Showing posts with label Migration Water. Show all posts
Showing posts with label Migration Water. Show all posts

Wednesday, July 10, 2019

Isu Imigrasi: Memohon Pihak COB Memberi Pencerahan Kepada MC Bayu Villa

Lee Boon Hoe
D-G-3A, D-G-5, Bayu Villa Apartment,
Jalan Batu Unjur 9,
Taman Bayu Perdana,
41200 Klang, Selangor.                                                           10.07.2019

……………………………………………………………………………………..

Pengarah Pesuruhjaya Bangunan
Majlis Perbandaran Klang.

Perkara : Isu Migrasi

Pada 28hb Februari 2016 satu taklimat mengenai isu Imigrasi telah diadakan di dewan orang ramai Bayu Villa dan dihadiri oleh penghuni penghuni yang datang mendengar taklimat tersebut.

Surat pemberitahuan telah pun dihantar kepada semua penghuni supaya menghadiri taklimat tersebut dan mesyuarat tersebut telah diadakan mengikut segala peraturan mesyuarat yang sepatutnya.

Selepas taklimat diberikan, saya sebagai Bendahari Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa pada ketika itu telah memberi dan mencapai sebulat suara bahawa penghuni akan membuat bayaran pendahuluan kepada pihak Syabas atas segala tunggakan dari meter pukal bagi pihak JMB Bayu Villa bagi memberi laluan proses Imigrasi dapat dilaksanakan.

Sehubungan dengan itu apabila pihak Syabas berjaya melaksanakan proses Imigrasi ini maka pihak JMB akan membayar balik pulangan wang pendahuluan penghuni melalui potongan bulanan wang selenggara (jumlah yang belum ditetap) pada setiap bulan.

Pada tahun lepas (2018) bulan Oktober setiap penghuni berpetak telah dicaj sebanyak RM192.00 oleh pihak Syabas setelah pengambil alihan oleh Perbadanan Pengurusan (MC) Bayu Villa daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) Bayu Villa. Selepas proses pengambil alihan maka pihak Syabas telah memulakan proses mengenakan bil air dari meter pukal kepada meter individu. Seperti yang tertera di dalam Surat Aku Janji yang ditandatangani (satu kemestian jika ingin memohon meter individu) jumlah tunggakan kepada pihak Syabas akan dibahagi bahagikan kepada lebih kurang 771 unit berpetak di dalam Bayu Villa.

Ramai penghuni datang menemui saya mengenai masalah bil air mereka dicaj RM192.00 oleh pihak Syabas dan sebahagian dari mereka tahu bahawa caj sedemikian boleh ditebus balik daripada pihak pengurusan. Tetapi masalah yang sedia ada sekarang adalah apabila penghuni berpetak ingin mendapatkan kembali jumlah caj yang dikenakan oleh pihak Syabas, pihak MC Bayu Villa mengatakan mereka tidak tertakluk atau bertanggung  jawab ke atas perjanjian yang telah dipersetujui oleh pihak JMB Bayu Villa pada tahun 2016 kepada penghuni yang menghadiri mesyuarat tersebut pada ketika itu.

Tujuan saya menulis surat ini agar berharap pihak COB Klang dapat memberi nasihat kepada MC Bayu Villa bahawa wang tunggakan yang dibayar oleh penghuni berpetak harus dipulangkan kepada penghuni yang telah membuat bayaran tunggakan air. Isu dan perkara sedemikian harus diteliti dengan secara halus kerana ianya melibatkan wang penghuni yang begitu besar jumlahnya.

Melalui kiraan anggaran kasar, jumlah tunggakan kepada pihak Syabas sebelum jumlah ini  dibahagi bahagikan kepada setiap penghuni adalah berjumlah RM 225,000.00  

Tunggakan Syabas                            RM 149,000.00
Wang Cagaran  KLS Holdings         RM   76,000.00
                                                          RM 225,000.00

Mesyuarat Pertama Migrasi Air Berjalan Dengan Lancar.

Sekian terima kasih,


Yang Benar,



…………………………
Lee Boon Hoe (012-2159897)






Wednesday, December 20, 2017

SYABAS Memberi Kelulusan Migrasi Penukaran Meter Pukal Ke Meter Individu.


