Showing posts with label JMB. Show all posts
Showing posts with label JMB. Show all posts

Monday, April 16, 2018

Mesyuarat Agung Penubuhan "Perbadanan Pengurusan Bayu Villa" - Management Corporation

Berhubung dengan surat yang bertarikh 11hb April 2018. Kenapa terdapat percanggahan mengenai Mesyuarat Agung yang dikatakan oleh setengah pihak berhubung dengan mesyuarat yang akan ditangguh ke bulan Jun 2018. Kami telah pergi ke pejabat COB Klang untuk mendapatkan sedikit sebanyak penjelasan mengenainya.

Jika kita lihat di dalam kandungan surat daripada Pesuruhjaya Bangunan Klang yang dihantar kepada KLS HOLDINGS SDN BHD, mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang halangan untuk PIHAK PEMAJU menubuhkan "Perbadanan Pengurusan Bayu Villa" atau lebih dekat lagi "Bayu Villa Management Corporation" (MC). Mesyuarat penubuhan ini adalah Mesyuarat Agung yang Pertama untuk MC. 

Surat itu adalah permintaan dari Pihak Pemaju dan bukan atas permintaan Badan Pengurusan Bersama Bayu Villa (Bayu Villa Joint Management Body).


Mesyuarat tersebut akan dikendalikan oleh pihak pemaju dan bukan dikendalikan oleh pihak pengurusan ataupun JMB. Mengikut syarat yang tertera di dalam surat tersebut ke semua penghuni haruslah menerima surat notis daripada pihak pemaju 14 hari sebelum tarikh mesyuarat. Pada 14hb April 2018 pihak pemaju telah menghantar notis tersebut kepada semua penghuni melalui serahan tangan di setiap rumah.


Maklumat awal yang diterima daripada pihak COB Klang pada tahun lepas (2017) menyatakan bahawa segala akaun akaun beraudit yang tertunda untuk tahun kewangan berakhir 2015 (siap), 2016 (siap) dan 2017 (dalam proses) haruslah disiapkan sebelum diserahkan kepada Ahli Jawatankuasa Baru semasa menjalankan Mesyuarat Agung. 

Ini adalah syarat syarat yang dikemukan oleh COB Klang kepada pihak pengurusan dan JMB Bayu Villa. Dengan siapnya akaun beraudit, Mesyuarat Agung Tahunan JMB Bayu Villa yang ke-3 baru boleh dilaksanakan.


Inilah puncanya kenapa terdapat kekeliruan terhadap tarikh sebenar Mesyuarat Agung JMB Bayu Villa ke-3 dan Mesyuarat Agung yang pertama penubuhan MC. 

Dengan penubuhan "Management Corporation" (MC) dengan secara otomatisnya "JMB Bayu Villa" akan dibubarkan dalam masa 3 bulan. Oleh itu lapuran kewangan untuk tahun berakhir 2017 tidak dapat disiapkan mengikut jadual kerana pihak pemaju sudah menghantar surat cadangan kepada pihak COB Klang dan memohon tarikh 29hb April 2018 untuk penubuhan MC.

Panggilan talifon telah dibuat oleh pihak pengurusan kepada Pengurus pihak pemaju (KLS Holding Sdn Bhd) Encik Lai Mun Kong supaya memberi sedikit masa untuk menyiapkan Lapuran Kewangan Akaun Beraudit 2017 dan diadakan bersama Mesyuarat Agung pada bulan Jun 2018 tetapi tidak dipersetujui oleh pihak pemaju yang ingin meneruskan agenda penubuhan ini.

Mengikut syarat pemilihan ahli jawatankuasa "Management Corporation' adalah sama seperti "JMB" tetapi ianya harus kepada sesiapa yang sudah membuat penukaran hakmilik Strata kepada nama penghuni (owner) dan harus mempunyai "Zero Maintenance Fee Free" - tiada hutang. 

"7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung yang Pertama - penghuni yang ingin mengundi haruslah tidak mempunyai sebarang tunggakan di dalam akaun Wang Selenggara mereka".




Persoalannya sekarang ialah kenapa pihak pemaju begitu beria-ia hendak menjalankan Mesyuarat ini secara tergesa tergesa. Adakah pihak pemaju ini melepaskan segala tanggungjawab terhadap segala kerosakkan struktur bangunan, paip Bomba yang tidak berfungsi dan termasuk kolam Blok AB yang pecah.


