Thursday, September 21, 2017

Pernyataan Tuntutan Tribunal Pengurusan Strata.

Baru baru ini Badan Pengurusan Bersama JMB Bayu Villa menerima surat "Pernyataan Tuntutan Tribunal Pengurusan Strata" yang akan diadakan pada 05.10.2017. Surat tersebut menghendaki Badan Pengurusan Bersama JMB Bayu Villa menghadiri sesi mendengar tuntutan yang difailkan.

Kes ini difailkan oleh seorang penghuni di Blok D - Encik Lim Chee Soon (penuntut) yang beralamat di D-2-25, Bayu Villa Apartment, Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang, Selangor.



Tuntutan pihak yang menuntut:

1) JMB Bayu Villa "Audited Account" Penyenggaraan Bangunan
2) Kumpulan Wang Penjelas (sinking fund account) 


Butir Butir tuntutan:

1) Penyalahguna dana JMB Bayu Villa.
2) Caj penyenggaraan yang tidak munasabah.
3) Caj pemindahan program untuk water meter Syabas yang terlampau


Badan Pengurusan Bersama JMB Bayu Villa mempunyai 14 hari dari tarikh surat ini diterima (13.09.2017) untuk memberi maklum balas kepada pihak Tribunal Pengurusan Strata atas segala tuduhan yang tidak berasas.  


Untuk makluman anda, Encik Lim Chee Soon sehingga tarikh 01.09.2017 mempunyai sejumlah tunggakan wang penyelenggaraan sebanyak

RM 17,535.74
(Tujuh belas ribu lima ratus tiga puluh lima dan tujuh puluh empat sen sahaja)


1 comment: