. Selamat Pagi JK JMB

    Mohon penjelasan lanjut. Setahu saya, pihak JMB telah melaksanakan pemotongan bekalan air fasa pertama semenjak awal November 2014 bagi penduduk yang mempunyai tunggakan bil penggurusan melebihi RM800.00 dan tidak menghadiri perjumpaan untuk menerima pelan ansuran. Dimaklumkan sebanyak 89 unit rumah telah memohon dan dikecualikan dari pemotongan fasa pertama.

    Berkenaan notis terbaru dimana pihak JMB akan membuat pemotongan fasa ke-dua pada 10.12.2014 untuk penduduk yang masih mempunyai tunggakan melebihi RM800.00 agak mengelirukan. Mohon penjelasan lanjut apakah kategori penduduk yang terlibat dalam pemotongan fasa ke-dua ini. Adakah senarai dimana 89 unit rumah yang menerima pelan ansuran turut terlibat? Kenapa ada pemotongan fasa ke-dua sedangkan pemotongan fasa pertama baru sebulan lepas telah dilaksanakan? Minta diberikan garis panduan dan makluman lengkap untuk mengelakkan kekeliruan dan salahfaham.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang menerima pelan pembayaran ansuran serta mereka yang terlibat dalam proses pemotongan pada kali pertama dikecualikan.

      Delete
    2. Alhamdulillah dan Terima kasih atas penjelasan anda.

      Delete