Adakah pihak pemaju masih lagi boleh dipertanggungjawabkan keatas segala kerosakan struktur bangunan yang pecah, bahagian bawah tanah kolam renang yang paipnya pecah dan sistem Bomba yang tidak berfungsi semenjak siapnya pembinaan bangunan Bayu Villa ???



Sila kaji dengan secara lebih mendalam dan teliti sebelum membuat sebarang keputusan drastik. Kami tidak mempunyai sebarang masalah atau halangan ke atas penubuhan ini tetapi implikasi untuk kos memperbaikinya amatlah tinggi sekali. Adakah ini tanggungjawab "Pemaju Perumahan" atau tanggungjawab "Management Corporation" yang akan ditubuhkan ???

Jika "Management Corporation" ditubuhkan pihak pemaju tidak lagi mempunyai sebarang tanggungan atau tangungjawab terhadap masalah yang menimpa Bayu Villa.






Friday, October 27, 2017

Lim Chee Soon Memaksa Pengurusan Membuat Lapuran Minit Mesyuarat Palsu Pada Tahun Lepas.


Apa agaknya Encik Lim Chee Soon ingin buat ke atas Bayu Villa?

Baru baru ini terdapat sepucuk surat bertarikh 16hb Disember 2016 dari JMB Bayu Villa kepada COB Klang yang mengatakan bahawa Encik Lim Chee Soon memaksa Encik Shasie dan mendesak pihak pengurusan membuat  lapuran minit mesyuarat (20hb November 2016)  palsu kepada pihak COB Klang.



Di dalam surat kepada pihak COB Klang, Encik Lim Chee Soon telah melantik beberapa orang menjawat jawatan di dalam Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa. 

Apa yang menghairankan ialah isteri beliau Cik Chiam Guat Thing di lantik sebagai Pengerusi JMB Bayu Villa dan Encik Lim Chee Soon sebagai Setiausaha tetapi kedua dua mereka mempunyai tunggakan berpuluh ribu.



Thursday, October 5, 2017

Surat Pembelaan JMB Bayu Villa Ke Atas Penentang Encik Lim Chee Soon

 


........................................................................................



BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) BAYU VILLA
(MPK/COB/103/2013)
D-G-21, Bayu Villa Apartment,
Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana,
41200 Klang, Selangor.
Tel: 03-33192664
Email: bayuvilla.2014@gmail.com

Tribunal Pengurusan Strata,
Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Putrajaya.                                                                          25.09.2017

Tuan/Puan

Perkara: Nombor Kes Tuntutan TPS/B.2654.9/17

Berhubung dengan surat pernyataan tuntutan seperti nombor diatas yang diterima pada 13.09.2017. Di sini kami ingin huraikan mengenai kes tuntutan tersebut yang dituntut oleh Encik: Lim Chee Soon (800220-08-5671) yang merupakan penghuni di Pangsapuri Bayu Villa.

Tuntutan pihak yang menuntut:

1) JMB Bayu Villa “Audited Account” penyenggaraan bangunan.
· Untuk makluman pihak tribunal. Audited Account untuk tahun kewangan berakhir 2015 sedang disediakan dan firma yang mengaudit ialah “Koak Management Services” yang beralamat di No:55B, Jalan BP 7/12, Bandar Bukit Puchong, Selangor. Tel: 03-41434126, Fax: 03-41433126
(Lampiran A)

2) Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund Account)
· Oleh kerana kos penyelenggaraan yang begitu tinggi serta komitment untuk membayar segala tunggakan seperti TNB, Syabas dan sebagainya, pihak pengurusan tidak berupaya membuat penyimpanan sebahagian wang penyelenggaraan yang dikhaskan untuk Kumpulan Wang Penjelas akibat tunggakan kepada penghutang yang harus dijelaskan dari masa ke semasa.

Butir butir tuntutan:

1) Penyalahguna dana JMB Bayu Villa
· Sehingga kini tiada sebarang penyalahguna dana seperti yang dituntut. Pihak yang menuntut telah membuat Lapuran Polis pada 12.10.2014. Nombor Report (Klang/035692/14) dan telah disiasat oleh Inspektor Mohamed Hanafiah bin Mohamed Nawi – (Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Klang). Kes ini telah diklasifikasikan sebagai “NFA – No Further Action” atau “Tiada Tindakan Selanjutnya” setelah siasatan terperinci telah dijalankan selama hampir 6 bulan.
(Lampiran B)

· Pada 13.04.2015 Polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Klang juga memberi sepucuk surat kepada Pesuruhjaya Bangunan Klang (COB) untuk menjalankan “Tindakan Lanjut” bagi memastikan kedudukan kewangan JMB Bayu Villa diurus mengikut cara yang betul.

· Pihak yang menuntut juga membuat Lapuran kepada Pesuruhjaya Bangunan Klang (COB Klang) dan pihak COB Klang pada 26.05.2015 juga mengarahkan JMB Bayu Villa supaya menyediakan Lapuran Kewangan dari bulan September 2014 sehingga bulan Februari 2015 dan diserahkan kepada COB Klang untuk disiasat.
(Lampiran C)

· Pada 01.06.2015, penyata kewangan peribadi Encik Lee Boon Hoe bermula dari bulan September 2014 sehingga Mac 2015 diserahkan kepada pihak COB Klang untuk memudahkan kerja siasatan keatas akaun kewangan JMB Bayu Villa. Pada waktu yang sama pihak COB Klang ada meminta izin daripada Encik Lee, bolehkah pihak COB Klang memberi salinan penyata kewangan peribadi Encik Lee kepada Encik Lim Chee Soon untuk beliau merujuk supaya ianya boleh membantu tuduhan yang dilemparkan kepada Encik Lee Boon Hoe.

· Pada 02.07.2015. “Mesyuarat Semakan Akaun JMB Apartment Bayu Villa” telah diaturkan oleh Pesuruhjaya Banguan Klang (COB) bersama dengan pihak yang menuntut Encik Lim, mengenai status penyalahguna dana JMB Bayu Villa dan di akhir lapuran menyatakan isu ini lebih kepada “Isu peribadi di antara Encik Lim Chee Soon dan Encik Lee Boon Hoe”.
(Lampiran D)

· Pihak yang menuntut juga membuat lapuran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Nombor Kes: KLG/RPT No:16/2015 dan pihak SPRM pada 08.09.2015 datang ke pejabat dan mengambil 5 fail yang mengandungi status lapuran kewangan dari bulan September 2014 sehingga bulan Mac 2015. Siasatan merangkumi pertanyaan kepada pembekal (vendor) ataupun kontraktor yang menjalankan tugas selenggara di kawasan dalaman Bayu Villa baik pun pihak yang membekal, memperbaiki, memberi perkhidmatan dan sebagainya.
(Lampiran E)

· Selepas siasatan dijalankan selama beberapa bulan, pada 04.02.2016, SPRM memulangkan kesemua fail lapuran kewangan dan mendapati tiada timbul isu isu yang sangsi atau keliru terhadap lapuran kewangan seperti yang dilapurkan.

2) Cai Penyenggaraan Yang Tidak Munasabah.
· Caj penyenggaraan yang dikenakan oleh Badan Pengurusan JMB Bayu Villa kepada penghuni di Bayu Villa semenjak 2005 sehingga bulan Mac 2015 adalah sebanyak RM100.00 seunit (unit kecil) dan RM105.00 (unit besar) termasuk kumpulan wang penjelas (sinking fund) 

· RM90.00 wang selenggara, RM10.00 sinking fund (unit kecil)
· RM95.00 wang selenggara, RM10.00 sinking fund (unit besar)

· Pada bulan April 2015, Badan Pengurusan JMB Bayu Villa terpaksa menaikannya sebanyak RM10.00 wang selenggara sebulan pada setiap unit. Kenaikan ini perlu bagi menampung kos selenggara yang begitu tinggi serta caj GST sebanyak 6 peratus yang dikenakan oleh pihak kerajaan ke atas kontraktor yang perlu dibayar oleh pihak pengurusan.

3) Caj Pemindahan Program Untuk Air Meter Syabas Yang Terlampau.
· Caj pemindahan program Air adalah melalui proses tender yang merangkumi 3 kontraktor iaitu:

· a) Wawasan Klasik Enterprise – Harga Tender RM 185,040.00
· b) Abdul Ghafur bin Maidin – Harga Tender RM 203,795.00
· c) DC Resources – Harga Tender RM 245,178.00
(Lampiran F)

· Keputusan sebulat suara di ambil di dalam mesyuarat dan melantik Syarikat Wawasan Klasik Enterprise untuk menjalankan kerja program pemindahan meter Syabas. Nasihat juga diterima daripada Encik Krishnanmurthi dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk melantik syarikat ini menjalankan program ini. 



Yang Benar,



………………………..
JMB Bayu Villa




cc. COB Klang





Sunday, October 1, 2017

Tribunal Pengurusan Strata - Penghutang RM17,535.74

Beberapa hari yang lepas Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah menghantar salinan salinan surat pembelaan menerangkan kepada Tribunal Pengurusan Strata siapakah sebenarnya Encik Lim Chee Soon. 


Salinan surat pembelaan ini akan digunakan sebagai bahan bukti dalam kes tribunal yang akan diadakan pada 5hb Oktober 2017, jam 9.00 pagi.

JMB Bayu Villa ingin berterima kasih kepada Encik Lim kerana memberi kesempatan kepada pihak Tribunal Pengurusan Strata untuk menilai kes ini serta memberi kesempatan kepada JMB Bayu Villa untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai Tribunal ini.

...............................................................................................



BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) BAYU VILLA
(MPK/COB/103/2013)
D-G-21, Bayu Villa Apartment,
Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana,
41200 Klang, Selangor.
Tel: 03-33192664
Email: bayuvilla.2014@gmail.com






Tribunal Pengurusan Strata,
Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Putrajaya.                                                                          25.09.2017

Tuan/Puan

Perkara: Lim Chee Soon (D-2-25) – 800220-08-5671

Encik Lim Chee Soon merupakan seorang penghuni yang telah lama tinggal di Pangsapuri Bayu Villa. Sehingga tarikh 01.09.2017, beliau mempunyai tunggakan sebanyak RM17,535.74 (tujuh belas ribu lima ratus tiga puluh lima and tujuh puluh empat sen sahaja)

Semenjak Ahli JawatanKuasa baru Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa yang dilantik dan mengambil alih pada 21.09.2014, Encik Lim Chee Soon langsung tidak mempunyai sebarang inisiatif hendak membayar segala tunggakan yang sedia ada seperti :- 

A) Wang Selenggara setiap bulan
B) Sinking Fund setiap bulan
C) Bekalan Air setiap bulan
D) Cukai Tanah setiap tahun
E) Insuran Bangunan setiap tahun

Pada peringkat permulaan selepas AJK JMB Bayu Villa baru mengambil alih, JMB Bayu Villa mengadakan serta menjalankan aktiviti mendapatkan tunggakan yang sedia ada (hampir sejuta ringgit) seperti memotong bekalan air dari rumah ke rumah kerana ramai penghuni tidak mahu membayar bil bekalan air dan wang selenggara pada waktu itu akibat pengurusan JMB Bayu Villa yang lama (Okt 2013 – Sept 2014) mengelapkan sebahagian wang selenggara. 

Encik Lim Chee Soon merupakan salah seorang penghuni yang jatuh dalam kategori ini. Notis sebanyak 3 kali telah diberi dan dihantar kepada rumah beliau tetapi tidak diendahkan. Oleh kerana keengganan dan tiada kerjasama dari Encik Lim, pihak JMB Bayu Villa mengambil tindakan memotong bekalan air pada 23.12.2014. Keesokan harinya beliau memasang balik menggunakan getah dan mencuri bekalan air yang sedia ada (gambar disertakan)


Pihak pengurusan dalam mesyuarat juga ada memberi notis bahawa pencurian bekalan air akan dikenakan caj penyambungan air sebanyak RM50.00 dan jika kecurian air masih dijalankan setiap hari akan dikenakan caj mencuri sebanyak RM30.00 sehari.

Pada 28.12.2014 pemotongan bekalan air dijalankan sekali lagi ke atas D-2-25 tetapi Encik Lim Chee Soon masih berdegil dan tidak mahu membayar tunggakan yang sedia ada dan pada 29.12.2014 beliau terus memasang paip besi berserta dengan manga kunci sehingga hari ini.


Notis dihantar kepada Encik Lim bahawa caj mencuri air akan dikenakan sebanyak RM300.00 setiap bulan. Notis ini telah diberikan kepada Encik Lim Chee Soon dan beliau masih berdegil tidak mahu membayar dan dibiarkan sehingga kini. Setiap bulan pihak pengurusan tidak dapat membuat apa apa kerana pemasangan secara haram paip besi ke atas saluran tersebut.

Pengurusan cuba membuat lapuran polis tetapi dinasihatkan oleh pihak polis bahawa polis tidak akan mengambil sebarang tindakan kerana ianya lebih kepada kes pengurusan dengan individu. Ianya lebih kepada isu kes civil dan mahkamah. 

