Showing posts with label Break In. Show all posts
Showing posts with label Break In. Show all posts

Monday, April 11, 2016

Pencuri Pecah Masuk Rumah


Sebuah rumah di Blok A telah dipecah masuk pencuri. Terdapat wang dan talifon bimbit yang hilang. Kejadian berlaku pada hari Sabtu yang lepas.


Lapuran polis telah dilakukan keatas kejadian ini. Keadaan dalaman rumah nampaknya bersepah setelah pencuri itu menyelongkar keseluruhan rumah.




Kejadian berlaku ke atas rumah yang bernombor A-G-07. Barangan yang besar tidak hilang. Kemungkinan kecurian ini dilakukan oleh orang dalaman.



Saturday, April 2, 2016

Lagi Kereta Dipecah Cerminnya Melalui Panjat Pagar.


Lagi berlaku kejadian memecahkan cermin kereta untuk mencuri barangan yang ada di dalam kereta. 

Setelah pagar dawai dipasang di bahagian pagar tempat pembuangan sampah berdekatan Blok C, kali ini pencuri tersebut memanjat di bahagian hujung bangunan Blok D berdekatan dengan Dobi.


Dipercayai adalah pencuri yang sama. Kemungkinan penagih dadah yang sudah kehabisan dadah sehinggakan tempat tersebut yang terbuka luas ditepi jalan pun dipanjat oleh beliau.

Pemasangan dawai akan dijalankan secepat yang mungkin bagi memastikan ianya dapat dijaga dan diawasi sentiasa.


Terdapat sedikit sebanyak barangan yang hilang. Jika dilihat daripada gambar yang ditunjukkan, sememangnya ianya merupakan tempat yang paling senang dicerobohi.


Friday, March 18, 2016

Dawai Besi Dipasang Berdekatkan Blok B Untuk Meningkatkan Keselamatan


Dawai besi yang baru telah dipasang di pagar pagar berdekatkan Blok B. Pemasangan ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan di dalam Bayu Villa.



Setelah dawai besi yang telah dipasang di tempat pembuangan sampah berdekatkan Blok C, kini pemasangan tambahan dawai besi ini bagi memastikan keadaan dalaman Bayu Villa sentiasa berada pada tahap yang terbaik.



Diharap kerja kerja pemasangan ini akan memberi maafaat yang terbaik kepada penghuni Bayu Villa.






Friday, March 11, 2016

Kerja Pemasangan Dawai Besi Berdekatan Bilik Sampah Blok C Siap.




Bagi menunaikan janji janji supaya keselamatan di dalam Bayu Villa terjaga, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa telah menjalankan kerja kerja memasang Dawai Besi bagi mengekang kemasukan pencuri.



Beberapa hari yang lalu setelah terdapat dua buah kereta yang dipecahkan cermin keretanya, JMB tidak teragak agak terus membuat kerja kerja pemasangan dawai supaya pencurian ini dapat dielakkan sama sekali.



Pemasangan dawai besi dijalankan berdekatan tempat pembuangan sampah di Blok C di mana JMB Bayu Villa telah mendawaikan dengan sebaik yang mungkin.



Ucapan terima kasih ke atas pekerja pekerja ini yang telah bertungkus lumus menyiapkan pendawaian dawai dawai besi ini supaya kereta kereta penghuni yang diletak di dalam dapat merasa keselamatannya.



Walau bagaimana pun pendawaian ini bukanlah seratus peratus dapat menjamin tiada kejadian buruk yang akan berlaku di masa hadapan tetapi pihak pengurusan mencuba sedaya upaya  untuk mengurangkan aktivi aktiviti jenayah yang mungkin berlaku.



Berikut adalah dua buah kereta yang dipecahkan cerminnya pada tempoh hari yang lepas.



Wednesday, March 9, 2016

Dua Buah Kereta Dipecah Cerminnya. Kecurian Berlaku.



Semalam terdapat dua buah kereta yang dipecah cerminnya dan berlaku sedikit kecurian barangan yang berada di dalam kereta.
  


