Thursday, December 25, 2014

Seorang Lagi Penghuni Mencuri Bekalan Air Di Blok D Dengan Memasang Sendiri Paip Getah.

Penghuni tersebut (D-2-25) mempunyai tunggakan sebanyak RM 3,137.54. Sewaktu pihak pengurusan memotong bekalan air kerumahnya, beliau dengan lantang datang ke pejabat membuat huru hara dan kacau bilau sehingga menyebabkan keadaan suasana di dalam pejabat kecoh.


Keadaan ini berlarutan dari waktu pagi sehingga waktu petang. Setelah ditanya oleh pihak pengurusan adakah beliau akan menyelesaikan tunggakan tersebut, beliau dengan suara lantang bertegas tidak akan membayarnya dan memaksa pihak pengurusan memasang semula bekalan air tersebut.

Sehubungan dengan kekecohan itu, pihak pengurusan membuat panggilan polis dan juga bertegas tidak akan menyambungkan kembali bekalan air tersebut jika beliau enggan menyelesaikan tunggakan wang penyelenggaraan beliau.

Hari keesokannya pihak pengurusan membuat tinjauan dan mendapati penghuni tersebut mencuri bekalan air dengan membuat penyambungan sendiri. Pihak pengurusan mengambil tindakan dengan memotong pencurian bekalan air tersebut.


No comments:

Post a Comment