Yang benar,




…………………………….
JMB Bayu Villa


Cc . COB Klang




Wednesday, September 27, 2017

Surat Peguam Kepada D-2-25, Encik Lim Chee Soon dan Cik Chiam Guat Ting Atas Tunggakan Lama.


Surat Peguam dari "Gulam & Wong" Peguambela dan Peguamcara telah menghantar notis kepada Encik Lim Chee Soon dan Cik Chiam Guat Ting yang beralamat D-2-25, Bayu Villa Apartment, Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang pada 25hb Ogos 2017.

"Notice of Demand" menghendaki supaya Encik Lim menyelesaikan tunggakan wang selenggara tersebut atau menghadapi tindakan mahkamah. Jumlah tunggakan keseluruhan yang harus dibayar oleh Encik Lim berjumlah 

RM17,350.74

Surat notis yang kedua telah pun dihantar kepada Encik Lim Chee Soon setelah Encik Lim tidak memberi maklum balas notis menyelesaikan kes ini dalam 14 hari. Malahan Encik Lim terus menfailkan tuntutan kes ini kepada "Tribunal Pengurusan Strata" ke atas JMB Bayu Villa dengan niat beliau boleh terlepas dari menghadapi sebarang tindakan mahkamah. 

21hb September 2017

Pernyataan Tuntutan Tribunal Pengurusan Strata.


Tuesday, September 26, 2017

Benarkah Wang Selenggara Dimasukan Kedalam Akaun Bekas Bendahari Encik Lee???

Sehingga hari ini Encik Lim Chee Soon masih lagi menuduh Encik Lee Boon Hoe "Pecah Amanah" dengan menuduh Encik Lee telah menyelewengkan sebahagian wang selenggara yang dikutip dari bulan September 2014 sehingga bulan Mac 2015. Beliau masih menekankan bahawa memasukkan wang selenggara ke dalam akaun peribadi adalah satu kesalahan. 

Ramai penghuni pada waktu itu tidak tahu apa yang sedang berlaku dan kenapa wang selenggara yang diterima boleh dimasukkan kedalam akaun peribadi bekas Bendahari JMB Bayu Villa Encik Lee tetapi terdapat segelintir penghuni yang prihatin tahu mengenai perkara di atas.



Berbagai cara telah digunakan oleh Encik Lim Chee Soon dengan membuat Lapuran Polis (Unit Jenayah Komersil Klang), Lapuran Pesuruhjaya Bangunan Klang (COB Klang), Lapuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM Klang) dan mengharapkan agar Encik Lee dapat disumbatkan ke dalam penjara.

Baru baru ini Encik Lim Chee Soon telah menerima sepucuk surat dari pihak peguam (25.08.2017) yang akan difailkan di mahkamah jika Encik Lim enggan bekerjasama menjelaskan tunggakan wang selenggara dalam sekitar RM17,350.74. Setelah menerima surat dari pihak peguam beliau terus mengambil peluang membuat tuntutan kepada "Tribunal Pengurusan Strata" pada 13.09.2017

Ramai yang percaya dan masih dikaburi oleh berita berita palsu yang disebarkan oleh Encik Lim termasuk Pengerusi Bayu Villa yang juga percaya bahawa terdapat elemen elemen yang mencurigakan sedangkan Encik Lee di dalam surat perletakkan jawatannya menyatakan bahawa Encik Lee akan bertanggung jawab terhadap sebarang kesangsian dan kesilapan yang berlaku ke atas Akaun Tahunan JMB Bayu Villa yang berakhir 2014, 2015 dan 2016. 

Oleh kerana berita berita palsu ini telah mencemarkan nama baik Encik Lee Boon Hoe, maka minit mesyuarat yang diadakan pada 5hb November 2014 dipaparkan untuk dijadikan tantapan kepada semua  pihak untuk dinilai akan kejadian yang sebenar.

Sila rujuk kepada laman Blog Bayu Villa Apartment berkenaan lapuran yang berkaitan dengan Encik Lim Chee Soon.

14hb Oktober 2014.

Inspektor Dan Sarjan Jenayah Kolar Putih Datang Membuat Soal Siasat Terhadap Bendahari Bayu Villa.


30hb November 2014.

14hb Februari 2015

29 Mei 2015
21hb September 2017

Pernyataan Tuntutan Tribunal Pengurusan Strata.