Kejadian dipercayai berlaku pada waktu larut malam dan pencuri yang mencurinya dipercayai melompat melalui pagar berdekatan Blok C iaitu kawasan pembuangan sampah di bahagian Blok C berdekatan dengan Jalan Batu Unjur 9.



Penghuni yang keretanya dipecahkan cerminnya memberitahu ini bukan kejadian yang pertama berlaku. Dahulu pernah berlaku pada suatu ketika dahulu. 



Kedua dua kenderaan mengalami kerosakkan cermin tingkap pecah dan barangan yang hilang berupa Wang Siling, Smart Tag, Kad Akses Penduduk dan mungkin sedikit sebanyak barangan yang tidak bernilai.



Untuk makluman anda semua tiada pampasan akan diberikan oleh pihak pengurusan kerana kereta yang diletak di dalam perkarangan Bayu Villa adalah tanggungjawab masing masing.


Ini merupakan kereta kedua yang diletak bersebelahan dengan kereta MYVI yang dipecah cerminnya. Kereta yang dipecah ini adalah kereta Hyundai Tuscon. 


Sumber maklumat yang diterima kos pembaikian serta barangan yang hilang berjumlah dalam anggaran RM 1,000.00 ke atas (pembaikian cermin tingkap dalam anggaran RM 800.00)


Pihak pengawal keselamatan telah mengambil inisiatif mulai malam ini bagi memastikan kawasan pembuangan sampah berdekatan Blok C akan dipantau pada setiap masa.


Sewaktu kejadian terdapat 4 orang pengawal keselamatan yang bertugas pada ketika itu. Dua di pos depan dan satu lagi di pos belakang. Yang seorang lagi akan memantau keseluruhan bangunan. Tempat yang hendak dijaga juga agak besar tempatnya.



Pengurus Bangunan Encik Shashie juga pergi memantau dan melihat kejadian itu dan berbincang dengan tuan punya kereta.

 

Monday, July 20, 2015

Cubaan Pecah Masuk C-2-29.

Baru baru ini terdapat beberapa isu yang melibatkan ketidak selesaan atau isu tidak puas hati di antara penghuni ke atas pihak pengawal keselamatan kerana pengawalan yang amat ketat yang menyebabkan ada di antara penghuni yang merasakan pengawal keselamatan Bayu Villa melampaui batas.

Isu seperti tidak membenarkan pengunjung masuk, pengunjung yang ingin masuk serta degil dan tidak ingin mendaftar, mengambil "PAS DROP OFF" masuk selama 15 minit tetapi tidak keluar pada waktu tersebut, budi bicara pengawal keselamatan yang tidak bertimbang rasa, pengawal keselamatan meninggikan suara mereka dan sebagainya.

Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa ingin "Memohon Maaf" ke atas segala insiden yang menyusahkan kemasukan mereka tetapi pengawal keselamatan cuma menjalankan tugas mengambil tindakan sedemikian atas arahan daripada pihak pengurusan supaya mengetatkan lagi pengawasan kemasukan.


...........................................................................................................

Lebih kurang 3 minggu yang lepas, cubaan memecah masuk hampir berlaku di Bayu Villa (C-2-29) tetapi cubaan itu gagal setelah terdapat mangga yang masih dikunci daripada dalam. 

Pintu besi dapat dipecahkan masuk termasuk pintu kayu depan. Mujurlah masih terdapat mangga kunci yang masih dikunci dari dalam.


Cubaan tersebut dipecayai berlaku pada waktu malam. Ketika itu masih terdapat penghuni yang masih tinggal di dalam. Seorang ibu bersama sama dengan 3 orang anak pada ketika itu.


Kejadian ini telah menyebabkan kawalan keselamatan di dalam Bayu Villa diperketatkan lagi bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.



Semenjak penghunjung tahun lepas 2014 sehingga sekarang kejadian memecah masuk tidak pernah berlaku tetapi insiden ini di lihat sebagai suatu cabaran yang baru ke atas kerja pengawal keselamatan.


Diharap semua penghuni yang tinggal di dalam mengambil inisiatif masing masing dalam memastikan keselamatan di dalam rumah mereka. 

Cubaan memecah masuk tidak berlaku kali ini tetapi tidak mencerminkan ianya tidak akan berlaku di masa akan datang.