Surat bertarikh 7hb Disember 2017 daripada pihak SYABAS yang diterima pada 15hb Disember 2017 telah memberi kelulusan kepada Bayu Villa Apartment untuk menukar Bekalan Air Meter Pukal kepada Akuan Bekalan Air Meter Individu.

Ini merupakan satu berita yang baik serta memberangsangkan di mana kelulusan ini akan memberi bekalan air yang percuma serta dengan kadar yang rendah.


Pihak pengurusan mempunyai masa selama 2 minggu dari tarikh di atas untuk menjalankan segala kerja kerja pendaftaran serta pembayaran kepada pihak Syabas. 

Bagi mereka yang degil, nama atau nombor petak mereka akan dirujuk kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk diambil tindakan selanjutnya. 



Wednesday, April 12, 2017

Proses Migrasi Di Bayu Villa Telah Siap Sepenuhnya.




Setelah dipantau dan diberi perhatian selama beberapa bulan, akhirnya kerja migrasi di Bayu Villa telah siap sepenuhnya. Tiada lagi kerja kerja pemasangan yang akan dijalankan lagi.

Boleh dikatakan 100 peratus kesemua unit rumah telah pun siap dipasang. Mengikut kiraan pihak pengurusan pembayaran wang kontraktor iaitu sebanyak RM240.00 seunit telah mencapai 423 unit dan ianya telah melebihi jumlah 50 peratus daripada keseluruhan unit rumah di Bayu Villa.


Bagi pembayaran wang cagaran (deposit) RM134.60 seunit, sebanyak 368 unit telah pun membuat bayaran kepada pihak pengurusan.

Kedudukan yang sedia ada sekarang ialah untuk menunggu pihak LPHS (Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor), SPAN serta SYABAS untuk datang membuat penilaian sebelum kelulusan dapat diberikan dan seterusnya kerja kerja pemasangan meter paip dapat dijalankan.


Dijangka proses migrasi ini akan siap sepenuhnya dalam hujung tahun 2017 dengan menggunakan meter Syabas dan penghuni akan menikmati bekalan air percuma (0 - 20) dan pembayaran kadar yang rendah berbanding dengan kadar sekarang (RM 1.38) daripada kerajaan negeri Selangor.


Proses pendaftaran perlu dijalankan dari semasa ke semasa kerana masih ramai lagi penghuni tidak mempunyai inisiatif untuk menjelaskan pembayaran yang dikenakan.



Kepada sesiapa yang masih lagi belum memohon, pihak SPAN akan mengambil tindakan undang undang atau denda sebanyak RM10,000.00 bagi mereka yang masih belum memohon atau mengambil sebarang inisiatif membuat bayaran pendaftaran.

Friday, April 7, 2017

Pembayaran Tunggakan Lama Sebanyak RM160,413.79 Telah Terbantut. Surat Amaran Diterima.


Bulan lepas Badan Pengurusan Bayu Villa menerima sepucuk surat berhubung dengan tunggakan lama (Gagal Ansuran) yang tak dapat dijelaskan oleh JMB Bayu Villa. Keadaan ini berlaku kerana JMB Bayu Villa mengalami masalah kewangan untuk menjelaskan tunggakan yang sedia ada.

Beberapa bulan yang lepas, JMB Bayu Villa telah tahu kes kes sebegini akan berlaku dimana surat amaran akan diberikan oleh pihak Syabas berhubung tunggakan ini.



Perjumpaan akan diadakan dengan pihak berkuasa Syabas mengenai masalah menjelaskan tunggakan yang sedia ada. Hari ini (07.04.2017) JMB Bayu Villa telah pergi ke pejabat Syabas dan membuat bayaran RM10,000.00 sebagai bayaran untuk memulakan rundingan dengan pihak Syabas.


Perbincangan juga akan merangkumi proses migarsi air yang sedang dijalankan. Untuk makluman penghuni proses migarsi (kerja pemasangan paip air) di Bayu Villa telah siap sepenuhnya.

Wednesday, February 1, 2017

Pihak Syabas Dan SPAN Datang Membuat Tinjauan Kerja Migrasi.


Beberapa hari yang lalu pihak Syabas dan pihak SPAN datang membuat tinjauan keatas Pengsapuri Bayu Villa memeriksa keadaan perkembangan kerja migrasi yang sedang berlangsung di setiap blok.



