Showing posts with label SPAN. Show all posts
Showing posts with label SPAN. Show all posts

Wednesday, April 12, 2017

Proses Migrasi Di Bayu Villa Telah Siap Sepenuhnya.




Setelah dipantau dan diberi perhatian selama beberapa bulan, akhirnya kerja migrasi di Bayu Villa telah siap sepenuhnya. Tiada lagi kerja kerja pemasangan yang akan dijalankan lagi.

Boleh dikatakan 100 peratus kesemua unit rumah telah pun siap dipasang. Mengikut kiraan pihak pengurusan pembayaran wang kontraktor iaitu sebanyak RM240.00 seunit telah mencapai 423 unit dan ianya telah melebihi jumlah 50 peratus daripada keseluruhan unit rumah di Bayu Villa.


Bagi pembayaran wang cagaran (deposit) RM134.60 seunit, sebanyak 368 unit telah pun membuat bayaran kepada pihak pengurusan.

Kedudukan yang sedia ada sekarang ialah untuk menunggu pihak LPHS (Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor), SPAN serta SYABAS untuk datang membuat penilaian sebelum kelulusan dapat diberikan dan seterusnya kerja kerja pemasangan meter paip dapat dijalankan.


Dijangka proses migrasi ini akan siap sepenuhnya dalam hujung tahun 2017 dengan menggunakan meter Syabas dan penghuni akan menikmati bekalan air percuma (0 - 20) dan pembayaran kadar yang rendah berbanding dengan kadar sekarang (RM 1.38) daripada kerajaan negeri Selangor.


Proses pendaftaran perlu dijalankan dari semasa ke semasa kerana masih ramai lagi penghuni tidak mempunyai inisiatif untuk menjelaskan pembayaran yang dikenakan.



Kepada sesiapa yang masih lagi belum memohon, pihak SPAN akan mengambil tindakan undang undang atau denda sebanyak RM10,000.00 bagi mereka yang masih belum memohon atau mengambil sebarang inisiatif membuat bayaran pendaftaran.

Monday, February 29, 2016

Mesyuarat Pertama Migrasi Air Berjalan Dengan Lancar.


Taklimat mengenai migrasi air telah selesai dijalankan pada 28.02.2016. Suasana perbincangan berjalan dengan lancar dan boleh  dikatakan kebanyakan penduduk atau penghuni yang hadir rata rata bersetuju mengenai rancangan tersebut.



Boleh dikatakan kehadiran amatlah memuaskan di mana ramai yang menghadirinya datang untuk mengetahui cara cara bagaimana migrasi akan dijalankan.



Buat masa ini Mesyuarat Agung harus diadakan dengan secepat yang mungkin untuk mendapatkan kelulusan sebelum ianya boleh dikemukan untuk perlaksanaan.



Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa menjangka proses ini akan mengambil masa selama 9 bulan ke 12 bulan untuk menyiapkan keseluruhan proses tersebut.



Sekarang timbul satu masalah yang baru iaitu bagaimana JMB Bayu Villa hendak menyediakan wang yang sebegitu banyak untuk proses pemasangan paip paip baru yang akan menelan belanja sebanyak ratusan ribu untuk keseluruhan 5 blok bangunan?



Wednesday, April 22, 2015

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Permohonan Meter Individu Akan Dilaksanakan?


Permohonan meter individu yang selama ini tidak mungkin berlaku akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini. Mungkin dalam masa dua atau tiga bulan proses permohonan pergagihan ini akan dijalankan mengikut kehendak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Walaupun ianya merupakan sesuatu yang baru, perlaksanaan ini akan dijalankan mengikut peruntukan yang telah diwartakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.


Satu semakan telah dilakukan ke atas pihak Syabas berkenaan tunggakan oleh Bayu Villa yang berjumlah beratus ribu serta semakan ke atas SPAN berhubung perkembangan ini (tunggakan Bayu Villa). 

Perkara ini masih lagi berada pada peringkat yang mengelirukan tetapi tindakan susulan oleh pihak pengurusan JMB Bayu Villa mengenai perkembangan yang terbaru ini akan diteliti dan dihalusi dari masa ke semasa.


Dijangka keseluruhan proses ini akan mengambil masa yang lama kerana ianya akan melibatkan kos yang tinggi (penukaran sistem pengaliran air di dalam Bayu Villa) serta beberapa isu dalaman yang harus diselesaikan sebelum ianya boleh dilaksanakan.

Diharap semua penghuni agar bersabar menunggu perlaksanaan meter individu yang telah diwartakan oleh SPAN.