Minit Mesyuarat yang diadakan pada 5hb November 2014.



Kandungan sebahagian minit mesyuarat yang dibincangkan.

Perenggan 4.0 Pengurusan Kewangan

4.1 Encik Lee sebagai Bendahari akan menguruskan kutipan harian dan pembayaran kepada vendor.

Oleh kerana akses kepada akaun bank masih belum didapati kerana tiada surat pengesahan daripada COB dan kutipan harian mencecah kepada lima angka, JMB bersetuju supaya Encik Lee menggunakan akaun sendiri untuk menyimpan duit. Ini atas syarat bahawa pengurusan kewangan Encik Lee akan di audit dan Encik Lee bertanggungjawab jika terdapat penyelewengan.  



4.2 Keputusan ini terpaksa dibuat kerana JMB berada dalam keadaan terdesak dan tidak mempunyai cara lain menyimpan duit dengan selamat. JMB memerlukan wang untuk membayar bil terutamanya TNB dan Syabas dan jika wang dimasukkan ke dalam akaun bank ia tidak dapat digunakan kerana JMB sekarang tidak kuasa mengeluarkan cek. Jika pembayaran bil tidak dibuat Bayu Villa pula akan mengalami pemotongan bekalan air dan elektrik dan juga kebersihan Bayu Villa akan terjejas. 



Pengesahan Minit Mesyuarat 5hb November 2014 ini juga ditandatangani oleh Pengerusi JMB Bayu Villa dan dihadiri oleh ke semua Ahli Jawatankuasa kecuali Setiausaha JMB Bayu Villa. Penyimpanan wang selenggara kedalam akaun Encik Lee telah melalui proses dan persetujuan daripada 7 Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa.  

Saturday, May 27, 2017

Surat Aduan Diajukan Kepada Pihak Berkuasa Majlis Perbandaran Klang Memohon Periksa Spesifikasi Pemasangan.

Untuk makluman kepada sesiapa yang mengikuti kes ini, ingin kami terangkan sekali lagi bahawa ianya bukan isu menghasut atau dengki keatas pihak lain membuka dan menjalankan perniagaan di Bayu Villa. Ianya adalah semata mata untuk memastikan cara pemasangan adalah mengikut spesifikasi yang diluluskan. 

Aduan dibuat supaya ianya tidak akan mendatangkan sebarang masalah keatas saluran paip Indah Water yang berada di Blok D. 

Selepas pihak berkuasa menyiasat dan mendapati ianya tidak akan mendatangkan sebarang masalah, perniagaannya tetap boleh dijalankan.  

Sebagai pemilik kedai yang sama sebaris, Mr Lee mempunyai hak untuk melakukan sebarang aduan yang dia fikirkan perlu dari masa ke semasa. 





Lee Boon Hoe
D-G-3A/D-G-5, Bayu Villa Apartment,
Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana,
41200 Klang,
Selangor.                                                                                 25.05.2017

……………………………………………………………………………….

Ketua Pengarah,
Bahagian Kesihatan,
Majlis Perbandaran Klang,
Bangunan Bandar Sultan Sulaiman,
41100 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

Per: Tiada Pelan Kelulusan Untuk Membuat Penyambungan Paip Ke Saluran Indah Water

Alamat Premis Perniagaan: D-G-8, Bayu Villa Apartment, Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang.

Berhubung dengan perkara diatas, saya ingin pihak Majlis Perbandaran Klang mengambil perhatian berhubung perkara diatas. Saya diberitahu bahawa pihak Majlis telah menerima pelan penyambungan paip penapis minyak serta sisa sisa makanan pada 17.05.2017 diberikan oleh tuan punya Restoran Arti’s Corner.

Aduan telah dilakukan kepada pihak pengurusan JMB Bayu Villa tetapi saya diberitahu bahawa oleh pihak pengurusan bahawa pihak majlis telah meluluskan dan membenarkan kerja pemasangan dijalankan.

Disini saya ingin sarankan kepada pihak Majlis agar membuat siasatan menyeluruh ke atas unit tersebut adakah pihak Majlis memberi kebenaran untuk membuat pemasangan tersebut. Adakah restoran tersebut membuat penyambungan yang betul dan mengikut spesifikasi Bahagian Kesihatan?