Tujuan pemeriksaan ini ialah untuk memastikan kerja kerja peruntukan pinjaman yang disediakan oleh LPHS (Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor) berjalan dalam keadaan yang lancar.

Pembayaran balik pinjaman kepada pihak LPHS akan dikenakan pembayaran bunga bersamaan dengan pinjaman melalui proses pembayaran mengikut budibicara dengan pihak LPHS. 



Dijangka kerja kerja migrasi ini akan siap dalam masa 2 bulan lagi sebelum pihak Syabas datang memasang meter baru kepada penghuni yang telah membuat bayaran pendahuluan.



Kepada sesiapa yang masih lagi belum memohon, pihak Span akan mengambil tindakan undang undang atau denda sebanyak RM10,000.00 bagi mereka yang masih belum memohon atau mengambil sebarang inisiatif membuat bayaran pendaftaran.



Selepas kesemua kerja migrasi siap, pihak pengurusan tidak akan lagi menjalankan tanggungjawab melakukan kerja pendaftaran bagi setiap penghuni yang ingin memohon.

Mereka harus pergi ke pejabat Syabas dan membuat pendaftaran masing masing. 


Friday, January 6, 2017

Proses Pemasangan Paip Migrasi Telah Siap Di Blok C dan Blok D




Proses kerja migrasi yang sedang rancak dijalankan telah melihatkan 2 blok di dalam Bayu Villa telah siap sepenuhnya. Keseluruhan Blok D telah siap dipasang paip migrasi sepenuhnya. Kerja migrasi di Blok C akan siap pada hari Isnin depan.





Kerja kerja ini diharap akan disiapkan sepenuhnya dalam masa 3 bulan bagi membolehkan proses permohonan meter individu dengan pihak Syabas dapat dijalankan dengan secepat yang mungkin.

Walaupun masih ramai penghuni yang tidak menjelaskan fi bayaran cagaran serta bayaran proses pemasangan paip migrasi, kerja ini terpaksa dijalankan selepas pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor memberi pinjaman secara ansuran kepada Badan Pengurusan Bayu Villa atas pertolongan pihak Pesuruhjaya Bangunan Klang (COB) memohon bantuan kewangan membantu Pengsapuri yang memerlukan dana untuk menjalankan aktiviti yang sihat.



Minggu depan kerja kerja migrasi akan bermula di Blok E dan diharap semua penghuni mengambil tahu mengenai pemberhentian bekalan air dari semasa ke semasa.


Thursday, January 5, 2017

Proses Migrasi Dijangka Akan Siap Keseluruhannya Dalam Masa 3 Bulan Lagi.



Perbincangan diadakan bersama dengan kontraktor yang menjalankan kerja migrasi di dalam Bayu Villa. Perjumpaan ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana proses pembayaran dilakukan kepada kontraktor tersebut dan tempoh perlaksanaan kerja supaya dapat menyiapkan keseluruhan kerja ini dengan secepat yang mungkin.

Setakat ini Badan Pengurusan (JMB) Bayu Villa telah membuat bayaran setakat 200 unit (RM48,00.00) kepada kontraktor tersebut untuk kerja migrasi yang dijalankan.





Untuk makluman anda semua, Pengsapuri Bayu Villa merupakan pengsapuri yang pertama di negeri Selangor yang telah mendapat peruntukkan pinjaman daripada pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk menjalankan kerja migrasi secara serentak tanpa kelewatan supaya proses ini dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin.






Syarat peruntukkan pinjaman yang berjumlah dalam anggaran RM180,000.00 ini akan melalui proses pembayaran secara ansuran setiap bulan kepada pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).





Ini merupakan satu berita baik dan  satu perkembangan yang memberangsangkan memandangkan Bayu Villa sememangnya memerlukan bantuan kewangan semasa bagi mempercepatkan proses migarsi kerana isu pembayaran bil air semasa terlalu tinggi untuk ditanggung oleh pihak pengurusan JMB Bayu Villa akibat kedegilan setengah penghuni yang tidak menghiraukan keadaan kewangan Bayu Villa.



Selepas keseluruhan pemasangan paip migrasi disiapkan, JMB Bayu Villa akan menjalankan kerja kerja permohonan penukaran meter individu Bayu Villa kepada meter individu Syabas. Proses ini akan dijalankan dengan secepat yang mungkin supaya bebanan yang ditanggung oleh JMB Bayu Villa akan diringankan.

