Showing posts with label Vandalisme. Show all posts
Showing posts with label Vandalisme. Show all posts

Saturday, July 16, 2016

Unit Rumah C-5-3A. Unit Penghuni Yang Bermasalah

Ada sesuatu yang tidak betul dengan penghuni di rumah ini. Jika kita lihat di depan rumahnya keadaannya terlalu kotor dan sungguh menjijikan. 


Keseluruhan lantai dari unit rumahnya ke tempat menaiki lift dikotori dan mempunyai bau yang busuk.




Meter airnya telah dipotong dan keadaan tempat lalu lalang dibuang sampah secara sesuka hatinya. Boleh dikatakan tempat itu apabila kita melaluinya ianya amat busuk sekali.



Pembersihan terpaksa dijalankan memandangan ianya amat memeritkan mata apabila memandang terutama dikawasan lalu lalang depan rumah. Jika dilihat melalui gambar betapa kotor tempatnya.


Pengurusan ada menghubungi tuan punya rumah (ayah kepada penghuni tersebut) tetapi jawapan yang diterima ialah mereka tidak lagi berminat untuk mengetahui keadaan anaknya.



Ianya nampak seperti dibiarkan sahaja dan apa yang akan berlaku didalam unit tersebut, keluarga mereka tidak mahu mengetahuinya. Pengurus Bangunan Encik Shashie cuba menghubungi penghuni tersebut tetapi tidak dihirau. 


Pengurusan ada meminta nasihat Polis mengenai kes ini dan mereka juga memberi jawapan bahawa pihak polis tidak boleh mengambil sebarang tindakan sebab tiada kes.


Friday, June 10, 2016

Kereta Teksi Dicalar Dengan Teruk.


Minggu lepas terdapat sebuah teksi yang telah dicalar begitu kuat. Pengadu membuat aduan kepada pihak pengawal keselamatan tetapi kes sebegini tidak mempunyai jalan penyelesaian atas sebab kawasan parkir di dalam terlalu luas dan amat susah di jaga.



Kereta teksi yang diletak di dalam telah dicalar ditepi, dibelakang dan juga didepan mengikut kenyataan pemilik teksi ini. 


Beliau merupakan penyewa yang baru di dalam Bayu Villa.



Saturday, April 9, 2016

Rumah Disimbah Cat Merah Oleh Ah Long.


Disebabkan oleh kesalahan anaknya meminjam wang daripada Ah Long, inilah akibatnya sebuah rumah di Blok B telah dituangkan dengan cat merah.


Kejadian ini berlaku beberapa hari yang lalu. Kes sedemikian dah sememangnya boleh berlaku di mana mana tetapi tidak sangka ianya akan berlaku di Bayu Villa di mana terdapat pengawal keselamatan yang sedang bertugas.


Kesian melihat keluarga mereka terpaksa bertungkus lumus membersihkan keseluruhan kawasan halaman rumah mereka termasuk dinding dinding yang telah dituangkan cat.


Walaupun masih terdapat sedikit sebanyak kesan cat yang masih ada, kerja membersihkannya sudah siap. Diharap kejadian ini tidak berulang lagi kerana ianya amat menyusahkan keluarga yang tidak berdosa ini.


Tuesday, April 5, 2016

Pengawal Keselamatan Hampir Dipukul. Lapuran Polis Dibuat Lagi Bagi Melindungi Diri



Semalam lapuran polis terpaksa dibuat setelah salah seorang penghuni yang tinggal di Blok D bertindak ingin memukul pengawal keselamatan (Ah Pek) kerana tayar kereta beliau dikunci.


Encik Kwan Kian Shon hampir dipukul atau ditumbuk oleh seorang penghuni yang telah melakukan kesalahan meletakan keretanya sesuka hati. Tayar keretanya dikunci pada tengah malam hari Ahad.

Penghuni tersebut telah beberapa kali diberi amaran supaya jangan sesuka hati meletakkan kenderaan dan menghalang secara rambang sehinggakan terdapat seorang pengawal keselamatan iaitu Encik Hamid pernah menegurnya tetapi diberi amaran supaya jangan menyibuk.


Pada hari Ahad penghuni tersebut meletakan keretanya dan menghalang petak sewa meletak kereta penghuni. Beliau telah diberitahu supaya jangan meletakannya disitu.

Penghuni tersebut meninggalkan nombor talifonnya dan berjanji akan mengalihkannya jika ingin mengalihkan keretanya. Tetapi apabila terdapat seorang penghuni yang pulang dan ingin menggunakan tempat pakirnya, pengawal keselamatan memanggil tuan punya kereta tersebut beberapa kali tetapi tidak dijawab.

Oleh itu kerja mengunci tayarnya terpaksa dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pengawal keselamatan yang bertugas pada waktu malam.



Pada hari keesokkannya penghuni tersebut begitu marah sehingga membuat bising dengan pengawal keselamatan (Encik Kwan - Ah Pek) sehingga tercetus hendak memukul pengawal keselamatan.

Encik Kwan demi menjaga keselamatannya terus membuat lapuran polis apabila beliau terasa dirinya diancam.


Kereta yang dikunci tersebut tidak dibuka dan dibiarkan begitu sahaja kerana tidak membayar denda penguncian. 

Pada sebelah petang penghuni tersebut datang menyuruh pengawal keselamatan membuka kunci tersebut tetapi beliau tidak mahu membayarnya. Beliau mengatakan beliau tidak mempunyai wang.


Oleh kerana bayaran denda tidak dibayar oleh penghuni tersebut, pihak pengawal keselamatan tidak membuka kunci tayarnya.

Pihak pengawal keselamatan ada meminta nasihat daripada pihak pengurusan dan bertegas selagi tidak membayar denda tersebut - "Jangan Buka."

Gambar dibawah ialah penghuni tersebut.

Tanpa memperdulikan mengenai denda tersebut, penghuni tersebut terus memecahkan pengunci tayar tersebut. 

Oleh kerana pengunci tayar tersebut telah dipecah, pihak pengawal keselamatan terpaksa pergi sekali lagi ke balai polis membuat lapuran polis terhadap penghuni yang memecahkan pengunci tayar. 


Inilah kerja kerja merbahaya yang harus dilalui oleh pengawal keselamatan yang telah bertungkus lumus cuba menjaga sebaik yang mungkin tempat Bayu Villa tetapi disebabkan oleh perangai setengah tengah penghuni, keadaan seperti ini boleh mengakibatkan ancaman keselamatan terhadap pengawal keselamatan.


Diharap semua penghuni yang tinggal didalam agar memberi kerjasama yang terbaik kepada pengawal keselamatan. Mereka cuma menjalankan tugas mereka masing masing dan ingin  mencari nafkah pencarian dan berharap dapat menjaga Bayu Villa sebaik yang mungkin.

Perkhidmatan kawalan keselamatan Bayu Villa bukanlah yang terbaik tetapi bukan yang terburuk juga. Banyak aduan diterima dari penghuni yang tidak puas hati akan perkhidmatan pengawal keselamatan sehinggakan ada di antara mereka mengatakan pengawal keselamatan disini tidak tahu senyum atau bersopan santun.

Ada pula yang ingin kami mengambil perkhidmatan pengawal keselamatan daripada luar. Adakah dengan mengambil perkhidmatan pengawal keselamatan dari luar dapat menjamin mutu perkhidmatan yang terbaik? 

Thursday, March 24, 2016

Akibat Mabuk Cermin Tingkap Pos Pengawal Keselamatan Dipecahkan


Sebulan yang lepas pihak pengawal keselamatan menghadapi isu berkaitan dengan kelakar penghuni. Disebabkan ingin menjalankan tanggungjawab sebagai pengawal keselamatan menjaga keamanan terdapat insiden yang berlaku di kawasan kolam renang. 

Ketika itu ianya berlaku pada waktu malam dan apabila pihak keselamatan memberi arahan supaya jangan minum di situ tiba tiba terdapat perbalahan di antara penghuni dengan pengawal keselamatan. Penghuni ajak berlawan dengan pihak pengawal keselamatan.

Akibat rasa tidak puas hati beliau terus datang ke pos kawalan pengawal dan memecahkan tingkap pos kawalan. Mujurlah tiada apa apa yang berlaku dan pihak keluarga terus datang memohon maaf dan berjanji akan menggantikan cermin yang pecah.


Agak susah juga hendak menjaga kawasan Bayu Villa ini . Setiap kali pasti ada isu isu yang teruk berlaku.

Wednesday, March 23, 2016

Tindakan Pembersihan Akan Dilakukan Selepas 15hb April 2016.


Penghuni di C-G-10 telah diberi beberapa kali amaran supaya membersihkan kawasan halamannya. Jika ditinjau dan dilihat secara dekat, kawasan halaman rumahnya serupa macam halaman  di kampung.



Keadaan tempatnya yang tidak terjaga telah menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Bendahari JMB Bayu Villa Encik Lee telah memeriksa tempat tersebut dan mendapati keadaan halamannya terlalu kotor.




Satu notis akan dikeluarkan kepada penghuni tersebut supaya membersihkan tempat tersebut sebelum 15hb April 2016 atau tindakan pembersihan akan dilakukan oleh pihak pengurusan.



Semasa arahan diberikan kepada penghuni tersebut beliau nampak agak degil untuk membersihkan kawasan halamanya. Walau bagaimana pun tindakan tetap akan diambil apabila tiba masanya. 



Monday, March 14, 2016

Pagar Dawai Dipotong Untuk Memudahkan Kerja Memanjat Keluar Masuk.


Kebelakangan ini banyak kes berlaku mengenai kejadian memanjat pagar dawai dari sebelah apartment ke apartment yang lain. 

Pihak pengawal keselamatan telah beberapa kali menangkap mereka yang memanjat pagar dawai sehinggakan ada di antara mereka memotong dawai tersebut.



Insiden ini telah berlaku sebulan dua yang lepas dan pihak pengurusan sentiasa menekankan kepada pengawal keselamatan agar memeriksa keadaan pagar pagar dawai setiap masa.




...........................................................................................................................................................

Insiden yang sama juga berlaku apabila mereka dilihat memanjat pagar dawai. Gambar sempat dirakamkan oleh pihak pengurusan.

Mungkin dah terlalu susah hendak memanjat mereka memotongnya sahaja tetapi pihak pengurusan tidak mempunyai bukti yang kukuh.







Gambar gambar ini pernah disiarkan di dalam * Facebook Bayu Villa Apartment * pada suatu ketika dahulu.




Dipercayai perempuan yang memanjat ini adalah warganegara asing yang tinggal di dalam Bayu Villa.


...................................................................................................................................................................

Insiden pagar pagar dawai yang dikesan dan dipotong oleh setengah pihak. Jelas sekali pemotongan ini kerap berlaku.