Melalui gambarajah yang diberikan, pemasangan perangkap minyak tersebut seperti yang dipohon oleh restoran tersebut menggunakan jalan penyambungan dan pembuangan air (selepas melalui perangkap minyak) terus kedalam saluran paip tempat pembuangan Indah Water dan bukan seperti gambarajah yang mengatakan ianya adalah longkang belakang bangunan. Sebenarnya ianya adalah kawasan lalu lalang pejalan kaki di dalam Bangunan Blok D.

Dibawah kawasan lalu lalang ada satu saluran paip Indah Water. Pernah seketika dahulu permis kedai yang sedia ada yang menjalankan perniagaan menghadapi kesan bau yang teruk yang masuk melalui corong saluran paip Indah Water dan terus ke kedai kami sehingga bau masakan serta kesan kotoran minyak yang begitu teruk menyebabkan saluran paip Indah Water tersumbat dan air najis melimpah keluar dengan teruknya.

Saya berharap sungguh agar pihak Majlis memberi perhatian yang serius berhubung perkara ini kerana saya tidak berharap perkara yang sama diulangi lagi. Sebagai pemilik kedai saya tidak membantah sebarang apa jua perniagaan yang dijalankan asalkan ianya mengikut spesifikasi dan kelulusan dari Jabatan Kesihatan.

Sekian terima kasih,


Yang benar,





……………………………….
Lee Boon Hoe (012-2159897/016-2159897)

cc.     Pesuruhjaya Bangunan Klang

          Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa















Thursday, May 25, 2017

Lapuran Polis Keatas Encik Lee Dan Surat Memohon Maaf

Berhubung dengan kejadian yang berlaku dimana lapuran polis telah di buat oleh Encik Prakash mendakwa Encik Lee telah mencerobohi kedai beliau. Di sini adalah fakta fakta yang yang menunjukkan kenapa kejadian ini boleh berlaku.


Hak sebagai pemilik kedai di Bayu Villa Apartment

Encik Lee sebagai pemilik kedai sebaris dengan kedai Restoran Arti's Corner berhak menyuarakan kebimbangan ke atas cara pemasangan paip tersebut yang terus disalurkan kedalam saluran Indah Water. 

Pernah dahulu (Blok D) kejadian seperti ini berlaku mengakibatkan keseluruhan kawasan saluran Indah Water penuh dengan minyak dan berbau busuk sehingga limpahan air najis yang bertakung. Tindakan diambil setelah menerima gambar dari penghuni yang menyuarakan kebimbangannya.

23.05.2017 (Jam 5.15 petang)

Untuk memastikan kerja kerja tersebut mengikut tatacara yang betul dan mendapat kelulusan, Encik Lee membuat lapuran bertulis ke pejabat JMB Bayu Villa untuk menyerahkan surat aduan berhubung dengan kes pemasangan paip secara terus kedalam saluran pengaliran air Indah Water. 


Kandungan Surat

* Please do take action on this (D-G-8) matter. The shop has installed a new piping to Indah Water Sewerage hole. Previously there was major issue at the back lane when the shop flush all their dirt to the hole causing all the sewerage hole oily and it smell very bad. Please take an action by dismantle the pipe. Thank you *

Sewaktu Encik Lee menyerahkan surat aduan tersebut, pihak pengurusan telah memberitahu bahawa Encik Prakash telah mendapat kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang untuk menjalankan kerja pemasangan paip tersebut.


Pengurus Bangunan Cik Eswary telah menunjukkan beberapa keping surat bahawa kerja kerja pengubahsuaian ini telah mendapat kelulusan bersamaan dengan kelulusan untuk "memasang perangkap minyak" dan tiada tindakan akan diambil kerana pihak pengurusan JMB Bayu Villa tidak mempunyai halangan membenarkan kerja dijalankan. 


Jika dikaji dari gambarajah yang disediakan, Restoran Arti's Corner mendapat lesen perniagaan PADA 15.05.2017 atas syarat beliau harus mematuhi beberapa perkara:

1) Mendapatkan Suntikan Typhoid
2) Menghadiri Kursus Mengendalikan Makanan
3) Memasang Perangkap Minyak
4) Menjaga Kebersihan Premis
5) Mematuhi Syarat Syarat Premis Makanan
6) Mematuhi Syarat Syarat Perlesenan

Dan pada 17.05.2017 Encik Prakash menghantar beberapa pelan cadangan cara membuat pemasangan tersebut. Persoalannya sekarang?