Kepada sesiapa yang tidak membuat permohanan meter individu akan dikenakan tindakan undang undang oleh pihak Syabas.




Tuesday, October 18, 2016

Penalti Sebanyak RM30.00 Akan Dikenakan Setiap Bulan Bagi Penghuni Yang Tidak Memohon Migrasi Air Mulai Bulan November.



Mulai bulan November 2016, pihak pengurusan akan mengenakan caj tambahan atau denda sebanyak RM 30.00 setiap bulan bagi unit unit rumah yang masih belum memohon proses "Migrasi Meter Individu Syabas".

Tindakan drastik ini diambil kerana ianya tidak adil dan munasabah bagi individu individu yang telah pun membuat bayaran dan permohonan masing masing (terdapat 200 unit yang telah membuat bayaran)

Tujuan tindakan penalti adalah untuk meningatkan setiap individu mahupun unit rumah supaya tidak melambatkan proses migrasi yang sedang berjalan.

Selepas caj penalti sebanyak RM 30.00 dikenakan setiap bulan keatas setiap unit rumah, pihak pengurusan tidak akan melayan sebarang rayuan keatas tuntutan penalti tersebut. 

Caj penalti RM 30.00 ini akan dikenakan setiap bulan sehingga anda memohon proses migrasi ini.




Monday, August 15, 2016

Sebut Harga Kerja Migrasi Air Di Bayu Villa.


Berikut adalah sebut harga yang telah dijalankan pada bulan Mac 2016. Sebut harga ini dijalankan mengikut peraturan mendapatkan 3 sebut harga sebelum kerja itu diberi kepada kontraktor yang layak.


Tender Pertama - RM 185,040.00


 Tender Kedua - RM 203,795.00


Tender Ketiga - RM 245,178.00

Sebut harga ini dipaparkan setelah terdapat aduan daripada penghuni yang mengatakan kenapa harga pemasangan paip migrasi yang dijalankan dikatakan terlalu tinggi.

Untuk makluman anda semua sebut harga tender ini merupakan kontraktor kontraktor yang disyorkan oleh pihak SPAN (Suruhanjya Perkhidmatan Air Negara) dan merupakan kontraktor yang layak menjalankan kerja kerja migrasi mengikut spesifikasi kelulusan Syabas.



Di Vista Bayu Apartment kerja migrasi pemasangan paip air memerlukan RM 260.00 untuk seunit rumah. Bayaran tambahan akan dikenakan kepada sesiapa yang mempunyai sistem penapisan air yang dipasang di luar unit mereka.

Tuesday, August 9, 2016

Pemasangan Paip Baru Di Blok D Telah Siap.


Kerja pemasangan paip baru di Blok D telah pun siap dilakukan. Pemasangan sekarang beralih ke Blok E. Kerja kerja pemasangan perlu dilakukan dari semasa ke semasa.



Sebanyak 20 unit rumah telah dijalankan proses pemasangan ini. Masih ramai lagi yang belum membuat permohonan. Mengikut rekod yang sedia seramai lebih kurang 120 unit rumah telah memohon untuk mendapatkan penukaran baru ini.



Pemasangan paip baru ini akan diberhentikan setelah siap 100 unit rumah yang dipasang. Bagi pemasangan seterusnya, pihak kontraktor meminta 100 unit baru mereka menjalankan proses pemasangan paip baru.

Friday, August 5, 2016

Kerja Menebuk Lubang Paip Bermula Di Blok D.


Kerja kerja menebuk lubang paip telah bermula. Kini ianya telah mula dilakukan di Blok D mengikut informasi yang terbaru. 


Melalui informasi yang terbaru selepas Blok D siap ianya akan beralih ke Blok E. Mengikut maklumat yang informasi yang lepas Blok B sepatutnya akan dimulakan tetapi telah ditukar perancangannya.


Kerja kerja yang dilakukan adalah cuma membuat lubang saluran paip air dan kerja kerja pemasangsan dijangka akan dimulakan pada minggu depan. Buat masa ini kerja menebuk lubang diutamakan bagi memastikan 100 buah unit sempat disiapkan.