1)Surat cadangan menunjukkan ianya DITERIMA dan bukan DILULUSKAN ??? Jadi disini kita dapat lihat ada perbezaan diterima dan diluluskan.



2) Dalam masa yang begitu singkat, belum sampai seminggu sudah boleh mendapat kelulusan?

3) Dalam pelan cadangan, gambarajah menunjukkan selepas melalui tangki sisa makanan dan minyak, air buangan terus mengalir ke LONGKANG BELAKANG BANGUNAN
(informasi yang salah - sepatutnya air buangan terus mengalir ke saluran Indah Water)


23.05.2017 (Jam 6.00 petang)

Untuk memastikan bahawa Restoran Arti's Corner ada membuat pemasangan yang betul serta memasang perangkap minyak dan sisa makanan, Encik Lee telah pergi ke kedai tersebut untuk menyiasat dengan sendirinya atas kesahihan pelan tersebut. 

Sebelum masuk Encik Lee ada meminta kebenaran untuk masuk ke kedai tersebut daripada salah seorang pekerjanya yang sedang menjalankan kerja pengubahsuaian. Setelah dibenarkan masuk, Encik Lee memantau cara pemasangan serta mengambil beberapa keping gambar untuk dirujuk kepada pihak MPK atas kebimbangan ianya akan mengakibatkan saluran Indah Water tercemar oleh air buangan.




24.05.2017 (Jam 3.00 petang)

Pada hari keesokannya jam 3.00 petang Encik Lee menerima panggilan talipon dari Sarjan Shafaun meminta Encik Lee hadir ke Balai Polis Klang kerana ada lapuran polis bahawa Encik Lee mencerobohi kedai Encik Prakash dan meminta Encik Lee memulangkan barang yang diambil atau dicuri jika tidak Encik Lee akan di gari dan didakwa kerana menceroboh.


Dalam lapuran tersebut Encik Prakash mendakwa Projector beliau hilang setelah Encik Lee keluar melalui pintu belakang.


Encik Lee terperanjat kerana didakwa mencerobohi kedai tersebut sedangkan kebenaran untuk memasuki kedai tersebut telah diperolehi daripada pekerjanya. Pada waktu itu pintu depannya terbuka besar dengan beberapa pelanggan duduk di luar.

24.05.2017 (Jam 6.00 petang)

Semasa perjumpaan di atur bersama dengan Encik Prakash, Encik Lee bersama dengan Sarjan Shafuan, Encik Prakash berkeras hendak mendakwa Encik Lee menceroboh kedainya dan jumpa di mahkamah. Encik Lee meminta maaf jika beliau masuk ke kedai tersebut tanpa meminta izinnya. Tetapi Encik Prakash masih berkeras hendak mendakwa Encik Lee di mahkamah. 

Encik Lee mempertikainya kalau hendak berjumpa di mahkamah tiada masalah, pokoknya dua pekerja harus membuat lapuran polis bahawa Encik Lee menceroboh masuk.

Sarjan Shafuan pun memberi nasihat kepada Encik Prakash jikalau beliau hendak sangat juga mengambil tindakan mahkamah - BOLEH tetapi syaratnya kedua pekerja harus menghadiri ke makamah setiap kali kes perbicaraan dijalankan. 

Atas nasihat daripada Sarjan Shafuan, Encik Prakash meminta Encik Lee menulis sepucuk surat memohon maaf kerana memasuki kedainya tanpa kebenarnya.

Akhirnya kata sepakat dan persetujuan dicapai, Encik Lee menulis sepucuk surat memohon maaf setelah mendapat nasihat dari Sarjan Shafuan - *memasuki kedai orang tanpa izin walaupun pintu terbuka adalah sama sekali tidak diizinkan kerana tuan punya kedai boleh mendakwa pencerobohan telah berlaku*.


Selepas surat memohon maaf diserahkan oleh Sarjan Shafuan kepada Encik Prakash, beliau menarik balik lapuran polis tersebut. 


Lapuran kepada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perlesenan Majlis Perbandaran Klang akan dijalankan bagi memastikan spesifikasi pemasangan tersebut tidak memberi sebarang kesan negatif terhadap sistem saluran air Indah Water. 

Lapuran terpaksa dibuat kerana kerja kerja pemasangan ini dijalankan dalam masa yang terdekat sebelum ada kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Klang iaitu mengeluarkan bahan buangan (selepas melalui penapis minyak) ke dalam saluran Indah Water.